Monthly Archives: June 2015

Tips bersama anak di masjid

I know , I know I dah cerita pasal berbuka puasa dia masjid.  Kiterang pergi ke masjid yang berbeza. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Ada masjid yang bersih, toilet tip top, tempat wuduk bersih ada mesin jual air tapi takde nurseri. Tapi kalau untuk family kiterang ni takpelah.  Yang penting toilet , tempat wuduk dan bilik mandi bersih dan ada aircond dah cukup bagus. Pasal Rayyan sap sap soi je jaga dia. Dia bukan buat bising pun kat masjid. Paling nakal pun dia lari-lari tapi selalunya dia akan alas kain, amik bantal dia dia baring. Tapi kalau mood ustazz datang, dia solat sama. Macam hari tu dia solat terawih dan witir . Memang dia buat tapi tergedik-gedik dia dok lompat sambil solat. Pasal berbuka kat situ makan je apa yang ada. Pernah makan nasi dengan lauk je tau, tapi dorang tak komplen pun.

nurseri

So ada kawan -kawan tanya macam mana nak kawal anak-anak dalam masjid

Kalau ikut pemerhatian I, Ini tips dia

  • Bawa alat mainan yang tak bising, yang melekakan seperti lego,small board game macam ular dan tangga yang version kertas. Tapi jangan bawa pistol ke senapang ke… ha tu memang mak pak nak kena tembak
  • Bawa buku mewarna untuk kanak-kanak. Yang ni kalau kat masjid Uniten ada parents buat. Memang senyaplah dorang. Siap ada kawan-kwan yang join. Tapi make sure ada sorang yang monitor kang tak pasal-pasal habis dinding masji ada kesan mural
  • tegas tapi mendidik, kalau anak jenis melompat menjerit, tegur elok-elok. Cakap kat dia kat sini tak boleh bising.  Tapi kalau tak makan saman yang jenis kacau orang lain solat, rasanya ibu atau ayah, jangan bawa sbb kadang-kadang, I boleh tengok naik juling mata jemaah lain kalau budak yang jenis pekik-pekik, pastu baling-baling barang, taarik telekung solat orang
  • Kalau anak-anak yang dah bersekolah macam umur 7 tahun tu, ajak solat sama. Suruh berdiri kat sebelah kita. Biar dia ikut kita sekali. mmmm btw, takde istilah putus saf ye kalau budak kecil satu saf ngan orang dewasa. Dengan cara ini, insya allah boleh kurangkan gangguan yang dilakukan geng-geng yang akan terbentuk. BTW, I pernah tengok budak sekolah menengah buat bising masa terawih, tarik-tarik member sebelah solat gelak-gelak kat member sebelah … masa tu lepas solat abang imam terus marah and offer penampar. hahahah yang tu memang lah dah besar nak jadi bapak orang kacau orang solat kan
  • Kalau anak kecik plak, kalau dia nangis ibu boleh je dok lepak kat belakang tenangkan dia, bagi minum susu. Ada jugak ibu-ibu yang saya tengok dia baringkan anak kecik dan dia solat sebelah. Yang ni kena cari masjid yang berhawa dinginlah sebab budak kecik dia kena selesa kan…
  • ada masjid yang buat nurseri… haaa boleh lah jengok-jengok tengok. Kalau takde mungkin, ibu-ibu boleh berpakat buat babysitting group kat masjid dgn syarat you all kenal lah sapa orang tu, Jangan korang main serah anak je. Boleh baby sit kat belakang and kasi buat drawing, puzzle ke atau apa-apa yang rasa logiklah

Harap tips ni membantulah..Kalau you all ada tips blh share kat sini ye

Mengidam nak masak-masak

Boleh rasa mengidam nak masak-masak. To be exact nak makan kot. Bulan puasa ni belum lagi berkesempatan masak makanan kegemaran keluarga. So far anak-anak takde komplen lagi makan lauk sama masa berbuka kat masjid. Nampak laju je makan. Habis je nasi dalam pinggan. Rayyan pun sama. Walaupun dia dah kenyang  makan kat rumah, sampai masjid, mesti dia nak beratur amik nasi. Alhamdulillah, takde yang komplen dapat lauk banyak ke sikit. Moga-moga inilah adalah cara yang terbaik untuk kami merasa nikmat ramadhan. Merasa macam mana orang susah yang nak makan nasi satu hari sekali pun susah, apatah lagi lauk-lauk yang sedap. Nak makan buffet Ramadhan lagi lah jauh nak merasa melainkan ada orang sponsorlah kan. Harap cara ni berkesan untuk anak-anak tengok keindahan ramadhan. Bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. Macam kata Ashraff lah..

Mama… bulan puasa ni kena sabar tak boleh marah-marah. Hahahaha pandai eh.. Ashraf oi… nak marah pun mama tak larat tau. Oklah sekarang ni I mengidam nak masak asam pedas ikan . Tak kira ikan apa. Ikan pari ke, terubuk ke atau merah. Pastu nak masak kari ikan. Itu lauk wajib I yang kena ada seminggu sekali.

Asam pedas terubuk…. my fav

Suka masak kari ikan, sebab memang hit. Semua suka.

Sedap nih… tapi nak buat dia banyak kerja. Nak masak kuah, nak buat kari ayam kering, nak buat sambal. Tapi berbaloi lah…

Selain tu teringin nak masak menu kegemaran suami.. Nyonya Laksa. Tuinggulah ye bang tunggu time takleh ke masjid.

budak-budak suka sangat makan laksam. Kalau beli tak berapa puasa hati.

Budak-budak plak… laksam dan roasted chicken. Dah ada dah plan ni. Macam sekarang ni since tak masak apa-apa yang menarik, I just buat kuih berbuka. Semalam buat cream puff. Pagi lagi dah buat filling dia. Baru nak buat shell dia sekali takde letrik. Lama plak tu. Pukul 2.45 baru ada terus panaskan oven buat cream puff shell. Takleh sbb dah janji ngan bebudak so tak sampai hati lah kalau tak buat. Nasib baik Rayyan ada boleh tolong rasa filling and dia tolong habiskan filling yang ada lagi semangkuk. Biasalah sikecik tu kan…

Apa menu buka puasa you all?

Oh ya kalau nak resepi masakan yang I mengidam nak masak tu, boleh lah click gambar dia

Rayyan puasa tak?

Rasanya ni baru nak update kisah bulan puasa. dah 5 hari kita pusa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ashraff and Afriena ok je. dah  besar.  Rayyan je belum. Cikgu-cikgu Rayyan tanya, Rayyan tak puasa ke. So I cakap lah, dia kecik lagi. Tunggu bila dia ready nak puasa. Macam Ashraff umur 9 tahun baru betul-betul dia puasa. Solat dulu yang diajar. Afriena umur 8 tahun sebab dia nak ikut Ashraff. Actually semua tanpa paksaaan dan tanpa janji dapat upah puasa. Kat rumah ni takde pun sistem upah kecuali I cakap, kalau sapa nak duit RM1.. tolong cuci pinggan, tapi sekarang tak payah upah dorang makan dorang cuci sendiri. Kadang Rayyan pun cuci pinggan dia. Yang tu rasa pening-pening lalat dia cuci pinggan dia lama sangat. RM2 untuk sapa yang cuci toilet. Tapi sekarang Ashraff buat sendiri je sebab toilet dia. Macam Afriena nak bertudung pun takde paksa, dia sendiri yang cakap nak pakai. Alhamdulillah nampak lekat kat kepala tu. Gunakan terma ini Jangan paksa tapi didik.

Puasa ni belum lagi ke Bazar Ramadhan.Ramai bebenor orang kat Bazar, sampai jalan pun dok jem je. Puasa kali ni kiterang buat kelainan. Bebuka di masjid. Idea datang masa  sehari sebelum puasa. Kheirul cakap, kita berbuka kat masjid je. Masak dan pack.  So masa first day tu , I masak Meat Pasta bungkus. ingatkan kiterang je kat situ berbuka, rupanya punyalah ramai. Siap ada katerer. Jadi makan lah apa yang ada kat situ. Hari kedua pun sama, Hari kedua buat roti jala yang di jala oleh Ashraff. Buat lebih sikit  sbb boleh kongsi dengan geng sebelah. Begitulah hari-hari berikutnya. Masak satu benda je. Ada masak sayur je, buat onde-onde je… macam tu lah. Menu kat masjid sangat simple. satu lauk, sayur dan sambal belacan. Suprisingly, budak-budak suka dan excited. Afriena yang tak berapa makan nasi boleh habis sepinggan nasi. Rayyan n Ashraff tak payah cerita. Memang makan banyak lah. Seronok berbuka ramai-ramai. Sambil tunggu azan bebudak pi main kat tepi kolam ikan, sambil tengok keindahan senja. Selalu bulan-bulan puasa budak-budak mintak nak makan itu ini, tapi kali ni dorang makan je apa yang ada.  Agaknya selalu sangat tengok gambar orang-orang susah dalam FB kot. Harap dorang terus istiqomahlah dengan kesederhanaan.

image

Inilah pemandangan yang dapat kami tengok setiap hari. Ni gambar semalam sebab Rayyan tunjuk… mama tengok tu moon. Cantiknya. Sempat snap, masa tengah kemas tempat makan.

image

Lauk yang simple. Penuh pinggan tukang cedok kasi .  Nampak biasa tapi mengenyangkan. Bila tanya bebudak, sedap ke makan? Sedap mama. Best tak buka puasa kat sini? Best. Senang berbuka kat masjid, boleh terus naik solat kat atas. Rayyan siap mandi lagi. Haihhhh sikecik ni memang lah. Tapi yang bagusnya belum Isyak lagi dia dah zzzzzzzz sampai esok pagi.

image

Ni hari first puasa. Tengok Rayyan tu… Dia dah sibuk makan dulu. Takpe asalkan dia senyap. Dia makan dulu, orang dah habis dia tak habis-habis lagi.

Ashraff cakap bulan puasa ni tak boleh marah-marah mama nanti kurang pahala. Lepas tu bulan puasa dorang sibuk nak menolong kat dapur, katanya nak dapat pahala. Rayyan pun tahu, puasa tak boleh makan tak boleh minum. Tanya dia macam mana tau? Dia kata Abang cakap.  Ashraff dia panggil abang, Afriena dia panggil Afriena jugak. Reason? Dia pi masuk bilik Afriena dia tunjuk name tag Afriena dia eja… A-F-R-I-E-N-A.. Afriena mama bukan kakak… huhuhu nasiblah kan… anak baru masuk tadika.

Ok got to go… nanti kiter citer pasal sahur ye

Insya Allah

Oh ya… bila tanya Rayyan

Rayyan nak puasa tak?

Rayyan kecik lagi, tak puasa nanti penat…