Yearly Archives: 2015

Meja Ikea

Macam dah lama tak updat blog. ehe ehe eh tapi minggu lepas update dah. Minggu lepas tak sihat, so kena stay away dari komputer. mmmm sekejap je masa berlalu. Dah nak masuk tahun 2016 dah. Kita semakin tua, anak semakin besar.Bajet 2016 pun makin hampeh. Kesan nya? boleh tengok dan dengar jenayah yang berlaku setiap hari. Samun , rompak , ragut, culik, dan banyak lagi. Wanita diluar sana berhati-hati ye..sentiasa waspada, Dorang ni tak kira muda ke tua ke ada anak ke? Main serang je. Macam dah tak aman kat Malaysia. Semoga allah melindungi kita semua dari sebarang kecelakaan dan kejahatan manusia dan diampuni dosa kita.Amiin.

ikea

Tengok kaki dia yang panjang… masih nak duduk dalam stroller. Biar jelah asalkan dia tak mintak papa dia dukung, incase tetiba dia kata kaki patah sebab penat jalan. Lagipun macam ni senang , dia tak lari merata.

Oh ya…sabtu lepas kiterang ke IKEA. Cari meja study. Sebabnya, Ashraff dan Afriena suka bebenar buat homework depan TV. Sepatutnya, dorang boleh guna dining table untuk study tapi dorang kata tak best. Bila duduk depan TV walapun TV tak on, maka hilang lah fokus belajar. So kena pi IKEA lah beli. Lagipun tak rugi sebab dorang akan pakai sampai besar kan. Beli dan pasang sendiri kat rumah. Suami yang sangat “handy” buat kejap je dengan bantuan Ashraff. Kerja bertukang ni, Ashraff kena tolong lah ..mana nak hulur tools.  Bila besar nanti , dah pandai buat sendiri.

mejaikea

Nampaklah proper sikit tempat study.  Dorang decorate sendiri. I just help to place the frames. Lepas tu dorang susun sendiri. Toys yang banyak. Dah cakap kat dorang, kalau mama nampak barang atas meja yang alaa la macam sampah, mama buang. So far meja dorang , dorang kemas. Moga -moga makin rajin belajar lah. Ada tiga kerusi sebab Rayyan pun nak jugak.

 

Movie Day Out :Goosebump

Sabtulepas tengok movie. It was unplanned . Tapi disebabkan sangat boring duduk rumah dah seminggu tak sekolah semua dah resah gelisah tak keluar rumah. Pagi tu lepas sarapan kat luar kiterang balik rumah lepak-lepak. Lepas zuhur baru keluar. Budak-budak sibuk bertanya keluar nak gi mana ni, kena pakai lawa-lawa…We just say ada lah.

Pastu ..mama cakaplah nak pergi mana? Kita nak pergi tgk movie. Yeay movie…. Pastu I terdengar Ashraff dan Afriena berbisik. Tahun ni dah dua kali kita tengok movie. Hahahaha kesian plak mendengarnya. Watching movie bukan satu aktiviti mingguan atau bulanan. We want to make it special. Dia punya special tak special tengok movie, sampaikan tiket movie pun dorang simpan. I just said… Buang je lah ni… Ashraff cakap ..tak boleh sayang ni mama.. RM10 satu. Ok that’s it. We have to make this “movie day out” as a special family aktiviti.

Pergi movie tengok citer Goosebump. I pun tak tau citer apa, baca sinopsis je. Asalakan semua happy. Sebelum movie, pergi makan kat Foodcourt kat Mines. Dah lama tak makan situ. Dorang suka makan hotplate noodle, yang dorang bahasakan black noodle. Okay… makan sorang satu,. I je makan yong tau fu. Boleh lah…makan situ malas nak jalan jauh. Kat bawah wayang tu je. sbb ada lagi 30 mins before movie start.

Habis makan pergi cari snack utk bawak masuk, sambil-sambil tu bergambar while waiting for Kheirul beli popcorn plak.

image

image

Not bad jugak citer tu..kelakar. Nampak tergelak-gelak  Ashraff and Afriena. Rayyan? 30 minit pertama dia layan ovie, lepas tu dia tidur sampai habis citer. Habis citer dia bangun lepas tu tanya dia, Rayyan best tak movie tadi? Dia cakap best..hahahaha

Next movie? Rayyan cakap.. Rayyan nak watch Kungfu Panda 3

But we’re waiting for Star Wars