5 ways to protect yourself from theft

Sejak akhir-akhir ni, banyak sangat kejadian kecurian. Samada samun, ragut atau pecah rumah.  Ini adalah sesuatu yang sangat serius.Sesuatu yang patut dibanteras dari akar umbi. Tapi kita sebagai orang biasa haruslah sentiasa bersedia. Bersedia melindungi diri dari sebarang kemungkinan akan berlakunya situasi sebegini. Seperti disamun, dirompak atau diragut. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk melindungi diri kita lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.

Saya nak kongsi 5 cara untuk melindungi diri.

 

parade

1. Pameran

Jangan mempamerkan barangan berharga anda.Jangan buat diri anda seperti kedai emas bergerak atau pun bank bergerak. Penjenayah sudah pasti tertarik dengan anda. Mereka mungkin akan mengekori anda hingga kerumah. Zaman sekarang, zaman serba canggih. sikit-sikit instagram, sikit sikit FB, maka berhati-hati juga jika anda ingin berkongsi gambar kemewahan anda.

Contoh nya…

oh saya baru cash cheque bernilai RM15000

Tidakkah itu seperti  menyuakan ikan kepada kucing? Jadi berhati-hatilah… Anda sentiasa diperhatikan. Jika memakai barang kemas, janganlah dok tanyang tangan atau leher. Mungkin anda semua ada terbaca mengenai mangsa yang dipotong tangan semata-mata oleh penjenayah sebab nak ambil gelang yang dipakainya.

 

 

alone

 

2.Perhatian

Jalan berjalan seorang diri ditempat yang sunyi. Tau tak betapa bahayanya jalan bersendirian dia lorong sunyi. Bukan setakat tersempak dengan tikus, malah anda mungkin mendapat perhatian yang baik dari penjenayah. Penjenayah selalunya suka menyerang mangsa yang berseorangan. Anda mungkin bukan sahaja akan di ragut atau samaun, anda mungkin juga akan diperkosa. Tempat sunyi macam ni, siapa je yang ada, tikus adalah…. Kalau terpaksa jugak nak lalu kawasan sunti macam ni, ajaklah kawan 2-3 orang untuk teman. Kalau kat tempat letak kereta yang sunyi, minta tolong pengawai keselamatan. Atau seboleh-boleh carilah tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk. Lepas tu bila masuk kereta terus kunci pintu. Jangan lah terhegeh,-hegeh nak main dengan phone, nak selfie atau nak touch up.

protect

3. Peluk

Sentiasa pegang beg tangan dengan kemas. Kalau boleh peluk beg tangan anda bila berjalan dikawasan sesak atau di kawasan pejalan kasi. Juga harus berhati-hati di dalam pusat membeli belah, sebab ada jugak penyeluk saku yang sangat licik. Kalau boleh peluk beg anda, bawa beg yang kecik. Beg besar senang diragut. Semasa anda makan, pastikan beg tangan berhampiran anda jangan letak atas kerusi sebelas, atau atas meja.

 

prepare

4. Persediaan

Sentiasa bersedia. Sekiranya anda diserang perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah, jangan panik. Kalau boleh pekik sekuat hati minta tolong, guna apa jua benda yang ada ditangan contohnya kunci kereta yang boleh digunakan untuk mencucuk penjenayah. Semburan lada hitam untuk sembur mata penjenayah. Kalau takde semburan, guna je apa jua semburan yang ada. Atau anda boleh juga bersedia dengan seni mempertahakan diri. Tapi perlu ingat kudrat wanita tak sama dengan kudrat lelaki. Bila anda berjaya menjatuhkan lawan, ambil beg tangan dan terus lari. Takut nanti penjenayah bertindak lebih ganas. Anda juga mungkin boleh guna apa juga benda yang anda boleh guna untuk mempertahankan diri. Pen, kerusi, buku,payung dan sebagainya.Cuba cam muka penjenayah dan teruslah ke balai polis.

aig

5.Perlindungan

Dapatkan perlindungan insurans. AIG Theft Protect adalah pilihan terbaik. Tidak perlu istihar barangan peribadi atau barangan bernilai semasa pembelian insurans. Peremium tetap dengan semurah RM0.83 sehari dan premium tidak berubah walaupun umur makin meningkat atau bila ahli keluarga bertambah. 24/7 perlindungan.

Itulah dia 5 ways to protect yourself from theft yang mungkin dapat membantu kita dari sebarang kemungkinan.  Tahukah anda pada tahun 2013, Statistik polis menunjukan ada 17,470 kes berkaitan pecah rumah dan 33,197 kes berkaitan ragut. Tak kira dimana kita berada, didalam atau diluar rumah, jenayah sentiasa berlaku. Apa yang perlu kita buat sentiasalah berhati-hati.

Maklumat lanjut mengenai AIG Theft Protect, sila lawati website AIG  atau hubungi  1800-88-7146

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *