Yearly Archives: 2015

Hari yang dapat pi dating

Isnin anak-anak semua sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk pergi dating. Bila tanya Kheirul, mana kita nak pergi 2-3 jam untuk dating ye bang? Dia cakap kita pergi pasar cari lauk. Huhuhu sangatlah romantik ye. Pergi dating kat pasar. Walaupun cuti tapi banyak kerja kena buat. Mula dari hantar 3 anak pergi ke sekolah, lepas pergi bank buat bayar itu ini,lepas tu pergi sarapan. Hahahaha sarapan paling best lah sbb dapat makan kat kedai mamak tanpa kebisingan anak-anak yang berebut menu lah, berebut tempat duduk lah. Tapi dorang takde sunyi lah pulak. Tak dapat lah nak tukar tukar rasa makanan.

Menarik jugak menu sarapan kat maulana daun pisang ni. macam authentic indian cuisine je. Kiterang order idli vadai tapi vadai habis so makan idli je dengan sambar, lepas tu ada roti sardin dan poori set.  Share makan berdua. Sedap gak makan sarapan sini, bole lah bawak bebudak nanti. Air plak teh halia untuk Kheirul, I plak minum susu badam sbb nak try benda yang pelik. Menu pelik tapi sedap rasa dia. Rasa lemak manis pastu ada safron dalam tu. Kheirul tak suka tapi I sangat suka.Mamak tu siap tanya…kaka sedap tak itu susu badam? 2 kali dia tanya, masa hantar dari jauh tanya sedap ke tak? masa bayar pun tanya lagi… hahahah

idli set

idli set suka rasa dia masam-masam cicah kuah tuh

image

poori set, poori ni kalau buat kat rumah , bebudaklah paling suka makan. Yang ni makan dengan aloo gobi sedap

Susu badam... patut cuba sebab sedap.

Susu badam… patut cuba sebab sedap.

lepas sarapan, barulah ke pasar. mula-mula singgah Sri ternak sebab nak beli few things then baru pergi pasar borong. HArga ikan sangatlah mengarut…hish bebenor. Paling suka kalau ke pasar, duduk kat gerai sayur. Tak tau kenapa suka sangat dengan satur-sayur. ALangkah besntnya kalau ada kebun sayur sendiri, hari-hari dapat makan sayur fresh. Habis urusan di pasar bergegas balik ke rumah sbb nak kena amik Rayyan dari tadika dia. dia kalau lambat ah… hahah memang merajuk pun lambat mmg merajuk pun sbb lambat . Siap suruh carry dia dari sekolah ke rumah. nasin naik sekolah dekat je.

Resepi Pucuk Paku Masak Lemak

Isnin kan cuti tapi anak-anak sekolah..maka mama dan papa berpeluang lah dating ke pasar berdua. Tapi sebelum tu pergilah selesaikan urusan bank lah itu ini, sarapan kat mamak. Sarapan kat mamak berdua, adalah best tapi rasa sunyi tanpa budak bertiga. Kalau tak ada jer yang nak bergaduh, berebut menu. Nantilah kita citer pasal dating. Ni nak kongsi resepi lemak cili padi pucuk paku. Masa gi paar hari tu, nampak pucuk paku, Kheirul cakap sedapnya pucuk paku… so apa lgi pergi lah beli. Beli 3 ikat. Walaupun pucuk paku dia tak berapa lawaq tapi ok lah untuk masak. Teringat kecik-kecik dulu, kalau keluar ngan geng-geng kat kampung, kiterang selaimagelu masuk hutan, sambil panjat pokok jambu, sampai ke petang, dah bila takut nak balik rumah sebab lewat kan, maka cari lah pucuk paku buat penyejuk hati mak hahahah…. Dulu masuk semak mana pun tak pernah pikir takut ular ke, pacat ke, naik pacat jerit je lah…nanti sesapa tolong tak pun tarik je sendiri sambil jerit… Tak pun kalau pi mandi sungai, sambil-sambil on the way balik petik pucuk paku, pucuk midin atau panjat cari pucuk putat. Pucuk midin sedap kalau masak tumis air dengan betik muda tak pun ngan ubi keledek.

OK sambung balik… balik rumah, petik pucuk paku, MIL tanya nak masak apa? cakap lah ingat nak goreng, dia cakap buat lemak kuning sedap…haaa Idea, masak lemak kuning pun sedap, maka jadilah lemak cili padi . Lagipun ada masak siput sedut, MIL tak makan boleh lah dia makan lemak pucuk paku. Dah lama tak makan, dapat makan lemak cili padi pucuk paku..memang lah sedap.

 

Ini resepi dia.

Bahan-bahan

  • 3 ikat pucuk paku – siang/potong
  • 10 ekor udang basah  saiz M
  • 1 batang serai ketuk
  • 3 biji bawang merah – tumbuk
  • 1 biji bawang putih – tumbuk
  • 1 biji  lada merah – tumbuk
  • 3-5 biji cili padi – tumbuk (nak pedas letaklah lebih)
  • 1/2 kotak santan kara
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan santan bersama secawan air,  bahan tumbuk ,serai dan serbuk kunyit
  • masak hingga mendidih dan rasakan garam gula dan asam
  • masukkan udang dan pucuk paku
  • Bila dah masak tutup api
  • hidangkan dengan nasi bersama ikan goreng, ulam dan sambal belacan

Resepi Kari Sotong Mudah dan Sedap

image

Alhamdulillah..hits blog ni makin naik. Walau dah lama tak dapat advertorial, ambe tak kisah. Ok lah… resepi kari sotong kat blog ni hit mesti ada hari-hari tinggi plak tuh. So I nak kongsi resepi kari sotong yang resepi lain sikit. Cara masak sama tapi rempah lain dan guna santan sikit je

image

  • 7 ekor sotong saiz medium – I guna 2 ekor sotong yg panjang 15cm
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil Biji sawi
  • 5 Bawang kecil -mayang halus
  • 2  Bawang putih   -mayang halus
  • seinci Halia -mayang halus
  • 1 / 2 pkt  Serbuk kari ikan
  • 1/2 pkt serbuk kari udang
  • 3 sudu santan pekat
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa – ni ikut rasa masing -masing
  • 5-6 biiji bendi
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

  • Tumis daun kari dan biji sawi sampai naik bau
  • Lepas tu masukkankan bawang yang dimayang dan halia , tumis lagi sampai layu
  • bila dah layu masukkan serbuk kari  – tumis sampai pecah minyak
  • Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam gula
  • bila dah mendidih, masukkan santan , sotong dan bendi
  • masak hingga mendidih, bila mendidih tutup api
  • Biar je sayur masak dgn kepanasan yang ada
  • siap untuk dihidangkan

I tak guna air pun sbb sotong akan keluarkan air. Masak sotong pun kejap je sbb tak nak dia overcook. Kalau overcook , nanti dia keras. Macam semalam I masak, I tumis siap,-siap sampai garam dan gula, then keluar ambik anak-anak dari sekolah, Bila balik rumah dekat-dekat dinner baru sambung masaka letak sotong. Haaaa baru power makan. Kena plak dengan Ikan tenggiri goreng, letak bawang tuang kicap perah asam limau…pehhhh rasa nak amik daun pisang makan jer. Ada plak samba belacan hahahah.

Okaylah selamat mencuba ok.