Haa yang ni memang legend. Sebab sedap sangat. Patutlah orang cakap the best duck rice in Hong Kong. Kami makan tiga hari berturut-turut. Beli itik setengah ekor, cukuplah untuk kami berenam. OLeh kerana Bowrington Road Market cuma seberang jalan dengan AirBNB kami, panajnglah langkah.
Harus dicoba kalau ke Hong Kong.
Korang tengok gambar je lah…Jangan meleleh air liur sudah
Ni lah kawasan bawah dia… KAlau rajin boleh explore pasar dia. Best gak. Sempatlah beli few barang. Ada Pasar Indonesian jugak. Halal stuff ada kat situ. Kalau tak salah daging halal pun ada jual. Beli telur…5 biji telur harga HKD15, kau rasa. Pastu beli buah pisang. Ada gak buah-buah lain. BUah durian pun ada. Seulas dalam HKD75 kalau tak salah. Tapi pengalaman yang bagus. Saya suka pergi wet market kalau travel tapi dengan syarat pasar tu bersih tak berlendir lah.
Nampak kat atas tu dia tulis Cooked Food centre … situ lah. Naik tangga sisi tu
Inilah kedai makannya. NAmpak bersepah je… senang je cari..pergi pasar Bowrington, naik tangga atas tu. Dia ada tulis Cooked food centre. Pukul 11 pagi dah buka. PUkul 6 tutup tapi ikut nasib lah ada lagi ke tak lauk tu.
Ini menu dia…. korang boleh lah tengok tengok rega…Ni kira paling murah dah..
Masa tengah menaip ni..rasa macam air liur meleleh je tengok menu ni. Jangan lupa beli kari kambingnya. Tersedap lah.Lauk ni paling cepat habis.
Pada yang tak makan kambing dan itik, boleh beli yang ni. Sedap. Daging lembut, nasi wangi. Aqilah suka makan nasi saja. Makan cam gitu.
INi hero dia. Boleh menangis makan itik ni sedap. Selalu pi makan kat Chinese Restaurant kat Malaysia, Saya kurang suka. sebab ada rasa hamis tapi yang ni memang sedap. Ashraff yang tak suka itik, the next day mintak this menu. 3 hari kami tapau lauk ni. Tapi beli setengah ekor lah sebab lagi berbaloi. Sebab tukang makan ramai. Hari-hari ulang lauk sama dan tak lupa nasi kari kambing.. Lauk itik setengah ekor, nasi kosong yang wangi dua dan nasi kambing satu.
Balik Malaysia, berat badan naik. Adehhhh…
Tapi bukan selalu kan. Bukan senang nak makan itik yang sedap ni.