Semalam baru I tau rupa-rupanya Sekolah Agama ada exam. Apa lah bebudak ni tak cakap ada exam. Ni mesti dorang tak nak mengadap buku kan.Atau apakah mungkin last weekend adalah 2 hari yang busy? Ye lah Sabtu lepas dorang adalah sekolah ganti, pagi tu siapkan homework dulu, pastu lepas sekolah cepat-cepat siap keluar sebab nak amik gambar untuk renew passport sekali ngan dinner . Esok paginya pukul 7.30 dah keluar sebab nak pi renew passport semua orang. Hari ahad je lah ada masa je pun. PI buat kat Jalan Duta. Ok lah tapikan JAbatan Imegresen kat mana- mana sama je. Tak cukup friendly untuk kanak-kanak. Takde pun kaunter khas untuk kanak-kanak atau family with kids tapi kalau tempat lain tak tau la, pastu takde tempat lepak khas untuk kanak-kanak. mUngkin kalau ada special place macam playground, sure budak-budak tak bosan terpekik sana-sini, melalak meraung. Ramai budak macam. Nasib baik Rayyan tak meraung cuma dia suka berlari sana-sini. Tapi cafe dia best semua makanan ada, murah lak tuh
Berbalik pada exam, semalam masuk kereta e, cepat-cepat Ashraff capai buku Arab, cakap tadi ada exam, pastu tanya camana boleh buat ke, dia konpiden je, yes I can do it, 100%. Hahah itulah Ashraff selalu je yakin boleh buat. I pun memang rasa dia boleh buat sebab dia dah yakin kan. Kalau dia takleh buat sure dia cakap, exam susah lah, ada salah la…
Afriena plak, cakap macam tak konfiden, I can do it dengan nada yang mengada.Takpe tulisan jawi dan arab still baru untuk dia yang dah biasa dgn tulisan cina dan rumi. ANW, I just good luck to them je…