Monthly Archives: January 2018

Makanan Halal di Koh Lanta

Bab makan kat Koh Lanta tak payah risau..makanan halal sangat senang dan murah.

ni masa first day. Kira room service je. order nasi goreng pastu dia hantar ke bilik. Sebab malas nak keluar dah penat kan. Lepak makan depan TV. Nasi goreng seafood for mama n papa n nasi goreng daging for kids pastu lawankan dengan ayam bakar yang beli masa otw siang tadi. Sedap. Air minum air kosong je. Malam-malam kalau lapar lagi makan roti susu fav Rayyan. Dia takde lain..masuk Siam nak roti susu. before check in, dah singgah 7E beli susu lah yogurt lah roti lah jajan lah…huh semua ada  untuk dorang makan malam-malam

NI breakkie kiterang. Sbbb harga bilik dah campur ngan breakfast kan.. so ni je lah makan pagi kiterang. kot lapar cari makan luar la. Ingatkan buffet ke apa..rupanya set meal. Mahal plak hotel charge for this. Kita just pilih je menu then dia masak, 

Ni gambar bangunan bertentangan tempat makan kiterang. makan tengah hari .Dah habis pusing Koh Lanta, Cari tempat makan. Dah nampak masa lalu mula-mula tu, nampak jual goreng pisang. tapi sbb masih kenyang, masa otw balik tu singgah ingat nak makan goreng pisang, sekali tokey kedai cakap makan sini la, ada nasi. Apa lagi..dengan suhu dan cuaca ala ala duduk Cameron Highland, perut yang lapar kami singgah lah.

Ni kedai dia. Depan goreng pisang ada, dessert kampung lake sira labu, ubi, dan kuih lain ada di jual. Harga dia? seriyal jah katanya..hahaha Dia boleh cakap Kelate. Kita pun apa lagi..like go back hometown lah. Harga bukan seriyal tapi 10B. Murah lah tu. Yang ni bungkus bawak makan dalam bilik sebelum ke Swimming pool. Terjun swimming pool pun kejap je sebab sejukkk

NI tengah order.Lama tak lama..kejap tak kejap sampai makanan. Sempat lah dengar Rayyan melalak sebab apa yang dia order takde. Dia nak makan pancake..mana ada siang buta gini. Yang ada masakan panas. LAst sekali dia order udang goreng tepung rasanya. Nasib baik ada..kalau takde risau gak kot kot kedai tu terbalik.

Anak-anak senang je..asala dapat nasi goreng ..dorang makan lah. Sedap masakan dia. Murah pun murah.

Ni tomyam dia. Sorang makan. Harga dalam 80B. Tomyam seafood

Kat depan yang jual kuih muih..dia ada jual satar. Try lah satu. Harga 10B. Perghhh pedas )(&^%$. Tapi Satar Ganu lagi sedap lah

Ni makan malam plak. Restoran dia depan hotel sikit je kena jalan kaki lah. Depan Restauran dia ada 7E seberang jalan. Tokey kedai dia macam biasa boleh cakap Kelate. Tau tak orang siam perangai dia, kalau kita cakap bahasa yang dia boleh cakap..layanan dia terus tip top. Ha yang ni tiptop lah

Ni bebudak punya kot. Dorang nak makan maggi goreng pattaya. Ha lupa lah..tapi apapun makan sini memang sedap.

Yang ni special. Kuey teow ladna. Sampai sekarang dok teringat rasa dia. The best in the world. Tapi kalau uolls pi rasa dia tak best..sorry lah ye.

apa-apa pun makanan kat KOh Lanta murah dan sedap. Makanan halal memang senang tak payah risau. 

Sekian

 

Road trip: Rawang – Koh Lanta

Ini cerita bulan lepas… Bukan main susah nak blogging sekarang. Well you know. KOmpute kat atas, bila lepak bawah, malas plak nak naik tingkat atas. Kami ke Koh Lanta. A veru short notice plan. Masa plan ni..baby pun takde passport. Bok hotel dulu baru gi buat passport baby. Rimas tau pergi buat passport sebab ramai sangat orang.Nasib baik cepat je siap.

Kiterang bertolak dari Rawang dalam pukul 12 malam. Drive Tru McD sbb belum dinner, then terus ke Utara. Cuma singgah sekejap pasal pilot nak ke toilet. Yang lain lepak dalam kereta. First time baby travel jauh. Doa yang baik-baik je . Alhamdulillah sampai Changlun sebelum subuh. Banyak masa bleh settle kan white card, tukar duit dan insurans kereta. Lepas tu Solat SUbuh then terus ke BKH

Lepas BKH, panjang Q nak cop passport. PRosedur baru dah. Tak payah turun kereta, Tapi lama lah beratur. Cuaca kat ICQ hujan renya-renyai tapi suhu sejuk. Kena akai baju panas lah. Kalau macam Rayyan dia tak pakai lah sleeveless dia sepanjang masa.

3 jam jugak baru settle,,,  Lapar perut. Pulut n ayam goreng takde plak kat tempat biasa. So teruskan erjalanan jumpa kedai makan kita berhenti.

Perut sudah bergendang-gendut tali kecapi..laprpo watakunsi dah.. Nampak masjid, kami singgah. Berhenti makan. Mee celup. Orang kedai buleh kecek kelate..takdok hal..srupo sedaro maro nyo laye ke demo. 

So kalau korang nampak masjid ni,,berhentilah kot kot nak makan ke kan. Selain mee celup dia jual nasi lauk campo jugak. TApi perut kami ni takleh nak makan nasi pepagi. So makan mee celup and minum teh je. Sebab hari sejuk saya order teh tarik..pehh teh tarik dia kat tempat lain memang tak jumpa lah..lemak berkrim ..manis mak aihh dia siap kasi teh kosong lagi satu teko..sbb takut terlampau manis katanya. memey manih letting tingting

Selesai makan..kami meneruskan perjalanan. JAuh tak jauh macam pi Krabi je. Ha tengok signboard tu. MAsuk kiri je nampak orang jual ayam golek. Ini kena berhenti ni.Sebelum tu ada berhenti jugak. Berhenti pi toilet dan masuk 7E. Kalau masuk Siam, 7E adalah satu tempat yang kena masuk sbb 7E dia best. Semua ada. Kalaulah 7E kat Malaysia best macam ni dengan penawaran harga yang berpatutan. 

Berhenti beli ayam golek sekor. Korang tengoklah berapa harga ayam golek sekor. YAng jual ni kot hentam je cakap siam ngan saya. Kita pun medai dai..ka ka ka je lah.. bedal je lah. sikit sikit boleh lah.. Tau tak masa ni suhu kat luar dalam 20-23 celcius je. Kira sejuk lah

Tunggu ayam lagi. TUnggu dia pootng ayam

Dah sampai di Jeti untuk ke Lanta kecil. KEna beli tiket Ferry dulu. Tak beli kalu takleh naik

Lepas beli..apa lagi beratur lah. TAk lama dalam 15 minit je kejap je.

Dah naik Feri… tengoklah pemandangan dia. cantik kan?

Sampai Koh Lanta kecil..teruskan perjalanan sebab kami nak ke Lanta besar. Dari Koh LAnta kecil ke Koh Lanta Besar boleh seberang dengan jambatan je. Korang kalau berhenti slfie..silalah berhati-hati..beradab ye

 

Dah sampai..Koh Lanta BEsar. Masa untuk cari hotel. 

Kami duduk di Hatzanda Hotel. Muslim owned.Sebab mam yang belanja hotel so mamalah kena bukak wallet.Kami amik satu bilik family. Bilik besar. Satu KIng size bed dan 1 bunkbed. MUatlah berenam tido. Kami amik sekali ngan breakfast.

OKlah kita samung lagi..next cite pasal makan-makan plak

Baby Aqilah :Imunisasi, Rotavirus Pneumococcal

Alhamdulillah…100 days pantang sudah over..yess

Not a really yes lah sebenarnya..once habis pantang, kena lah mula mempekasakan diri ke sana sini, kemas rumah , buat itu ini and dah boleh menumpukan perhatian kat kebun ulam. One more thing yang belum lagi buat iaitu bersenam.

Okay…. Baby dah nak masuk 4 bulan , Dah settle suntikan booster masa umur 2 bulan , next utk umur 4 bulan plak. selain dari itu suntikan pneumococcal dah ambil..hah kau sampai demam demam sikecik yang tembam ni.demam beserta dengan selsema dan batuk. Dua kali jugak kena neb dgn air garam, Rotavirus pun dah settle.. waiting for next plak

Kami buat suntikan kat Tropicana hospital. Since untuk booser biasa adalah covered by insurance so bayar untuk rotavirus dan pneumococcal je.KAt TMC kalau tak silap kat bil, R dia caj for RM200 while for P dia caj for RM300… tak sure harga tempat lain, boleh je check kat mana-mana klinik dulu

Mana-mana klinik pun ada tp kena tanya dulu. Actually sebelum ke hospital dah call klinik berdekatan, banyak klinik cakap some injection takde stok.Ada klink yang ada B tapi takde R, ada R tapi takde P, So ke hospital terus and jumpa Paed yang attend dia since her first day lagi senang

Berat baby sangat memberansangkan. huhuhu masa 2 month old check up berat dia adalah %kn lepas tu next check up masa 3 months old, berat naik 6kg.. pastu masa timbang pi panel klinik sebab kena Neb berat dah naik 6.7 dah

fuhhh..kok berat gitu..bayangkan kalau berdukung dia? Serious lenguh bahu gak..

Apa pun alhamdulillah… menyusu ok, berak ok, mandi ok cuma nak pakai baju je nak nangis sbb tak nak pakai baju..asala bukak baju je siap senyum gelak …