Isnin anak-anak semua sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk pergi dating. Bila tanya Kheirul, mana kita nak pergi 2-3 jam untuk dating ye bang? Dia cakap kita pergi pasar cari lauk. Huhuhu sangatlah romantik ye. Pergi dating kat pasar. Walaupun cuti tapi banyak kerja kena buat. Mula dari hantar 3 anak pergi ke sekolah, lepas pergi bank buat bayar itu ini,lepas tu pergi sarapan. Hahahaha sarapan paling best lah sbb dapat makan kat kedai mamak tanpa kebisingan anak-anak yang berebut menu lah, berebut tempat duduk lah. Tapi dorang takde sunyi lah pulak. Tak dapat lah nak tukar tukar rasa makanan.
Menarik jugak menu sarapan kat maulana daun pisang ni. macam authentic indian cuisine je. Kiterang order idli vadai tapi vadai habis so makan idli je dengan sambar, lepas tu ada roti sardin dan poori set. Share makan berdua. Sedap gak makan sarapan sini, bole lah bawak bebudak nanti. Air plak teh halia untuk Kheirul, I plak minum susu badam sbb nak try benda yang pelik. Menu pelik tapi sedap rasa dia. Rasa lemak manis pastu ada safron dalam tu. Kheirul tak suka tapi I sangat suka.Mamak tu siap tanya…kaka sedap tak itu susu badam? 2 kali dia tanya, masa hantar dari jauh tanya sedap ke tak? masa bayar pun tanya lagi… hahahah
lepas sarapan, barulah ke pasar. mula-mula singgah Sri ternak sebab nak beli few things then baru pergi pasar borong. HArga ikan sangatlah mengarut…hish bebenor. Paling suka kalau ke pasar, duduk kat gerai sayur. Tak tau kenapa suka sangat dengan satur-sayur. ALangkah besntnya kalau ada kebun sayur sendiri, hari-hari dapat makan sayur fresh. Habis urusan di pasar bergegas balik ke rumah sbb nak kena amik Rayyan dari tadika dia. dia kalau lambat ah… hahah memang merajuk pun lambat mmg merajuk pun sbb lambat . Siap suruh carry dia dari sekolah ke rumah. nasin naik sekolah dekat je.