Hari Ahad, sarapan and dinner memang kat mamak. Pagi Ahad selalunya sebelum pergi kelas Taekwon-do, memang akan sarapan kat rumah. MAkan roti ke, buat cekodok ke atau cereal, ahad tu benda-benda yang biasa ada kat rumah dah abis stok. Pastu malas plak nak masak benda lain, maka awal pagi dah keluar 3 beranak. Tujuan nya nak breakfast kat mamak sebelas gym. Dorang nak makan roti canai. Ashraff roti telur Afriena plak roti kosong. I makan tose je. Sekali sekal makan kat mamak best jugak.

Ok ah jugak tose dia. I paling suka kuah putih dia tu. Memang lawas lah perut

Suka lah dapat makan kat luar dgn mama je kan

Kena makan cepat-cepat, kang nanti nak tukar baju plak
Tengah hari balik rumah, I goreng mee je. Malam plak..hajat dihati nak makan satay, tapi gerai satay tulang tu tutup plak. So mamak je lah. Oleh kerana 3 hari tak jumpa nasi, so I makan nasi kandar. Ok not bad rasanya but, daku mau Penang mari. Bebudak makan western. Apa kelas makan western kat mamak???

makan cheese roll

Sup ni share- Rayyan n Afriena

Dia suruh amik gambar dia

Mamat cerewet makan. Komplen takde gravym Ayam hangus
Mamak lah satu hari. Sekali-sekala ok lah. Kalau selalu tengok muka mamak pun takmo.