Heboh kat FB pasal nasi kosong demgan sayur harga RM2. Tengok cara anak kecik tu makan, serius rasa tak selera. Macam manalah situbuh kecil nak dapat tenaga? Tanpa makanan sihat, macam mana otak nak cerdas. Kalau anak anak saya mungkin dorang tak makan bulan tak bersyukur tapi biarlah boleh membuka selera anak- anak
hari peryama hantar anak-anak ke sekolah yelah sebab semua tukar sekolah baru, saya sempat tapau mee goreng dari kantin sekolah menengah. Balik makan kat rumah. Mee goreng harga RM1 ada dua tiga helai daun sawi dan sedikit hot dog. Mmm letak hot dog dlm mee goreng memang tak masuk tekak… memang bawak bekal lah ke sekolah
lepas tu try sekolah rendah plak… banyak jenis makan di jual tapi semua goreng. Nugget goreng , sosej goreng minyak penuh berkilat dan ada wantan. Nasi goreng, nasi lemak mee goreng ada gak. So saya cuma beli wantan goreng, rasa pelik sebab minyak menggoreng tu goreng banyak benda so rasa minuak tu ada tengit sikit. Dah lah kat kantin tu bau semacam je .. bau makanan busuk + sampah kot. Afriena pun komplen meja kotor nak makan kena lap sendiri
Memang lah orang meniaga nak untung je, tapi kalau menjual kat bebudak biarlah penuh kasih sayang. Jangan le jual makanan goreng yang sejuk beku. Nugget , hotdog n wantan tu mana ada khasiat. Apa kata pengusaha kantin rajin kan diri sikit
cuba buat bubur nasi letak ayam sikit, tabur ikan bilos tumbuk sikit daun bawang sikit boleh dah jual singgit semangkuk. Buat sup sayur campur ayam sikit boleh dah buat makan dengan mee atau mihun. Tak pun buat sup stok ikan bilis, letak sikit , tabur sayur bayam sikit, ika bilis goreng 2-3 ekor dan sesudu kecil ayam kisar pun dah sedap.. Budak bukan makan banyak pun setengah cawan mihun dengan sup sayur campur isi ayam sikit sedap dah tu. Nasi kosong boleh je buat lauk ayam goreng kunyit campur sayur kacang dan karot. Banyak mana pun budak nak makan. Daripada sibuk nak jual nugget atau hotdog ada baiknya makcik kantin jual burger telur atau benjo. Goreng telur letak atas bun roti yang kecik. Sekarang ni roti bun kecik dah boleh tempah dah. BUat bun sendiri pun boleh senang je. Jual sandwich pun ada bagus jugak. Beli telur saiz kecik kat NSK less than RM 9 boleh dah kan. Kurangkan beli frozen food
minuman kantin pun satu hal. Hari hari ada jual air kodial. Mana bagus, cuba lah jual air buah ke. Jus buah ikut musim. Buah nenas ke buah jambu ke buah tembikai ke lagi ada zat
amacam makcik kantin dah dapat idea tak? Biarlah penuh ikhlas demi anak anak kecil. Sekolah menengah makanan mungkin sedap tapi sekolah rendah mentang mentang budak kecik tak reti buat kecoh
oklah itu je bebelan dan nasihat sapa suka boleh share. Sapa tak suka senyap sudah