Semalam terasa bagai hari yang panjang. Rasa bimbang dihati bila memikirkan keadaan banjir di kampung. Pertama kali seumur hidup ini, Kampung Kerilla di landa banjir. Seingat saya… last banjir yang air naik masa umur 10 tahun kot. Tapi air cuma sampai ke dapur dan kami tak perlu pindah. Tapi semalam masa called kampung, I hanya mampu bercakap sekejap sebelum talian terputus. Masa telefon semalam, air dah masuk sampai rumah bahagian bawah. Masa tu parents dah kemaskan barang penting. Barang -barang letrik dah bawak naik ke bahagian atas rumah. Lepas tu memang tak tau .
Info yang dapat semalam dari my mom, as at 11am, dia cakap rumah mak sedara belakang rumah dah nampak bumbung dah. Last photo dapat dari my brother kat kampung, Air dah naik ke jalan. Seharian…melekat kat phone …cari nombor telefon, tanya sesapa yang boleh mintak tolong tentang bantuan… My friend lagi kesian, dia kat Batu 30 dari 2 hari lepas sebab balik untuk urusan pengebumian ayahnya, Dia tak sempat tengok ayahnya buat kali terakhir, Rumah parents dia pun dah tenggelam, anak- anak berada di kampung.
Info waktu petang, mangsa banjir ada kat pusat pemindahan banjir di SK Kanmpung Kerilla, dan sekolah tu tingkat bawah dah tenggelam. Bekalan makanan pun dah takde. Ada jugak penduduk kawasan seitar berlindung di atas bukit. Teringat kisah Nabi Nuh, Inilah ujian Allah, dia nak kita jangan lupa dia. Ada hikmah dengan semua yang berlaku.
Semalam sebelum tidur, my sis called, dia cakap…her husband managed to speak to mangsa banjir kat kampung. No food no electricity. Tapi our family members and other mangsa selamat. Dorang amik makana dari kedai sebelah sekolah yang tenggelam… Tuan kedai suruh amik buat alas perut. Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua, dipermudahkan urusan menyelamat dan mereka dalam keadaan tenang.Juga sapat update dari kawan dan juga adik yang bantuan akan sampai hari ni Insya Allah dengan Helikopter sebab air deras bot tak boleh lalu. Air banjir datang dari atas iaitu Kuala Krai, dari Sungai Kelantan yang dah melimpah dan dari Bukit Besi yang sangat mengarut pengurusan dia. Askar juga sudah masuk ke Temangan. Cuma kampung kami dan kampung berdekatan je belum sbb air deras.
Semoga segalanya di permudahkan. Habis banjir, masalah lain plak akan timbul. Macam mana keadaan rumah yang rosak, motor kereta, barangan keperluan harian yang takde, pakaian… Besar dugaan mereka.
Salam Kak… Memang teruk banjir kat kelantan kali ni…. Pakcik saya dah terputus hubungan dengan kami… Dia tinggal kat Bukit Sireh Kuala Krai…. Harap Acu sefamily ok…. Risau sangat-sangat… Family saya pun ada kat sana sekarang… Semalam balik kg…. huhuhuhuhu….
HArap semua ok…. belum dapat contact family… adik adik saya balik hari ni…