Orang lain dah lama cuti, Ashraff n Afriena baru je start cuti sekolah. Sabtu lepas ada ihtifal kat sekolah. Jadi memandangkan cuti sekolah bermula, maka papanya telah membawa kami semua melawat IKEA. Hasrat ke IKEA cuma satu 2, Satu nak makan, dua nak beli meja dan jam. Tapi sebelum ke IKEA banyak pulak persinggahan nya. Yelah kena beli stok barang meniaga dulu. Lately, Alhamdulillah banyak order masuk. Pembeli lebih suka membeli lasagna saiz medium. Terima kasih ya Allah.
Oh ya, Mrs Mama kini telah bergerak ke depan. Kami kini memperkenalkan menu baru.
Sesiapa yang nak order lasagna untuk minggu ni , bolehlah hubungi kami. Menu Mac n’ Cheese with BBQ Meaball juga dibuka untuk tempahan. Mac n’ Cheese with BBQ Meaball adalah resepi baru yang tiada dimana-mana kedai. Rasa keenakan, kelemakan makaroni dengan keju di seimbangkan dengan rasa BBQ bebola daging. Bebola daging dibuat sendiri oleh saya. Begitu juga dengan BBQ sauce. Saya tidak menggunakan sebarang readymade atau frozen. Rasa ialah keunikkan nya. Tempah sekarang.
Ok, sampai je di IKEA, kami kena makan dulu. Macam biasa, kalau ke IKEA mesti nak makan kat restoren dia. Tak paham betul bebudak ni, tempat tu dah lah crowded. Tapi nasib kami baik, sebab dsenang dapat parking, senang dapat meja. Sebab, masa sampai kononnya, beratur untuk meja hujung tu, tapi tiba-tiba ada satu couple, panggil suruh duduk kat meja dorang. Siap kemaskan meja lagi. Alhamdulillah semoga anda dirahmati Allah. Paham jelah nak dapat meja makan kat situ macam leceh sangat. Ada yang tak reti bahasa. Macam 2 orang yang makan kat sebelah ni, muda lagi la.. Dari kami duduk tunggu makanan sampai , hinggalah kami habis makan, tak jugak mereka berdua selesai makan. Memang berjanggut sesiapa menunggu. 10 kali ulang ambik kopi. Sangat mementingkan diri sendiri. Ingat nak sound je, tapi Rayyan dah buat dulu. hahahaha. Selesai makan, nampak satu family dok menunggu so, panggil dorang suruh duduk. But they keep apologising us. Eh no hal la.. bukan nya kami nak lepak lama kat situ. Rimas kat situ panas dan ramai orang.
Lepas makan terus ke tempat yang dituju. Ambil 2 meja kecik dan 4 buah jam. Dah habis beli terus balik. Sebab malam tu nak kena masak untuk tempahan.
Afriena secara sukarela nak pakai tudung dan stokin. Bila tanya dia, betul ke nak pakai macam ni ? Dia jawab ye , alasan dia senang nak solat.Alhamdulillah
Alhamdulillah, comel Afriena pakai tudung :) Kalau pergi ke Ikea tu memangnya dalam list tak panjang mana tapi bila dah sampai, kena betul2kan niat sikit. Ada kang main campak baling aje tak ingat dunia. Kalau saya nak ke sini, memang time IKEA buka aje saya dah dok terpacak depan pintu. Kalau tidak, memang tak mahu pergi. Tak sanggup bersesak apalagi dengan anak kecil.
heheheh… list tak panajng tapi ada je benda ter ambil. Memang sesak. Dah lah anak-anak jenis tak duduk diam.Sorang nak tolak stroller, sorang taknak dok stroller, sorang nak aiskrim