Author Archives: Kheirul Mohamed

Coolbox Comparison: Kotak Polystyrene Vs Coleman Cooler

Trend baru selepas PKP/MCO sekarang ni ramai yang beralih arah kepada aktiviti camping. Maklumlah, boarder tutop dan passport takboleh chop. So, ramailah yang start bercamping dari tepi pantai, tepi sungai, tepi sawah hinggalah ke dalam hutan belantara.

Dan sudah menjadi kemestian untuk membawa bekalan makanan dan minuman untuk disimpan untuk tempoh 2 atau 3 hari. Pilihan coolbox sangat penting untuk memastikan kesegaran bahan makanan dan minuman kita dapat dikekalkan.

Secara peribadi, saya membandingkan 2 product ini, Coleman 25L cooler box dan Kotak Polysterene 25L pekak yg beli kat kedai hardware.

coleman cooler box 25lKotak Polysterene
DesignDesign hebat macam golongan kayangan Design ala kadar jer
Durability / KetahananSangat kuat. Sepak tak pecahSangat rapuh. Salah pegang boleh pecah
MobilityAda roda, senang dibawaKena angkat ngan tangan
Ruang SimpananCakap je 25L… tapi tak sampai pon 25L… ini kerana bahagian bucu kotak tu dah melengong skit. Dan bahagian bawah ada kecil sedikit drp bahagian atas kotakRuang memang 4 segi betol, memang 25L… panjang dan lebar bahagian bawah dan atas adalah sama…
Tempoh Sejuk Beku 1 -2 Hari sahaja. Ais akan mula mencair pada hari kedua dan hari ketiga, ais totaly jadi air yang tak berapa sejuk2-3 Hari. Ais akan mencair pada hari ke-3. Dan hari ke-4 pon walaupon cair tapi suhu masih sejuk
HargaHarga Bangsawan – RM500Harga B-40 – RM10
KesimpulanKalau nak bergaya.. pakai la yg ni walaupon tempoh sejuk beku kurang. Kalau setakat day-trip boleh pakai.. tapi kalau nak camping 2-3 malam atau lebih, agak mengechewakantempoh sejuk beku yg boleh bertahan lebih lama. Tak ralat kalau tak tahan pon, sebab harga dia RM10 jer.. kalau pecah beli yg lain.

Secara peribadi saya lebih suka menggunakan kotak polystyrene pekak sebab No.1 murah, tempoh sejuk beku lebih lama, dan tak ralat kalau pecah or kotor…..

Cuti Persekolahan 2019

KUMPULAN A – Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Cuti Persekolahan

Pertengahan Penggal 1

Pertengahan Tahun

Pertengahan Penggal 2

Akhir Tahun

Tarikh Mula

22.03.2019

24.05.2019

09.08.2019

22.11.2019

Tarikh Tamat

30.03.2019

08.06.2019

17.08.2019

31.12.2019

KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Cuti Persekolahan

Pertengahan Penggal 1

Pertengahan Tahun

Pertengahan Penggal 2

Akhir Tahun

Tarikh Mula

23.03.2019

25.05.2019

10.08.2019

23.11.2019

Tarikh Tamat

31.03.2019

09.06.2019

18.08.2019

31.12.2019


Panduan Memandu Kenderaan Malaysia ke Thailand – Melalui Rantau Panjang & Sg Golok

Saya selalu memandu ke Thailand (Siam) dengan kenderaan sendiri dan biasanya masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam tapi kali ini saya ingin berkongsi pula procedure memandu ke Thailand melalui CIQ Rantau Panjang Kelantan dan CIQ Sungai Golok.

Secara peribadi saya rasakan procedure melalui CIQ Sungai Golok lagi mudah dan cepat serta mesra pelanggan oleh pegawai kastam dan imigresen Siam jika dibandingkan dengan procedure melalui CIQ Bukit Kayu Hitam – Sadao/Danok.

PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA

Dokumen yang diperlukan:

  1. Passport
  2. Geran Asal (Photostat tak main ye). Berbeza ngan BKT/Danok, kat sana terima Geran Photostat tetapi kat CIQ Sg Golok ni pegawai imigresen Siam nak GERAN ORIGINAL ASAL. Alasan diorang untuk mencegak penyeludupan kenderaan curi katanya.
  3. Surat kebenaran pemilik kenderaan (sekiranya nama kenderaan bukan nama sendiri) + Salinan IC pemilik asal.
  4. Insurans Kenderaan Thailand – dibeli di CIQ Sg Golok (RM30 – utk MPV 7 seaters)
  5. White Card – RM2 sekeping diisi di CIQ Sg Golok

PANDUAN MEMANDU KE THAILAND – Memalui Rantau Panjang & Sg Golok

CIQ Rantau Panjang Malaysia

  1. Pandulalu aja dan apabila sampai kat kaunter pandulalu imegresen Malaysia, bagi Salam dan serahkan PASSPORT. Turunkan semua tingkap kenderaan supaya pegawai imigresen dapat tengok pemandu dan penumpang kenderaan.
  2. Selesai scan passport, ucap terima kasih dan terus pandu kenderaan menuju ke jambatan Sg Golok (Sempadan Malaysia/Thailand)

CIQ Sungai Golok (Kolok) Thailand

  1. Parking kenderaan di tempat parkir dan semua orang kena turun menuju ke dalam bangunan imigresen Siam.
  2. Beli Insurans kenderaan & Apply VEP – Masuk aja pintu bangunan imigresen Siam tu, betul-betul tingkap sebelah kanan yang pertama sekali. Beli kat situ. Serahkan Geran Asal kenderaan dan in-return ada 3 dokumen yg pegawai Siam itu bagi. 
    • i. VEP – Vehicle Entry Permit (yg belom ditandatangani oleh pegawai kastam siam lagi)
    • ii. Insurans Siam (simpan elok-elok)
    • iii. Passenger list (mesti dichop bersama-sama dengan passport pemandu)
  3. White Card (RM2 seorang) – Terus masuk bilik di sebelah tingkap buat VEP & Insurans tu. Cakap je kat pekerja tu nak buat white card. Dia akan amik semua passport dan buat isi borang white card tu.
  4. Chop passport – Sesudah buat white card tu.. sorang-sorang pi beratur plak kat kounter chop passport dan jangan lupa untuk chop passenger list sekali. Kat sini free jer chop passport dan tak perlu bayar upah chop passport seperti yang biasa dilakukan kat CIQ Danok (Bukit Kayu Hitam). heheheh!
  5. Tandatangan Surat VEP – (tengok gambor bawah ni) Balik ke kenderaan, pandu lalu ke lorong Kastam Siam, sampai je kat Checkpoint Kastam Siam tu, pemandu kena turun dari kenderaan dan ambil tandatangan Pegawai Kastam Siam. MAKE SURE surat VEP tu ditandatangani oleh pegawai tersebut dan CHOP. Pemandu pon kena tandatangan pada 3 tempat pada surat VEP tersebut. SIMPAN ELOK-ELOK Surat VEP ni dan akan diserahkan kembali kepada Kastam Siam masa nak balik ke Malaysia nanti. Kalau surat VEP ni hilang, al-marhum la kenderaan korang….takbleh nak balik Malaysia. 

OK selesai sudah urusan dan boleh lah pandu ke destinasi yang dituju.

Berikut adalah contoh dokumen 

  1. Insurans Kenderaan Siam
  2. VEP Siam (Vehicle Entry Permit)

AKHIR SEKALI: PESANAN SEKALI LAGI. DOKUMEN VEP DIATAS INI PERLU DISERAHKAN KEMBALI KEPADA KASTAM SIAM SEMASA PULANG KE MALAYSIA NANTI.

Selamat memandu ye!!!

 

CONTOH SURAT KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN KE THAILAND

 

James Bond
10 Jalan Kebun Getah
Tanjong Apolo
98012 Pekan
Pahang

20 Oct 2018

Officer in Charge
Thai Custom Department
Thailand

Re: TOYOTA VELLFIRE 3.5 MPV PETROL Registration Number CFE8888 (Engine No: XXXXXXXXXXX Chasis No: YYYYYYYYY)

This is to confirm that the above mentioned motor vehicle belongs to James Bond (IC No:xxxxxx-xx-xxxx) and its is hereby giving consent to (Name) Johnny English (Passport No: A123456789) to take this vehicle to Thailand for visiting purposes. 

Your cooperation and assistance render to him is much appreciated 

Thank you and best regards

Your faithfully,

 

(signature)

James Bond

(IC No: xxxxxx-xx-xxxx)