Trend baru selepas PKP/MCO sekarang ni ramai yang beralih arah kepada aktiviti camping. Maklumlah, boarder tutop dan passport takboleh chop. So, ramailah yang start bercamping dari tepi pantai, tepi sungai, tepi sawah hinggalah ke dalam hutan belantara.
Dan sudah menjadi kemestian untuk membawa bekalan makanan dan minuman untuk disimpan untuk tempoh 2 atau 3 hari. Pilihan coolbox sangat penting untuk memastikan kesegaran bahan makanan dan minuman kita dapat dikekalkan.
Secara peribadi, saya membandingkan 2 product ini, Coleman 25L cooler box dan Kotak Polysterene 25L pekak yg beli kat kedai hardware.
coleman cooler box 25l | Kotak Polysterene | |
---|---|---|
Design | Design hebat macam golongan kayangan | Design ala kadar jer |
Durability / Ketahanan | Sangat kuat. Sepak tak pecah | Sangat rapuh. Salah pegang boleh pecah |
Mobility | Ada roda, senang dibawa | Kena angkat ngan tangan |
Ruang Simpanan | Cakap je 25L… tapi tak sampai pon 25L… ini kerana bahagian bucu kotak tu dah melengong skit. Dan bahagian bawah ada kecil sedikit drp bahagian atas kotak | Ruang memang 4 segi betol, memang 25L… panjang dan lebar bahagian bawah dan atas adalah sama… |
Tempoh Sejuk Beku | 1 -2 Hari sahaja. Ais akan mula mencair pada hari kedua dan hari ketiga, ais totaly jadi air yang tak berapa sejuk | 2-3 Hari. Ais akan mencair pada hari ke-3. Dan hari ke-4 pon walaupon cair tapi suhu masih sejuk |
Harga | Harga Bangsawan – RM500 | Harga B-40 – RM10 |
Kesimpulan | Kalau nak bergaya.. pakai la yg ni walaupon tempoh sejuk beku kurang. Kalau setakat day-trip boleh pakai.. tapi kalau nak camping 2-3 malam atau lebih, agak mengechewakan | tempoh sejuk beku yg boleh bertahan lebih lama. Tak ralat kalau tak tahan pon, sebab harga dia RM10 jer.. kalau pecah beli yg lain. |
Secara peribadi saya lebih suka menggunakan kotak polystyrene pekak sebab No.1 murah, tempoh sejuk beku lebih lama, dan tak ralat kalau pecah or kotor…..