#sayaYATIE #sayasayangkanMALAYSIA

Dulu masa belajar, hidup susah takde loan, sanggup jual nasi lemak letak kedai mamak sebab takde duit.Pernah buat part time job buat survey, pernah makan roti canai je untuk jimat duit. Bila habis belajar, niat nak sambung belajar padam sbb takde duit, namun Alhamdulillah senang dapat kerja berkat pandai cakap orang putih tanpa gagap. Pernah dulu kerja , ada fresh graduate (ada degree) selalu dok komplen gaji saya rendah macam budak diploma je (aku lah tu diploma… tapi dia tak tau gaji saya tinggi mengalahkan budak degree)… baru masuk kerja cakap oram puteh pun tak boleh, tapi sebab nak tolong melayu, saya ajarkan cara berkomunikasi dengan betul. Bukan berkomunikasi dengan local, tapi european dan australian yang piang hawau punya slang… alhamdulillah dah maju kot… tapi dia kena set dalam kepala otak dia, degree dan diploma cuma kertas dan pengiktirafan je… yang penting ilmu dan akhlak.


Kisah Zahra ni harap boleh buka mata pemimpin, ahli ekonomi yang terbuka hati…untuk beri peluang… para graduan plak jangan pasai hang dok ada degree… hang demand … korang kena cari ilmu dulu.. biar mula gaji ciput, tapi ilmu yang penting. Ilmu masa bekerja sgt penting.. ilmu berkomunikasi, ilmu tahan kena bebel, ilmu merendah diri, ilmu membuat keputusan. Cari peluang yang ada .. bila dah ada cukup ilmu baru diri maju.
Dulu… gaji masa mula bekerja gaji saya cuma RM800 sebagai Admin Exekutip, tolak epf tinggal RM700 lebih. tolak duit sewa rumah RM300, hantar ke kampung RM100, Duit makan dan tambang bas RM200.. (masa tu naik bas..turun tepi jalan pastu jalan kaki setengah jam, bawak payung satu takut kena kejar anjing atau orang jahat…err memang pernah nak kena ragut, tapi sempat saya belasah sampai lunyai tepi jalan… budak peragut tu saah orang lah..) RM50 simpan kot ada nak beli baju or nak joli… dan duit lebih untuk masuk bank. Simpan nak amik lesen kereta. Kereta takde lagi ni…. lesen yang penting sebab selalu sangat kena ejek orang tanya bila nak ada kereta. ada lesen pun jadilah..hahahaha
Haaaa adik-adik sekalian…korang mampu hidup RM800?? tak mampu kan sbb barang dah mahal…tapi cuba dengan RM900? gaji minimum kan???
Dulu bos pat kerja yang gaji RM800 ni, kedekut… tapi dia baik. Dia banyak kongsi ilmu,Mengajar macam mana nak tulis email kat client dengan betul, bercakap dengan client dengan betul, time management mesti pandai…Katanya… you are the only Malay I know and you different. Tapi kejap jelah kerja ngan dia tak sampai setahun sebab company dia pindah jauh, saya ni takde transport bas pun tak lalu situ. Selepas itu bermula lah realiti tempat kerja baru.. Memang senang lah dapat kerja… Gaji terus dapat double gitu.

 

Jadi sekarang nampak tak ?

Apa yang penting???? ILMU

Apa yang penting???? BERANI

harap apa yang Zahra cakap tu… orang -orang kat atas ni bukan sekadar dengar tapi buat sesuatu.

Semalam masa tungu lift kat rumah, ada mak guard datang sembang…. dia cakap hidup susah, anak dua sekolah, kerja dari 8 pagi hingga 8 malam, gaji cuma RM1200. Bila dengar RM1200, dalam hati pikir… cukup ke dia anak beranak makan?  Macam mana lah orang tempatan tak nak bekerja ..kerja penat, masa lama, gaji ciput.. itu pasal lah bangla, indo vietnam segala bangsa luar datang sini cari kerja sbb orang kita tak nak kerja bukan malas tapi gaji ciput, mana nak bayar sewa rumah, makan minum anak-anak… bila pendatang datang…walau gaji murah takpe dorang boleh je hidup berhimpit janji duit masuk…

macam manalah nasib anak anak kita nanti….I love malaysia…semoga Malaysia negara kita sentiasa diberkati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.