Saya selalu memandu ke Thailand (Siam) dengan kenderaan sendiri dan biasanya masuk ke Siam melalui Bukit Kayu Hitam tapi kali ini saya ingin berkongsi pula procedure memandu ke Thailand melalui CIQ Rantau Panjang Kelantan dan CIQ Sungai Golok.
Secara peribadi saya rasakan procedure melalui CIQ Sungai Golok lagi mudah dan cepat serta mesra pelanggan oleh pegawai kastam dan imigresen Siam jika dibandingkan dengan procedure melalui CIQ Bukit Kayu Hitam – Sadao/Danok.
PANDUAN INI UNTUK KENDERAAN PERSENDIRIAN SAHAJA
Dokumen yang diperlukan:
- Passport
- Geran Asal (Photostat tak main ye). Berbeza ngan BKT/Danok, kat sana terima Geran Photostat tetapi kat CIQ Sg Golok ni pegawai imigresen Siam nak GERAN ORIGINAL ASAL. Alasan diorang untuk mencegak penyeludupan kenderaan curi katanya.
- Surat kebenaran pemilik kenderaan (sekiranya nama kenderaan bukan nama sendiri) + Salinan IC pemilik asal.
- Insurans Kenderaan Thailand – dibeli di CIQ Sg Golok (RM30 – utk MPV 7 seaters)
- White Card – RM2 sekeping diisi di CIQ Sg Golok
PANDUAN MEMANDU KE THAILAND – Memalui Rantau Panjang & Sg Golok
CIQ Rantau Panjang Malaysia
- Pandulalu aja dan apabila sampai kat kaunter pandulalu imegresen Malaysia, bagi Salam dan serahkan PASSPORT. Turunkan semua tingkap kenderaan supaya pegawai imigresen dapat tengok pemandu dan penumpang kenderaan.
- Selesai scan passport, ucap terima kasih dan terus pandu kenderaan menuju ke jambatan Sg Golok (Sempadan Malaysia/Thailand)
CIQ Sungai Golok (Kolok) Thailand
- Parking kenderaan di tempat parkir dan semua orang kena turun menuju ke dalam bangunan imigresen Siam.
- Beli Insurans kenderaan & Apply VEP – Masuk aja pintu bangunan imigresen Siam tu, betul-betul tingkap sebelah kanan yang pertama sekali. Beli kat situ. Serahkan Geran Asal kenderaan dan in-return ada 3 dokumen yg pegawai Siam itu bagi.
- i. VEP – Vehicle Entry Permit (yg belom ditandatangani oleh pegawai kastam siam lagi)
- ii. Insurans Siam (simpan elok-elok)
- iii. Passenger list (mesti dichop bersama-sama dengan passport pemandu)
- White Card (RM2 seorang) – Terus masuk bilik di sebelah tingkap buat VEP & Insurans tu. Cakap je kat pekerja tu nak buat white card. Dia akan amik semua passport dan buat isi borang white card tu.
- Chop passport – Sesudah buat white card tu.. sorang-sorang pi beratur plak kat kounter chop passport dan jangan lupa untuk chop passenger list sekali. Kat sini free jer chop passport dan tak perlu bayar upah chop passport seperti yang biasa dilakukan kat CIQ Danok (Bukit Kayu Hitam). heheheh!
- Tandatangan Surat VEP – (tengok gambor bawah ni) Balik ke kenderaan, pandu lalu ke lorong Kastam Siam, sampai je kat Checkpoint Kastam Siam tu, pemandu kena turun dari kenderaan dan ambil tandatangan Pegawai Kastam Siam. MAKE SURE surat VEP tu ditandatangani oleh pegawai tersebut dan CHOP. Pemandu pon kena tandatangan pada 3 tempat pada surat VEP tersebut. SIMPAN ELOK-ELOK Surat VEP ni dan akan diserahkan kembali kepada Kastam Siam masa nak balik ke Malaysia nanti. Kalau surat VEP ni hilang, al-marhum la kenderaan korang….takbleh nak balik Malaysia.
OK selesai sudah urusan dan boleh lah pandu ke destinasi yang dituju.
Berikut adalah contoh dokumen
- Insurans Kenderaan Siam
- VEP Siam (Vehicle Entry Permit)
AKHIR SEKALI: PESANAN SEKALI LAGI. DOKUMEN VEP DIATAS INI PERLU DISERAHKAN KEMBALI KEPADA KASTAM SIAM SEMASA PULANG KE MALAYSIA NANTI.
Selamat memandu ye!!!
CONTOH SURAT KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN KE THAILAND
James Bond
10 Jalan Kebun Getah
Tanjong Apolo
98012 Pekan
Pahang
20 Oct 2018
Officer in Charge
Thai Custom Department
Thailand
Re: TOYOTA VELLFIRE 3.5 MPV PETROL Registration Number CFE8888 (Engine No: XXXXXXXXXXX Chasis No: YYYYYYYYY)
This is to confirm that the above mentioned motor vehicle belongs to James Bond (IC No:xxxxxx-xx-xxxx) and its is hereby giving consent to (Name) Johnny English (Passport No: A123456789) to take this vehicle to Thailand for visiting purposes.
Your cooperation and assistance render to him is much appreciated
Thank you and best regards
Your faithfully,
(signature)
James Bond
(IC No: xxxxxx-xx-xxxx)
Boss nk tnya surat kebenaran dan photostat ic owner kna serah waktu mna ya?
masa nak buat VEP
Salam..mintak tolong..nk tanya..surat kebenaran pemilik kenderaan tu,nk kena cop pesuruhjaya sumpah atau lain2 ke?sebab ada yg cakap,polis rantau panjang cakap camtu..boleh bagi pencerahan tak?tq..
setahu saya takyah… just buat surat rasmi aja… paling senang suruh agent yg buat….
Sim card traveller tu boleh beli kat mana ye?
kat mana mana agent insurans boleh beli sim kad…
Surat kebenaran tu kene bawa sendiri ke??
ye… kene bawa sendiri dan kene serahkan masa buat VEP
Suami + Isteri + anak 5 org. Boleh kah naik satu kereta masuk Siam?
Boleh