Chicken Pox di usia dewasa

Sekali lagi blog ini kesepian. Hari Selasa lagi I dah demam. Hari Rabu pun demam seterusnya hari Khamis. Ingat Khamis malam nak pergi jumpa doktor, tapi sibuk dengan home bebudak. Badan dah lah panas sejuk panas sejuk. Biasalah jarang demam bila demam, memang teruk. I perasan I dah lama tak amik habbatussauda dan madu…agaknya lah kot.  Sebab Khamis tu dah sangat tak tahan, maka makan pun sekeping pizza je. Malam tu telan panadol. I ni jenis tak suka telan ubat. Kalau boleh tahan I tahan , sebab ubat moden ni banyak chemical tak bagus. Dah lah demam, gastrik lagi. Anak -anak buat perangai ngan homework…haih stress tau tak

Jumaat pagi bangun dengan kepala yang berat dan gatal. I raba kepala, hairan bin ajaib kenapa kepala banyak jerawat ni?  Pergi toilet… banyaknye jerawat kat muka!!!Baru skip SKII dua hari sbb demam malas nak layan semua tu, entah apa-apa lah jerawat ni. Berkatalah dalam hati.  Lepas tu terpikir sejenak, entah-entah chicken pox tak? Keluar toilet, mengadap cermin, check badan…PAPA!!!!!!…ni chicken pox ke?

Hah chicken pox la ni … huhuhu patut rasa gatal semacam. So Kheirul cakap nanti pergi klinik. Ok Ok… tapi sampai ke petang tak pi klinik. Daku busy mengira pox yang tumbuh melata bagai cendawan tumbuh dimusim hujan. Makin lama, makin banyak. Dah banyak macam tu macam mana nak pergi klinik sendiri. Dah lah kepala pening, sakit, badan sakit, sejuk panas tambah plak gastrik yang menikam kalbu. Gastrik tu tak tau lah napa mungkin sebab tak lalu makan, so makan sikit je kot. Petang tu SMS gambar muka yang penuh chicken pox kat Kheirul minta simpati tak boleh drive amik anak kat sekolah. Dia pun simpati, balik awal hari tu, sbb masa tu muka dah habis ruang penuh dengan chicken pox. Besar-besar jerawat batu. Kat belakang paling besar sebesar putik kapas kot. Semua ada air dalam tu.

Lepas amik budak kat sekolah terus ke klinik . Jauh klinik tu kat Pandan . Nasib baik tunggu 5 minit je. Masuk je, doktor nampak terlopong. Belum habis soalan nak tanya dia cakapa betul la tu chicken pox. Tapi ni besar -besar punya. Kalau dah tua memang besarlah chicken pox ni. Huhuhu doktor kasi ubat-ubaat. Sebelum amik budak tadi dah sebat sebiji air kelapa…malam tu  macam popcorn lah dia keluar. Sabtu lagi. Ahad pun sama. Cuma kegatalan dah kurang sebab Kheirul pergi beli Pinetarsol. pinetarsolBagus pakai solution ni, Memang mengurangkan kegatalan.  lega. Harga sebotol, RM24.90

 

So hari ni, kebanyakan chicken pox dah nak kering.Walaupun dah nak kering… tapi yang sedihnya, saya terpaksa postpone grading taekwondo saya ke bulan 6. Takkan nak pergi dengan muka berparut next week.  Lambat 2 bulan lah gayanya. Takpa mungkin Allah nak uji kot, dan mungkin ada hikmahnya. Bak kata seorang sahabat…

“Banyak Allah bagi nikmat dlm hidup tu…. Sekali sekala diberi sedikit ujian…”

Maka weekend kami semua sangat;ah membosankan. Takde aktiviti, tak ade homecooked meal, takde outing yang kononnya nak beli kain sembahyang Afriena, nak beli kasut sekolah, nak beli baju taekwondo baru dan nak beli sunglasess. Diorang pun kesian takde orang nak layan. Kena marah banyak lagi ada lah. Bila ibu/isteri sakit…rumah jadi lintang pukang dan anak jadi tak terurus. Saya memang akan jadi stress bila tengok semua tu. Kuat sikit mesti bangun, cuma risau nak rapat ngan dorang takut berjangkit nanti. Tapi doktor cakap mungkin dalam masa dua minggu akan berjangkit jugak.

Time lunch, dorang layan diri sendiri makan. I order 2 bungkus nasi goreng patayya dan semua makan habis. Lapar gamaknya. Lepas makan, cuci dan kemas sendiri.

9 thoughts on “Chicken Pox di usia dewasa

  1. atty

    kty pun kena chicken pox yg besar2 ni masa dah tua dlm umur 26 thn rasanya ..abis semua muka.
    lepas dah keluar semua..time utk membeli segala product yg boleh ilangkan parut.skrg dah ada mcm2 yati
    aurawhite lah bagai. kalo kty dulu sapu je minyak utk hilangkan parut.mcm2 jenis beli

    Reply
  2. aironiza samsuri

    Nak tanya mmg keluar besar2 ye chickenpox kt muka?saya jangkit dr anak saya…saya kene teruk sgt smpai down gile sbb penuh kt muka da mengerutu muka saya…rasenya bdk2 kene taklah teruk sgt tp saya kene kt muka keluar biji air tu penuh satu muka…slalunye brape lama kite kene chickenpox ni?

    Reply
    1. lala

      sis…. kite same….. sy tgh kena day 2…… pnuh mke…. mke y pyh tmbh jerawat skrg tmbh chijen pox…. nmpk bngkak….. nmpk gmokk….?????

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.