Jangan tiru aksi ini

Ye anak-anak, jangan tiru aksi ini. Aksi tunggang terbalik kecuali anak-anak semua ada hikmat tunggang terbalik.

Aksi ini dirakam semalam semasa sedang elok dia dok meneman mamanye bertenet lalu tertidur. Sedap memandang wajah si hensem ini. Masih terasa keperitan bersalin sihensem ini walau sakitnye hanya 4 jam tapi rasa seperti 40 jam. Cepat masa berlalu. Ashraff now adalah sedikit nakal. Suka menyakat orang and sangat manja. Macam manalah dia nak masuk darjah satu nanti. Risau takut kena buli. One thing funny about him, setiap pagi tunggu van sekolah mesti dia nak menyakat uncle yang berjalan kaki tuk exercise. Dia mesti membontot orang tua tu buat racing jalan kaki. Kelakar gila.Kalau uncle tu lambat turun mesti dia tunggu sampai uncle turun then tersengih-sengih main lumba lari.Takpe boleh nak sakat tapi jangan over. Oh ya bantal busuk tu dah dekat 6 tahun usia nya, rasa macam dah reput. Nak buang kesian. Mana dia pergi mesti bawak. Naik flight pun bawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.