Lagi Sebulan Lebih

Cepatnya masa berlalu….. lagi sebulan lebih nak jumpa sicomel yang dalam perut. Semoga semuanya akan berjalan lancar.

Seperti yang dijangka, perut membesar dengan tetiba. Maju kedepan. SO kepada yang cakap nampak macam tak pregnant, sekarang bolehlah cakap wah ko pregnant ker???

Lately, hormon dah berubah, cepat lapar. Walaupun dah makan dinner, pukul 10 , mesti complain. “Papa, mama rasa, nasi tu tak mengeyangkan lah” hihi salahkan nasi pulak. Bab minum air tak payah cerita, tengah malam mesti bangun cari air. Toilet? lagi leceh, mesti tank cepat penuh. Kalau keluar mulalah rasa leceh, sebab I ni adalah seorang yang begitu mengada-ngada bila nak pakai toilet. tka boleh kotorlah. kena bersihlah…So kena pilih tempatlah kalau nak pergi jenjalan.

Preparation? Baru beli sikit-sikit je barang. Baju 2-3 helai. Nanti nak jahitkan kain bedung, bib and kalau rajin nursing cover. Bila dah masuk 8 bulan baruler nak pack barang untuk penginapan 3hari 2 malam kat steralised hotel. hihi tak suka dok hospital.

Nama baby? pun dah ada dah… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.