Yearly Archives: 2015

Happy Birthday Rayyan!!!!

Alhamdulillah dah 5 tahun dah Rayyan. Dah sekolah dan makin tinggi curiosity  dia. Bayangkan… rel tangga dia pernah cuba nak naik nak buat slide? Itu baru satu…banyak lagi benda pelik dia buat.

Anw, his birthday  on 21-03-2015, disambut kecil tapi meriah. Papa dia bawak pergi Chilis, then order makan, pastu set ngan staff chilis yang friendly, untuk nyanyikan lagu Happy Birthday untuk dia. Punya lah dia malu, siap tutup muka masuk bawah meja. Tapi kejap jelah lepas tu dia tiup je lilin atas ice cream dia.

Thank you to staffs @Chilis Bangsar sbb sporting and friendly.

image

Rayyan nak….Mac’n Cheese

image

Kakak nak makan apa????

image

nak kalerrrrr

image

since we order 3 main course so, dpt 3 free kids meal.. So extra MAc’ Cheese to be shared by Rayyan and Afriena. Sebab Ashraff now, kena order adult meal

image

The birthday cake… Yang tukang makan adalah orang yang tak sambut birthday.. Choc Molten Lava cake with ice cream. Afriena dah cakap dah birthday dia bila

image

Tak sempat amik video dia…nasib baik dorang snap pic

image

berisi Ashraff sekarang… mana tak nya makan banyak…nasib baik ada kelas Taekwondo… tapi tu lah kalau masuk event..timbang berat kesian lah…

image

Birthday boy ngantuk.. suruh dukung…

 

Happy Birthday Rayyan… We love you

Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015

Sambutlah Hari Kesihatan Mulut Sedunia dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia dan pengkumur mulut nombor satu di Malaysia*, LISTERINE®, dan bersama-sama mencipta rekod di Malaysia Book of Records untuk “Acara Kumur Mulut 12 Jam dengan Paling Ramai Peserta” untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rutin pembersihan mulut harian yang lengkap! Butiran berikut:

MBR_EFlyer

 

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan berkumur, untuk mendapatkan sebotol LISTERINE®, baucar diskaun dan sijil khas, di samping merebut peluang untuk memenangi hamper Johnson & Johnson yang akan diberikan sepanjang hari! Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mulut! Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 akan mempamerkan informasi kesihatan mulut, aktiviti berpendidikan dan pemeriksaan gigi percuma, di samping acara berkumur sepanjang hari tersebut.

 

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini disokong oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015, sila layari Facebook LISTERINE® Malaysia di Listerine Malaysiaa dan anda juga boleh mengesahkan kehadiran ke acara ini di https://www.facebook.com/events/745909945517042/.

Jumpa di sana!

Weekend Somtam Trip

Sapa suka/pernah/dah makan somtam? Selalu kat kampung my mom ada jugak buat kerabu betik, tapi kat Thailang mesti cuma somtam. Kiterang ke Samila Beach on last weekend. 2days and 1 nigh. Giler penant. Selalu je short trip. Hajat asal adalah untuk ke Koh Samui, tapi suami tak dapat cuti almaklum baru kerja seminggu so merasalah no cuti for 6 month untill confirm kan? Jadi kiterang hanya ke Samila , sebab saja nak menghantar geng-geng ke Koh Samui. Trip ke Koh Samui ni adalah idea husband, dah siap booking bayar hotel bagai sekali dapat offer kerja, so kena lah burn nasib baik ada member lain yang gantikan…. Bila tengok gambar dorang kat Koh Samui….huhuhu bestnya…. jeles lah

pantai

permandangan depan restoran Amina… cantik kan?

anw, walaupun tak ke Koh Samui, we enjoy our short trip. Sampai sana pukul 10pagi, lepak kat restoran Aminah tepi pantai, order tomyam pepagi buta makan nasi …lapar gitu. Dah lepak makan anak-anak semua bermandi pasir, baru lah ke hotel untuk check-in.

image

layan je lah Rayyan…main pasir tu…

Kiterang duduk hotel BP Samila Beach. Hotel yang best lah…sbb dekat tepi pantai…kalau makan kat coffee house tu blh nampak pantai dengan angin menderu. Lepas check in,  mandi , zuhur,pastu semua tido…then pukul 3 kot bangun kecuali Kheirul lah …dia pergi merayau lawat kawasan amik gambar tanpa gangguan. Pastu dia balik kejut semua orang bangun suruh makan ice cream. Ice cream kelapa yang sedap,…Lepas makan ice cream … barulah boleh berjalan kat luar. Tempat yang dituju adalah kedai jual seluar…sebab I terlupa bawak jeans… bawak baju je. hahahah nampak seluar harem siam… terus beli… boleh buat pakai dengan shirt… macam tak sesuai…tapi belasah je lah… Lepas tu bebudak nak swimming…haaa temankan je….

ais krim

ais krim kelapa yang sedap

Bebudak ni, orang baru feeling nak pusing-pusing… pi lah swimming dulu…lepas swimming naik bilik mandi  pastu turun balik..pi pusing =pusing tgk tempat. Jumpa kedai makan nama dia Bang Yahya. Bebudak nak makan benda -benda goreng, so beli lah then nampak somtam…so order satu. Somtam telur masin. Mak aih sedap nya som tam dia.Kedai Bang Yahya ni jual macam jenis somtam, kerabu dan goreng-goreng. Kedai tu halal lah…pastu sempoi je kecek kelate. Harga makanan dari RM1 je. Somtam dari harga RM3 je. Lepas makan kat situ pusing jalan tepi pantai, beli ais krimlagi. Makan sambil lepak tepi pantai then jumpa somtam lagi. Beli dan makan lagi. Memang malam tu makan somtam je lah. Memang lega je perut tu. hahahahah

image

jatuh cinta dengan som tam… rasa yang sedap…cukup masam, manis, tak pedas sangat rasa masin dan crunchy betik masih ada…. 

Habis pusing-pusing balik bilik, buat yang wajib dan teus tido sebab esok nak balik KL :). Sempoi je cuti