Pengalaman membeli barang baby dari iherb.com

MInggu ni dah start masuk minggu ke 32.  Last check doctor Sabtu lepas, Doktor kata takut keluar awal sbb masa Afriena dulu keluar awal dua minggu. So,kena lah mula membeli barang-barang baby. survey toiletries baby kat Malaysia, mahal nya.  Sekali nampak iherb tersengih je everytime google. So apa lagi masuk dalam iherb, start order lah. Harga memang murah giler.

Saya tak beli banyak just beli 5 barang je, saja nak test. Kang beli banyak sekali sangkut kat Kastam kan, Memang dah aware beli apa-apa barang below RM500 memang tak kena cukai, tapi kadang mari angin nak kena cukai sakit gak hati. 

BAnyak besa harga kat Malaysia ngan kat  USA. Jangan kecam ye, saya hanya mahu berjimat dizaman gawat ini.

Saya order hari pada 20 July 2017, dan barang sampai pada 25 July 2017 . Delivered by DHL.

Ini barang yang saya order

NI untuk shampoo dan bodywash baby. anak-anak ..duu-dulu pakai Sebamed je, tapi Sebamed kat sini dah mahal

Ni beli untuk Afriena. Setip kali mama pakai lipstik dok tanya itu ini. So belikan lah untuk dia kasi satu, lebih mama simpan/pakai

Dulu masa Rayyan kecik-kecik pakai ni je. Time tu yang 30ml harga RM30, sekejap je habis sebab serbaguna. Masa Rayyan kena fungal infection, dengan izin Allah krim ni yang banyak membantu

This is for me.

and for me.

Tengok beza harga kat bawah

itemsMalaysia iherb
Shea Moisture, Baby Extra-Mild Wash & Shampoo 384 ml6330.21
Earth Mama Angel Baby Angel Baby Bottom Balm 60ml5037.22
Earth Mama Angel Baby Natural Nipple Butter Nursing Cream (60ml)  7537.22
Earth Mama New Mama Bottom Spray (120ml)73.937.83
Sierra lip balm – 4pcs6115.06
TOTAL322.9157.54

Total dari iherb adalah 157.54 , pastu dia tolak untuk first timer sebanyak RM7.88, then campur shipping cost RM8.66, Maka jumlah yang kena bayar adalah RM158.32

Mau tak jimat. Itu adalah harga mengikut nilai matawang semasa,

Memang melekat lah dengan iherb nanti sebab ada jual makeup. Yang buat saya suka adalah banyak organic product. especially untuk eczema lah…

Dah baca banyak review orang…. kalau order supplement macam vitamin, mesti kena ada surat… 

Since saya dah biasa order kat USA, I will always limitkan belian tidak lebih dari RM500

Bayaran guna credit card atau paypal

in case you all nak beli ke, click je link kat sini..dapat lah diskaun

ha dia ada cakap

Let others know about iHerb by sharing your Rewards link with them. They will save 5% off their next order, regardless if they are a new or current iHerb customer. And you will receive 5% Rewards credit, or 10% if they order any of the iHerb house brand products.”

 

36 thoughts on “Pengalaman membeli barang baby dari iherb.com

  1. Belle

    Salam akak bole saya tanya tanya. Akak ada tak kena duti import ke mcm mana sebab dekat i herb tu ada tulis duti and charge upon delivery.

    Reply
    1. Yatie Post author

      takde ….
      rasanya senang giler beli tru iherb..
      kalau ikut pengalaman yg selalu beli online oversea… beli lebih RM500 ada cukai.. below takde.insya allah..

      Reply
    1. Tuqn PJoe

      Kira2 postage die… Klu lagi byk order lagi murah postage charges…klu tak caye try acah2 order 20 item… Nanti shipping terus calculate jadi rendah

      Reply
  2. Tuqn PJoe

    Sy baru order supplement 2 botol dari iherbs… Order hari ahad lepas… Skang brg otw… Agak2 sangkut tak? Sbb baru aware ada org ckp klu supplements tak lepas.. Tapi ada ckp lepas… Adoiiiiii ?

    Reply
  3. naif

    Assalamu’alaikum akak.

    Nak tanya, akak masih order barang di iherb tak? macam mana ye pasal duty import ke, ada kena tahan kastam ke, atau kena ada surat dari Farmasi KKM ke?

    Saya baru 1st time nak beli dari iherb, ada baca banyak jugak kata kena ada surat la, duty import la, tax la.

    Harap dapat balas, terima kasih.

    Selamat berbuka :)

    Reply
  4. ira

    Salam. Saya ada buat pembelian dgn iherb ni. Barang y saya beli antaranya skincare, shampoo utk org dewasa n mandian baby. Saya dah buat 2 kali pembelian. Pembelian y kedua ni saya dapat notis merah amaran undang-undang dripada KKM. Sedih pula rasa. Jumlah pembelian dalam rm300 ++ je.

    Reply
  5. Farah

    ISP dah block Iherb. Kalau tak guna VPN asyik tak boleh bukak website. Memang dia nak force beli mahal kat kedai sini. Harap barang still lepas masuk walaupun kena block. Malaysia nie bukan semua supplements ada.

    Reply
  6. MommyAi

    Hi, i baru beli barang di iherb. Beli banyak dapat cree postage. Tapi ada tulis No PO Box tu maksudnya apa ya? I pakai alamat rumah biasa je..contoh: 1542 A, Jalan Duta……. u letak alamat mcm mana ya😅

    Reply
  7. Nur

    Hai nk tahu samaada barangan iherb ni halal ke, terutamanya suplement sbb saya ada beli iodin dr mercola dia guna gelatin. Kt mn nk check ye sbb pd botol xde catat guna gelatin apa.

    Reply
  8. sya

    Hi ! I nak beli brg dari iHerb , tapi risau betul kena tax tu . . masih membeli dari sana ke ya ? kot boleh berkongsi , utk skincare dgn makeup . Ada ke yg pernah try guna address us ?

    Reply
    1. Yatie Post author

      hi…dah stop membe;i dari sana memandangkan exchange rate tidak berpihak kepada kita. untuk elak tax, boleh je.yotal barang yang dibeli jangan lebih dari RM500. saya pernah kena memang sakit hati nak bayat yax.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.