Bulan 10, iaitu bulan Oktober, ada tiga orang sambut birthday dalam rumah ni. Ashraff 12/10, Afriena 15/10 and me 20/10. Kali ni birthday dorang cakap nak pergi Zoo. Ok gak selalu pi makan , makan kek dah biasa… kali ni pi jumpa binatang-binatang yang kena kurung plak. Excited lah dorang bertiga. Jumaat malam tu awal dah tidur, Sabtu pagi awal lagi bangun solat subuh. Senang je kejut. Suruh mandi pun takde buat malas-malas. Penangan nak tengok binatang katanya.
Pukul 7.30 dah keluar singgah pasar tani kejap sebab cari breakfast, lepas tu bungkus makan bersuap dalam kereta then baru ke Zoo. NAsib baik tak jerebu sangat. Sampai sana pun pukul 9 lebih. Elok dah tu… hari pun kurang panas. Terus beratur beli tiket. Dah beratur beli tiket, beratur naik tram. Ok lah … Untuk setenah jam pertama Rayyan happy lah… lepas tu dah tak suka sbb dia kata penat, panas, kaki patah , tak nak jalan, nak bukak baju. Bayangkan dia dalam zoo tak pakai baju. Suka je ungka dalam tu tengok dia. MAsa keluar dari Zoo, orang kat luar tanya dia… baju dah takde kena curi ngan monyet ke? Dia apa kisah Takde herannya dia.
Kita tengok gambar-gambar
Merasalah dorang pi Zoo. Walauipun binatang tak banyak and rasa macam Zoo dah kecil je… but we have fun. Banyak beljar benda baru. PErsekitaran Zoo pun dah bersih tak macam masa pergi dulu. Mungkin kena pergi Zoo pat lain plak. Kiterang tak pi kawasan Reptilila sebab teanh buat renovation. Fuhhh nasib baik kalau tak kena tengok ular…takut