I made mashed potato special for lamb chop. Sedap sebab very creamy. Apa taknya guna full cream milk and butter. Ashraff cakap cheese mash potato sebab rasa dia lemak-lemak sikit. So I nak lah share resepi kat sini. I got from French at home.
INGREDIENT
- 2 biji kentang russet
- secawan susu penuh krim
- 4 kiub butter/lepa susu
- secubit garam dan lada hitam
- sedikit thyme
- sehelai daun bay
METHOD
- kupas kentang, potong 4 dan rebus sehingga empuk
- bila empuk, sejat air dan letak kentang kembali dalam periuk . Biarkan air didalam periuk kering dengan meletakkan kembali periuk diatas api
- Bila air kering tutup api
- Di dalam periuk laian,panaskan susu bersama thyme dan daun bay .
- Bila susu cukup panas (bila nampak buih -buih kecil) tutup api
- lecekkan kentang bersama butter sehingga hancur, rasakan dengan garam dan lada hitam
- Selepas itu masukkan susu sedikit demi sedikit. kacau rata sehingga kentang nampak pekat.
- Sedia untuk dihidangkan dengan kuah.
Note: saya pakai kuah Mc Commick.
kak mane nak dapat kuah mc commick??
boleh beli kat cold storage. selain pada tuh boleh jugak beli gavvy (serbuk) kat IKEA.. pun sedap..