Monthly Archives: October 2015

Movie Day Out :Goosebump

Sabtulepas tengok movie. It was unplanned . Tapi disebabkan sangat boring duduk rumah dah seminggu tak sekolah semua dah resah gelisah tak keluar rumah. Pagi tu lepas sarapan kat luar kiterang balik rumah lepak-lepak. Lepas zuhur baru keluar. Budak-budak sibuk bertanya keluar nak gi mana ni, kena pakai lawa-lawa…We just say ada lah.

Pastu ..mama cakaplah nak pergi mana? Kita nak pergi tgk movie. Yeay movie…. Pastu I terdengar Ashraff dan Afriena berbisik. Tahun ni dah dua kali kita tengok movie. Hahahaha kesian plak mendengarnya. Watching movie bukan satu aktiviti mingguan atau bulanan. We want to make it special. Dia punya special tak special tengok movie, sampaikan tiket movie pun dorang simpan. I just said… Buang je lah ni… Ashraff cakap ..tak boleh sayang ni mama.. RM10 satu. Ok that’s it. We have to make this “movie day out” as a special family aktiviti.

Pergi movie tengok citer Goosebump. I pun tak tau citer apa, baca sinopsis je. Asalakan semua happy. Sebelum movie, pergi makan kat Foodcourt kat Mines. Dah lama tak makan situ. Dorang suka makan hotplate noodle, yang dorang bahasakan black noodle. Okay… makan sorang satu,. I je makan yong tau fu. Boleh lah…makan situ malas nak jalan jauh. Kat bawah wayang tu je. sbb ada lagi 30 mins before movie start.

Habis makan pergi cari snack utk bawak masuk, sambil-sambil tu bergambar while waiting for Kheirul beli popcorn plak.

image

image

Not bad jugak citer tu..kelakar. Nampak tergelak-gelak  Ashraff and Afriena. Rayyan? 30 minit pertama dia layan ovie, lepas tu dia tidur sampai habis citer. Habis citer dia bangun lepas tu tanya dia, Rayyan best tak movie tadi? Dia cakap best..hahahaha

Next movie? Rayyan cakap.. Rayyan nak watch Kungfu Panda 3

But we’re waiting for Star Wars

Birthdays and Zoo Negara

Bulan 10, iaitu bulan Oktober, ada tiga orang sambut birthday dalam rumah ni. Ashraff 12/10, Afriena 15/10 and me 20/10.  Kali ni birthday dorang cakap nak pergi Zoo. Ok gak selalu pi makan , makan kek dah biasa… kali ni pi jumpa binatang-binatang yang kena kurung plak. Excited lah dorang bertiga. Jumaat malam tu awal dah tidur, Sabtu pagi awal lagi bangun solat subuh. Senang je kejut. Suruh mandi pun takde buat malas-malas. Penangan nak tengok binatang katanya.

Pukul 7.30 dah keluar singgah pasar tani kejap sebab cari breakfast, lepas tu bungkus makan bersuap dalam kereta then baru ke Zoo. NAsib baik tak jerebu sangat. Sampai sana pun pukul 9 lebih. Elok dah tu… hari pun kurang panas. Terus beratur beli tiket. Dah beratur beli tiket, beratur naik tram. Ok lah … Untuk setenah jam pertama Rayyan happy lah… lepas tu dah tak suka sbb dia kata penat, panas, kaki patah , tak nak jalan, nak bukak baju. Bayangkan dia dalam zoo tak pakai baju. Suka je ungka dalam tu tengok dia. MAsa keluar dari Zoo, orang kat luar tanya dia… baju dah takde kena curi ngan monyet ke?  Dia apa kisah  Takde herannya dia.

Kita tengok gambar-gambar

image

kita beli tiket dulu

image

Bergambar dulu…

image

berttiga plak… excited kan?

image

Tunggu Afriena n Ashraff pi toilet. Yang Rayyan cepat lah… lambatnya

image

Kasi dorang baca peta…last-last

image

naik tram

image

driver traam Zoo 10 ni peramah. Semua benda dia bercerita. Oh ya nama zirafah tu..Comel dan Chris.

image

lepas tu mula lah menapak berjalan tengok binatang.. Ashraff and Afriena dorang suka lah banyak belajar kat sini. Kat rumah pun ada banyak buku ensiklopedia

image

Besarnya gajah

image

Yang ni lah tapir namanya… Sebab dorang dok tanya tapir tu macam mana

image

Sebab selalu dengan orang sebut tapir tapi tak pernah jumpa

image

Hyppo…

image

gajah lagi.. gajah ni dok tengok kiterang

image

Ada animal show… macam mana nak tengok show… tempat kecik. Dorang tengah buat renoation kat Zoo.

Merasalah dorang pi Zoo. Walauipun binatang tak banyak and rasa macam Zoo dah kecil je… but we have fun. Banyak beljar benda baru. PErsekitaran Zoo pun dah bersih tak macam masa pergi dulu. Mungkin kena pergi Zoo pat lain plak. Kiterang tak pi kawasan Reptilila sebab teanh buat renovation. Fuhhh nasib baik kalau tak kena tengok ular…takut