Choleq, Bangi

Ahad lepas, selepas semua orang bila tanya dinner nak makan apa, semua jawab jawapan yang tak memberangsangkan.  Yang I plak, kalau boleh malas nak keluar, baik masak nasi lauk sardi je, KHeirul plak nak nasi goreng, bebudak plak tak nak nasi… adeiii… so lepas dah bersusah payah meeting tapi takde penutup, so KHeirul cakap jom kita try makan kat Choleq.

image

Dengar je Choleq, terus google, tgk review. Ramai kata sedap. So mintak tolong papago, tapi bukan boleh harap sangat nasib baik ada foursquare, sampai jugak. Sampai pun dah pukul 6.30. Sampai je… rasa..alah macam ni je ke restoran dia? Sorry…. sebab I baca review kedebam kedebum gambar lawa, tapi lepak makan luar. Rasa tak selesa…so cari tempat kat dalam…haaa baru selesa. OK lah tengok apa yang kitarang order

Choleq pelempung

Choleq pelempung – RM7.90

Hajat di hati nak makan choleq perut tanah merah tapi takde perut. Alah frust betul lah. Yang ni pun ok lah.. Rasa dia sedap not bad. Cuma kuah cholek dia lagi sedap kat kelantan lah. Macam ada sesuatu yang kurang. Tapi sedap jugak lah boleh di makan

image

choleq ikan – RM10

Choleq ikan ni sedap, tapi yang sangat-sangt mengecewakan, dia hantar ikan sejuk. Ahhh memang potong rasa lah.  Kita orang tak tukar pun , malas ..lama nak tunggu plak . Sepatutnya, orang yang hantar makanan ni kena tau, choleq ikan ni, kalau nak hidang kena hidang masa panas-panas.  Ikan dia segar and cholek dia sedap cuma ikan sejuk

image

Jus Tembikai

Order satu balang macam ni. 3 liter. Harga dia RM22. Order macam ni nampak cool sikit. Maklumlah anak-anak I ni kuat minum air. Ashraff kalau makan mau kena order 2 gelas. Rayyan pun sama.  Sebab tu kalau makan mana-mana kena pergi yang ada free refill

choleq sotong

choleq sotong – RM7

Ha menu yang ni menang. Yang ni sedap. Dan yang ni Rayyan pulun banyak. Tinggal berapa ketul je untuk orang lain. Yang ni datang panas-panas. Memang sedap dan rasa manis sotong

Maggi Ketam- RM20

Maggi Ketam- RM20

Yang ni not bad rasa dia. Sebab  banyak. Ketam ada 2 ekor. haa gitu… datang sini ratah ketam plak yang mee dia bebudak yang makan. Ketam dia sangat fresh, sbb isi dia tak hancur. Tapi kalau nak banding ngan Maggi Ketam D’Syaz PCB, jangan nak bandinglah sbb yang PCB tu memang sedap. Kuah dia pekat. Yang kat Choleq ni lain…cair tapi bebudak suka plak. Cuma kuah dia pedas lah.  Yang ni 2 mangkuk order sbb bebudak suka. Mak bapak yang kena tolong makan ketam..sigh..Selain tu ada jugak choleq lekor, sos dia sedap. Choleq kerang takde…frust betul

Ha begitulah cerita nya. Apa yang ditulis ni ikhlas dari hati ye jangan plak ada yang marah. Apa yang terkurang boleh dipertingkatkan. Contohnye keadaan kedai yang tak berapa nak bersih, mungkin boleh lebihkan dalam kebersihan dia. Letak ventilator dalam tu sbb rasa terkuang dalam restoran.  Menu sheet tu biarlah jaga elok ni berminyak nak pegang. Menu makanan dalam tu semua dah sedap, cuma kena “UP” sikit keadaan dalam kedai kasi nampak  “WOW” sikit, sbb rugi kalau dibiarkan macam ala-ala… Kalau boleh bila masuk..wow bestnya restoran ni.  Itu je lah yang komplen pun sebab sayang tempat tu lawa. Ada satu lagi kurang, waitress yang amik order hari tu Indon, I was expecting ore kelate ko, orang ganu ko…hahaha baru rasa macam kedai choleq yang betul

Kalau you tanya..nak repeat tak, maybe kot sebab tak dapat rasa choleq perut tanah merah dia..huhuhu

ciao…

2 thoughts on “Choleq, Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.