Yearly Archives: 2015

Update please!!!!!!!

Sejuknya hari ni… macam duduk obersi pulak. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, udara sejuk lepas tu keseorangan di rumah. Rasa macam nak masuk bilik ambil bantal and zzzzzz. Tapi itu hanyalah angan -angan yang tak dapat dipenuhi. Banyak kerja nak buat. Walau rasa sangat boring dengan buat kerja yang sama setiap  hari, kena buat jugak. MInggu ni tak pergi jogging lagi, Selalu, selang sehari pergi jogging kat bawah, cuma minggu ni pergi swimming petang je. Itupun kena makesure cuaca takde hujan. Sebabnya bebudak exam kan, so kenalah bawak dorang swimming kasi hilang stress.  Rayyan pun dah berapa kali dah tanya, mama nak swimming tak? Swimming pool dan anak-anak mana mungkin dapat dipisahkan. Suka dorang kat swimming pool tu.

Tak ketahuan nak update apa, tapi banyak cerita nak dikongsi. Bulan ni bulan busy husband, setiap malam tidur lewat selagi tak habis kerja Taekwondo dia. Hujung bulan ni ada Tournament Taekwondo anjuran STANICC, yang macam tahun lepas tu, tapi kali ni nampak macam best jer… Mungkin kali ni Afriena cakap  nak masuk tournament kot. Yerr Afriena yang kurus cekeding tu, takutnya tengok dia sparring. Dia dah lah kurus…kecik plak tuh. Adehhhh Tapi dia nak mauk jugak. I siap cakap… ok nak masuk boleh tapi dengan syarat, kalah ke, sakit ke jangan nangis. Ashraff macam biasalah… budak laki apa dorang tau kan. Sebenarnya kalah menang tak penting, yang penting cari pengalaman, bina keyakinan diri, belajar sabar dan ada semangat untuk bersukan tu je. Tapikan dah  3 bulan tak pergi Training, kiterang just pergi training kat Fuqaha je, Yang kelas pagi tak pergi lagi. Sebabnya, Bulan puasa masa bulan 6 dan 7… Tgh bulan 7, raya then bulan 8 plak , balik sebab atuk meninggal dan ada event Dugro lepas tu Ashraff demam sampai kena pergi amik blood test sebab doktor suspect denggi… Insya Allah minggu ni nak pergi itupun kalau takde halangan apa apa lah

blood

Dah lama tak pergi training ni kang kaki keras plak. Nanti banyak pattern lupa. hahahah…peluh pun kurang keluar nanti. Insya Allah…

Oklah nak sidai aju plak. Hari ni Rayyan terkencing atas tilam plak…nasib baik sikit je. Semalam lailah…dia merajuk dalam bilik air, masa merajuk dengar dia cuci swimming suit dia, Bila I masuk check tanya kena, dia cakap swimming suit dia kotor sebab dia kentut…ekkkkk

Ikan Jelawat oh Ikan Jelawat

Pernah makan ikan jelawat tak? I ni baru makan… so far baru dua kali masak. Not bad jugak rasanya.  So far masak dua kali ni, I buat asam pedas rebus je. Resepiorang kelantan. Nakbuat masak tempoyak tapi tempoyak takde plak. First time masak ikan, masak dengan buang sisik nya. Bila baca blogresepi dorang cakap jgn buang sisik sbb sisik dia sedap. So kali kedua masak tak buang sisik, memang sedap rasanya. Lemak-lemak gitu. Oleh kerana yang kalai kedua masak ikan nya besar sikit, maka I goreng masak asam pedas rebus dan goreng jugak. Goreng garing. Memang laku lah…

image

image

Masak asam pedas style kelate

Resepi dia ada di sini

INGREDIENT

  • 3 ketul ikan jelawat
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 1 genggam beras- direndam air 10 minit
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 biji cili merah- nak pedas tambah cili padi
  • 1 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • garam dan pati ikan bilis secukup rasa
METHOD

  • Tumbuk beras sampai lumat, lepas tu tumbuk, cili, bawang, lengkuas dan kunyit sampai lumat
  • jerang air , masukkan bahan tumbuk
  • kacau sampai mendidih dan rasakan garam ,pati ikan bilis dan asam keping.
  • BIla sebati, masukkan ikan,
  • Masak seketika sampai ikan masak
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Nasi Lemak Village Park Yang Sedap

Lepas habis event dugro, sepatutnya kiterang pi rumah SIL for lunch tapi rasa acam akan terlambat ke kelas Taekwondo, so we just  pusing balik pi Uptown jer. Dah lama tak makan nasi lemak. A day before kiterang tengok TV ada program Food War. Ni pasal nasi lemak. Apa lagi harus mencari nasi lemak.  Bebudak ni excited lah sebab dorang tengok Food War. It was about Nasi lemak war between nasi lemak Tanglin dan Nasi Lemak Village Park. Dalam Food War tu, pemenang dia adalah Nasi Lemak Tanglin.  Okkk takpe, kita pi makn nasi lemak Village Park dulu, tengok mana sedap. Masa dalam TV tu, owner dia cakap, dia guna 3 jenis beras untuk buat nasi lemak.

image

Lama jugak beratur tunggu nak dapat nasi lemak. Takpe kalau rasa macam takde seat nak makan nasi lemak yang sedap giler tu, jangan risau..by the time uolls dah reach the ordering counter dah ada tempat kosong.  Dia ada banyak menu kat situ. ada lontong,ada ketupat palas, mee tapi dah kata Nasi Lemak War, so baiklah kami makan nasi lemak. 30 minit jugak beratur, dah rasa nak give up sebab Rayyan kan tak suka panas. Tengok, tak berbaju dah dia. Dia suka hati la bukak baju. Tegok muka mama dia berkerut..ishhh geramnya nak makan pun nak beriba sebab panas.
image

Seriously, sedap nasi lemak dia. Nasi dia berderai, rasanya dia campur beras biasa, beeras Basmathi dan beras wangi untuk buat nasi lemak. Nasi lemak dia rasa lemak dia, rasa garam dia cukup memang ummphh lah. FYI, makan nasi dia saja pun dah cukup menyelerakan. Sedap. Bila makan dengan sambal lagi sedap sebab sambal dia taklah pedas ,, sikit manis. Sedap… For me takde ayam pun dah sedap tapi bila letak Ayam it’s a bonus 5 bulan sebab memang sedap. Afriena kan suka nasi lemak, Dia cakap sedap nasi lemak dia mama, bukan macam kat swimming pool kat rumah tu mama. Amboi mulut tak makan saman betul kalau dia buat review pasal makan. I know , I know dia kan nak jual nasi lemak with me masa cuti sekolah which I had not done yet with her. Told her, tak baik cakap macam tu.  Kiterang amik Nasi lemak Ayam goreng sbb sambal sotong dah habis. Ayam goreng dia is a must. Rangup di luar, penuh rasa rempah dia, dan juicy di dalam. Ayam semua whole leg. Ayam goreng tu, I share dengan Ashraff. Dia tak nak nasi lemak, cuma me, Afriena n Kheirul yang makan. Rayyan tak nak amkan sbb dia panas mana boleh nak makan. Ada ke patut nak mandi. Pekerja kat situ dah berapa kali usik dia sebab tak pakai baju. Harga sepinggan nasi lemak ayam RM9. Not bad.

Teringat masa makan nasi berlauk kat Kuala Krai sebelah Pusat Kesihatan Kuala Krai, 10 orang makan RM87. Gila mahal nak mampus sbb ayam dia potong kecik-kecik, caj giler mahal. Memang masa bayar tu sound je.. MAHALNYA… pastu my bro tambah ni lauk ayam hutan ke? Guna daging rusa ke?  Hahaha takpelah rezeki dia, lepas ni memang tak makan situlah. Awak hilang 10 orang customer. Mahal…

Back to Nasi Lemak Village Park, uolls patut pergi makan kat situ . S-E-D-A-P. next..We should try nasi lemak Tanglin pulak…

yum yum