Monthly Archives: December 2018

Halal Food in Hong Kong: Aladin Mess

Sapa kata susah nak dapat halal food kat Hong Kong? Senang je. Our second time in Hong Kong. Saya kongsikan tempt yang kami makan je ye.

Aladdin Mess –  Fu Hing House, 60 Russell St, Causeway Bay, Hong Kong

Dekat sangat dengan Times Square, Kalau dari AirBNB kami…kejap sampai. aAlam pertama kami sampai sini, kat sinilah kami cari makan. Bungkus je. Semua taknak keluar dah sebab penat campur dengan sejuk. Hari kami sampai, Hong Kong dah start sejuk. Pegalaman baru untuk anak-anak.

kita tengok gambar kat bawah untuk penerangan

Nampak tak SaSa dari jauh tu, atas kaler hijau tu adalah Aladin Mess.

Ni depan pintu kedai. Sila lah mendaki tangga.

Suasana kedai dia.

Menu dan harga. Jangan korang convert. Bila dah tukar RM ke HKD, jangan convert, boleh tercekik tulang kambing.

Sambil tunggu makanan siap, kita minum air dulu. haus betul dok sini. MInum air free dulu sebab, air botol simpan bawak balik bilik. Harga sebotol mineral 500ml kat 7E Hong Kong adalah HKD9. Botol jangan buang tau, Masak air dalam bilik refill then boleh bawak jenjalan. Minum air secukupnya. Tapi kalau kaya apadehal. Ini tip untuk rakyat marhaen macam kami yang pergi travel.

Astro pun dah datang sini. 20 init kemudian makanan kami dah siap. KAmi bungkus nasi beriani kambing, beriani ayam dan roti nan. Makanan dia sedap boleh tahan. Portion pun besar. Beli 3 nasi, 1 Nan cukup untuk kami berenam. Tu pun takleh habis tapi paksa habis sbb sayang woo.. tapi kalau ada microwave boleh je, simpan dalam fridge dan panaskan balik.

Gambar makanan takde sbb lupa kot nak ambik. Sampai bilik semua dah lapar. Makan kenyang then mandi, solat pastu tidur untuk bangun awal menuju kota fantasi Disneyland

Surau Di Hong Kong Disneyland

Berputar itik juga mencari surau kat Hong Kong Disneyland. Sebab ada yang cakap boleh solat kat Main Street. Takkan nak pusing balik. So kami google je. Jangan risau, wifi meerata kat Disneyland Hong Kong.

Rupanya ada prayer room kat kawasan Explorer Club Restaurant. Sampai kat situ pun menggagau gak cari sbb ada yang cakap in between Toy Storyland…

Sebenarnya Surau tu terletak sebelah Explorer Club. Kalau you all makan kat situ, keluar dari Resto , on way the nak ke toilet akan Nampak ini bilk.

Ia dipanggil, Quiet Room. Kat situ ada arah kiblat jugak dan tempat wuduk.

Dalam bilik tu takde telekung solat, Jadi bawaklah telekung solat sendiri. Bagi yang berhijab, pakai baju ready solat lagi bagus. Yang tak berhijab..pandai-pandailah korang. Tapi kena inget, solat itu wajib.

Ini tempat wuduk. Gunakanlah sebaiknya. Jangan lah korang buat macam kat kampung korang habis lencun lantai. Dan Jangan plak kasi anak kencing kat sini. Aku tau, Kalau kat tempat wuduk masjid/surau kat Malaysia ada juga manusia otak udang yang kasi anak kencing or tempat cebok berak anak. Pastu nappy letakkan kat situ. OTAK UDANG BETUL. Tapi masa kami kat sini, suhu adalah 12 darjah kot… mik wuduk laju je sebab sejuk. pas tu terus sarong jacket.

keadaan dalam surau/quite room. Alhamdulillah selesai perkara wajib. Boleh sambung main kat Toy Storyland.

Nanti kita post pasal tempat makan halal plak ye.

Cuti Persekolahan 2019

KUMPULAN A – Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Cuti Persekolahan

Pertengahan Penggal 1

Pertengahan Tahun

Pertengahan Penggal 2

Akhir Tahun

Tarikh Mula

22.03.2019

24.05.2019

09.08.2019

22.11.2019

Tarikh Tamat

30.03.2019

08.06.2019

17.08.2019

31.12.2019

KUMPULAN B – Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Cuti Persekolahan

Pertengahan Penggal 1

Pertengahan Tahun

Pertengahan Penggal 2

Akhir Tahun

Tarikh Mula

23.03.2019

25.05.2019

10.08.2019

23.11.2019

Tarikh Tamat

31.03.2019

09.06.2019

18.08.2019

31.12.2019