Author Archives: Kheirul Mohamed

German Deli Imbiss Memang Sedap Dan Memukau

Malas nak intro panjang-panjang. Kalau korang nak makan Burger, Hotdog, Steak, Soup, Sandwich bla bla bla bla bla… yang SEDAP, BESAR dan MURAH….. saya syorkan tempat ni…..  German Deli Imbiss yang terletak kat Jalan Kerja Air Lama, Ampang (belakang Petronas)….

Click Gambar untuk ke halaman rasmi German Deli Imbiss

Mula-mula saya sangkakan, mesti mahal kalau kita nak menikmati masakan German yang asli, tetapi sangkaan saya meleset…. kerana harga makanan kat sini semuanya sangat-sangat berpatutan dan boleh dianggap MURAH jika dibandingkan dengan harga restoran makanan segera mekdi….. Kalau tak percaya,…. meh kita tengok menunya…

Tengok la sendiri… berapa harga dia…  sangat berpatutan sangat… standard burger kat sini semuanya bermula dari 180gm… tapi kalau yang rasa dia tu pelahap.. jangan segan untuk mencuba Megaton 1000 Wiggy… 1 kilo daging tu beb.. kasi pecah lu punye perut punye….

hah… kalau sapa-sapa yang senaman muka… saya syorkan untuk cuba XXL JAWREAKER 1 kaki panjang punya… memang terbaik….

Heheh…Kalau yang taknak burger dan hotdog… boleh cuba pelbagai jenis sandwiches dia.. selain drp tu… saya syorkan juga try mee soup 180gm daging dia.. memang sedap sangat… memang pening paler bila nak pilih menu… memang memukau bila tengok menu dia.. tengok yang nih.. nak yang nih.. tengok yang tu.. nak yang tu plak…… tapi kan… JANGAN LUPA untuk ambil side order RM2 dia.. APA!!!! DUA RINGGIT.!!!!…. saya memang tak lupa untuk ambil Mashed Potato dua ringgit dia tu.. memang sedap beb… rugi kalau pi sana tak order yang tu…

Taraaa…. tak sampai 5 minit order… dah sampai… ni kira starter la…. Fries dan Mashed Potato… Mashed Potato tu memang lain drp yang lain… memang sedap, creammy, just perfectly nice… tak terkata sedapnya…

Tengok la si Ashraff tu…. Mashed Potato tu buat pencicah plak ngan fries.. satu kombinasi yg mantap.. fries dia plak memang lain drp yang lain. Rasanya pedas-pedas skit, masin-masin skit… dan kentangnya tu rangup diluar dan lembut didalam…. semua suka sampai order extra untuk fries…

Fresh Orange dan 180gm Cheese Kransky  untuk Afriena.. tersengeh jer bila tengok berapa punye besar laaaa…. first sekali saya tanya.. Can you eat this? dia dengan selamba jer dia jawab… YESS I CAN FINISH THIS… macam kondifen jer jawab…

Ashraff plak… dia pilih air tembikai dan 7″ Coney Cheese Hotbock.. kat situ ada  beef & tomato sauce, bawang cincang dan paling mamat ni suka mozzarella cheese yang meleleh-leleh tu….

Dah tak lupa..  Yatie dia ambil 180gm XL Mushroom Wiggy.….mengikut kata Yatie… pattie burger tu memang juicy dan bun dia memang lembut sekali… yang menariknya.. ada mushroom stew yang tak terkata sedapnya ada bersama burger tu disamping hirisan daging lembu yang nipis… sekali makan memang nak lagi la… opppss lupa plak… Mustard sos dia memang terbaik… sedap dan manis manis skit….


Dan akhir sekali….. The Hero of the day… THE JAWWWWWW BREAAAKKKKEEERRRRRRR untuk saya…. Satu kaki panjang.. oooopppsss ulang balik… SATU KAKI PANJANG beb….. equal to 12 inches beb… lu try baru tahu..cara makan dia.. buka mulot sebesar-besar yang mungkin… dan NGRAPPPPPP!!! aja…..

Hah…. gambar yang ni baru nampak betul…. compare hotdog anak ngan bapak dia punye…. memang terbaik untuk RM16 the Jaw Breaker nih…. kalau korang pergi sini… kalau tak order yg nih… tak sah beb…. saya malas nak ulas apa rasanya… baiklah korang pi try sendiri yea….

apa-apa pon.. kami tak membazir…. semuanya licin….  Alhamdulillah… lepas makan aja semua raser macam tersadai jer…. cuma terkilan satu jer.. dah 2 kali pi sana… masih belum dapat nak cuba 1 litre root beer special tu.. asyik abis jer…….. lain kali datang pasti saya nak order lagi…. dan memang nak repeat lagi makan kat sana….

Ok.. last sekali.. meh tengok berapa SawaScore yang kami bagi untuk Restoran German Deli Imbiss ni

Hah ni MAP DIA…

View Larger Map

Awasi Anak Anda Dari Website Lucah

Tentu ramai dikalangan mak-mak dan abah-abah kat luar sana yang pening kepala macam mana nak mengawasi anak-anak mereka yang menggunakan internet daripada website yang tak sepatutnya dilayari oleh anak-anak mereka seumpamanya website lucah, terlampau dan seangkatan dengannya kan!!! kan!! kan!!!

Ramai juga orang yang tanya saya, kalau saya letak windows password sudah memadai ker??? Saya cakap jer TIDAK CUKUP TU… kalau buat macam tu pon selepas mak abah dia key-in password tu, PC tu budak tu yang punye…  bukannya boleh control pon bebudak tu pergi surfing kemana-mana kan… so back tu square one la… sama jer..

TETAPI kini… dengan satu FREE tool ni.. mak abah semua dah takyah risau dan peningkan kepala… install jer.. pas tu configure apa yang patut dan bagi jer PC tu kat bebudak tu… semuanya akan diuruskan oleh tools nih… MACAMANA…….  ni caranya….

Nampak kat atas tu…. Free Tools yang saya maksudkan adalah K9 Web Protection dari BlueCoat. Dia bukan sekadar block website lucah aja, korang boleh block apa-apa website based on kategori website tu… contonya pornography, gambling, drugs, violence/hate/racism, malware/spyware, phishing dan macam-macam lagi la… lebih kurang 70 kategori ada… korang pilih la sendiri…

Selain drp tu… meh kita tengok apa features utama tools nih:

  • Block web sites more than 70 categories – korang pilih ler sendiri kategori apa yang nak block
  • Force SafeSearch on all major search engines – nih memang cun.. pasal dia akan buang search result yang tak sepatutnya ada
  • Set time restrictions –  yang nih paling saya suka… saya setkan bebduak tak bleh surf internet malam selepas jam 10:30 malam sampai kul 7 pagi… mana la tahu diorang sneak out on PC kul 3 pagi ker…..
  • Override a web page block with password – hehehe… kalau mak abah nak tengok website yg kene block tu pon boleh.. key-in jet override password…
  • View easy reports – nih yang mesti ada… pi tengok report anak-anak kita pi surfing kat mana… so takde la terlepas pandang…
OK.. sekarang nih.. kalau korang nak download tools nih… just click gambor kat bawah nih…. isi apa yang patut dan ikut arahan untuk download software tools tu….tayah keluar duit pon…just pepandai korang ler install sendiri….

Ok… selepas korang install… pi masuk kat Administration page dia…. kat sebelah kiri tu dek noon… click jer apa yang korang nak configure… configure la apa yang patut.. contohnye kat bawah nih… untuk configure blocked website by categories… pilih jer macam pilih ikan kat pasar… pas tu jangan lupa SAVE.

Hah.. meh kita test tengok camne rupanya kalau bebudak tu pergi ke website yang tak sepatutnya.. saya test pergi ke playboy.com.. tengok gambor bawah nih… ni la rupanya page yang akan dipaparkan…. Korang kalau nak bypass click Allow This Sites kat bawah tu.. set la berapa minit…. pas tu key-in Override Password…. tapi pepandai ler korang memain dengan benda tu nantinya.

OK last sekali.. meh kita tengok camne rupanya aktiviti internet anak-anak kita… hah.. pi Click aja kat VIEW INTERNET ACTIVITY tu… terus keluar reportnya…. hehehe so sekali lagi.. pepandai la kita mentakrifkannya yer….

Ok lah.. selamat mencuba ya semua……