Yearly Archives: 2015

Hohoho balik kampung

Apa lagi yang best selain balik kampung ???? Esp Ashraff and Afriena…seronok bukan main…dok tanya balik pukul berapa,  pukul berapa mama datang amik kat sekolah…. Kiterang balik petang rabu lepas budak habis sekolah… Jalan biasa je, Nak kata tak jem, jem jugak, KL kalau tak jem memang misteri…sangat misteri.  Sampai kampung pun pukul 10.30, tu pun sempat singgah beli satay , Mahal nya satay kat kelantan sekarang…tarafp KL dah harga dia. huhhhh taknak beli dah…err tapi sedap cuma kuah terlebih manis derrr…

Sampai  rumah baru nak duduk kejap, paksu datang…dia kata jom jom pi hospital, ayoh dah letoh (nazak)… Makan sate 2 cucuk pastu amik lagi 5 cucuk makan dalam kereta. TErus masuk kereta. Kheirul tak ikut sbb bebudak takleh ikut so, naik kereta my sis, abah yang drive. 20 min sampai spital machang…first time sejak dah tak sekolah, ni lah first time pi spital macahang..wow banyak yang berubah. dah ala ala spital swasta taraf dia. nurse pun baik. staff situ pun peramah. Doktor hensem… bukan I cakap my sis cakap ..adehh sempat lagi kan????

My atuk nampak macam sangat nazak… Kanser dia dah sampai ke paru-paru… 5 jam jugak lah dia tak sedar melawan semua ketidakselesaan macam tak leh nafas… semua gilir-gilir baca ayat suci alquran… pukul 2.30nampak dia dah penat, terus dia tidur. Kiterang tunggu sampai pukul 3.30pagi, lepas tengok dia dah tenang tidur, we devided to go home first sbb penat sangat… Masa nak balik cakap ngan dia masa tgh tido nak balik dulu, mmm dia dengar apa kita cakap, bukak mata kejap tidur balik.

Balik rumah tidur 2 jam, pastu bangun mandi siap pi spital balik sbb maksu kata dah sedar. {i melawat dia  dgn bebudak. Dah boleh bercakap dah… dia kata jangan lama-lama kat sini sbb bukan masa melawat nanti pak guard marah…tapi tangan dok pegang tak kasi kiterang pi. Pastu dia suruh buatkan horlicks, my mak suapkan dia minum, Pastu kiterang balik lah dulu… ehhh bukan balik pi cari fridge kat macahng and tanah merah, pastu pi Rantau Panjang makan mee celup.Sedappp betul makan…Lepas beli sikit-sikit terus lah balik sebab cuaca panas sangat . Lepak dok rumah lagi best. Dok rumah tolong-tolonh kemas rumah sebab yang lepas banjir hari tu belum habis kemas, tolong tengok barang hantaran tunang my bro..sbb on friday tu dia tunang.

tunang

sarung cincin…. tak lama lagi kawen lah ni 

Then Sabtu tu kiterang dah tolak balik sini sbb bebudak nak exam. Bawak balik buku…satu hapa pun tak baca. Dok main PS2… kejar kucing , pi sungai, mancing… banyak betul aktiviti dorang. Tu pun merajuk semua tak nak balik KL nak duduk kampung. Nampaknya cuti sekolah kena letak dorang kat kampung kot hahaha… pening kepala nenek and atuk dorang… Yang Rayyan suka dera kucing suka mandi air kolah.. pastu diam-diam dia terjun dalam kolah… hishhh dia kata swimming… mau tak stress nenek nanti.

Oh  ya.. my atuk nampak beransur sihat… dah kuar spital dah…ada kat rumah… semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk dia.

gambar-bambar yang cantik masa dalam perjalanan masa nak senja

image image image image

Grading hari tu…..

ok…8 haribulan 2… hari tu ada grading.  Grading taekwondo. hahahah bz betul weekend tu. Sabtu pagi pergi training  sbb nak prepare untuk grading next day, lepas tu ahad ada grading dan petang tu another training plak. Hahahha walaubagaimanapun …berat masih ditahap yang sama gitu. Takpelah ..yang penting sentiasa sihat dan bersyukur dengan nikmat yang ada.

Ok … hari ahad menjelma. Pagi-pagi lepas subuh tu, lepak-lepak atas katil amik mood dulu. Ha amik mood 2 kali masuk toilet. That’s always happen if I’m nervous. Bila pikir balik kenapa nak nervous kan? Tapi sebenarnya nervous lah sebab nak melompat-lompat pekik-pekik depan orang ramai. Ramai gaklah sbb masing-masing datang dengan parents kan.

So the test began with gred 10.9,8 and so on…

Time Ashraff dan Afriena…, Alhamdulillah dorang dah nampak lebih confident . Dulu malu-malu takut-takut… perkara-perkara yang baik tentang seni mempertahankan diri adalah.bina keyakinan diri, lebih berdisiplin, lebih berani. Berani bukan bermaksud jadi gangster,

Lepas tu ada sparring . Muka Ashraff ada lebam sikit sebab kena sepak kat muka. Takpe sikit je dia pun kata tak sakit pun. Biasalah lah kalau sparring , takde lebam tak sah. Lebih-lebih lagi bebudak…nak control kaki tu kurang lagi.

tengah buat pattern

tengah buat pattern – ala tak nampak Afriena

image

ala tak nampak Afriena lagi

Habis semua gred, now turn gred 2…ada 4 orang. Ngan bebudak lah I join. Alhamdulillah semua passed. Cuma kurang berpuas hati dengan pattern. Sebab First task kena buat kicking technique , penat dalam nervous yang buat kaki gigil. Nak buat pattern, … macam rasa lost je. Habis pattern kena buat one step sparring pastu self defence  , free sparring dan power test. Hahhhh semua lepas. Puas hati lah….

tengah buat jumping back hook..mencabar sungguh buat benda ni kalau badan berat. A day before sakit belakang, but after buat macam ni, terus hilang...hahaha no more massage needed

tengah buat jumping back hook..mencabar sungguh buat benda ni kalau badan berat. A day before sakit belakang, but after buat macam ni, terus hilang…hahaha no more massage needed – photo , credited to Nancy Binak

Buat Power test… ada dua kena pecahkan… satu kicking technique, satu lagi guna siku…video ni Ashraff yang amik…

Alhamdulillah semua lepas and now kena lebih practice semua pattern. Nak buat something mesti buat bersungguh…biar nampak kemas and cantik.

Too bad, on that day Kheirul tak datang… and because of that…I demand him to sponsor me ….”Sudikah kiranya..wahai suami ku..masa amik black belt nanti, tolonglah bayarkan  yuran exam dan belanja sepasang dobok utk black belt?” At first dia nak pi, dia kata tunggu sat, tapi we couldn’t wait sbb grading start pukul 9, kiterang nak cepat sebab nak beli breakfast dulu pastu nak warm up dulu. So dia kata  nanti dia pi ngan motor…padahal dia tido baik kat rumah… not fair ok ….Apa-apa pun tq sbb belanja kasut, tapi masih lagi kena sponsor for next grading….. tau

ANW, apa yang I kongsi ni bukan lah nak menunjuk atau bangga diri, kerana apa yang ada  ni semua hak milikNya, yang dipinjamkan. Cuma nak berkongsi inspirasi ngan anak-anak dan kawan-kawan blogger je…

TQ husband sbb tunjuk ajar few techniques masa kat rumah, your support and trust dan TQ Instructors for your tunjuk ajar ye…TQ kids for having fun with me :)

Makan-makan di Joe’s Kitchen

Sabtu lepas lah… lepas habis training taekwondo, kiterang keluar sat. Keluar makan sambil ambil angin lah sbb I kalau boleh dalam seminggu kena keluar rumah. <aklulah jadi housewife ni, duduk rumah je kan…makan kena keluar makan ke apa ke kan.

So kiterang ke Subang, sambil-sambil pi bank keluar duit… cari tempat makan. Main redah je tanya foursquare. Sekali keluar Joe’s Kitchen. Joe ni adalah penyanyo ya a au… Joe Flizzow tu..

Oklah since pernah keluar TV why not give a try kan? Sampai je situ masu… I keluar balik..sbb takde meja kosong for 5 and takde tempat menunggu. Kiterang tak nak duduk luar…panas and asap rokok. Sekali staff keluar..ye kak? Ohh ya… I need table for 5… Dia pun masuk cantum meja, and panggil kiterang masuk.  Masuk je Rayyan terus order. Dia nak milo. Yang lain pun nak milo kecuali me, I order teh botol and Afriena plak Sprite. Dah order air, baru order makan….

cheesy fries share ngan semua, tapi Rayyan n Ashraff yang beriya makan

cheesy fries share ngan semua, tapi Rayyan n Ashraff yang beriya makan..siap ngan sudu lagi.  Dorang kalau duduk dalam kilang cheese agaknya suka sangat lah kot

beef lasagna- ni Ashraa punya. Dia kat sedap tapi sikit. mau tak sikit selalu kat rumah masak mesti satu tray untuk 3 orang anak

beef lasagna- ni Ashraa punya. Dia kat sedap tapi sikit. mau tak sikit selalu kat rumah masak mesti satu tray untuk 3 orang anak

Meatball spaghetti -  KHeirul punya. Sedap cukup rasa. meatball dia memang sedap

Meatball spaghetti – Kheirul punya. Sedap cukup rasa. meatball dia memang sedap

image

Hawaiian pizza – Afriena punya.. but dapatlah makan satu sorang .besarkan… I suka crust dia. LAgi sedap dari domino.. Dia ala-ala apa John’s pizza

image

Cabonara- yang ni untuk Rayyan. Dia nak mac n Cheese tapi dah habis, so Cabonara is the nearest la kot. Dia makan separuh, lagi separuh semua share tolong habiskan

image

Aglio Olio – I punya… rasa dia oklah sedap generous with olive oil. Tapi kan kalau masak sendiri lagi sedap kot sebab kalau masak sendiri kita banyak bahan. Yang ni rasa dia sedap jugak dengan rasa tersendiri. garlic and olive dia mmg terasa,

Antway makan kat sini affordable la jugak. Satu meal cuma RM17 je. Selain pasta ada nasi lemak nasi goreng, mi kari pies and pizza. Best lah. Sambil-sambil tunggu makanan siap boleh lah pi potong rambut kat belakang . Sempoii…

boleh repeat lagi ni