KidZania For Birthday

Semalam Birthday Ashraff dan Rabu ni birthday Afriena. Jadi nak senangkan kerja buat sekali. Kiterang bawak dorang pi KidZania. Actually dah lama peram ni nak pi Kidzania,tapi kena tunggu dulu sebab Rayyan kecik lagi. Kang masuk dia takde benda nak buat bosan plak. Dah lah nak masuk tu mahalkan. So Sabtu tu pagi lagi dah bangun tidur. Lepas subuh selalunya tidur tapi kali ni tak. Bangun je, dorang amik breakfast sendiri lepas tu mandi. Haaa pukul 9.30 dah terpacak kat KidZania sebab nak beli tiket masuk.

kidz

Ni masa tengah beratur nak beli tiket. Susah betul nak amik gambar dorang bertiga.

image

dah dapat tiket, dapat cheque terus beratur kat bank untuk cash cheque. Tempat yang best lah sbb rasa macam kanak kanak. Cuma yang ni kira tempat untuk kanak- kanak je.  Banyak jugak kerja yang bebudak ni cuba. Cuma tak merasa jadi ahli bomba je, sebab beratur panjang. rayyan tak kerja pun dia banyak joli je. Hahaha. Abang and kakak kerja, adik perabih duit.

image

Pergi cashkan cheque. Dapat 50 kidzos sorang

image

first stop…joli duit dulu buat ID. Masa ni Rayyan nangis tapi bukan meraung. Just tutup muka. Sebabnya, dia tak reti tulis nama dia sendiri.. adehhh. Macam tu pun ada ke?

image

suasana dalam KidZania

image

Harga makanan dalam ni bukan cekik darah dah ni… cerut perut gantung tengkuk mahal.  Melampau-lampau harga dia. Dah lah masuk dalam ni pun harga mahal…harga makn dalam ni pun mahal. double standard betul. Kalau lah makpak gaji ciput memang tak merasa anak-anak nak merasa.  KidZania, apa kata uoll kurangkan harga makanan dalam ni? ni vitagen sebotol pun RM3.50? Melampau … Tempat ni macam dibuat khusus untuk orang kaya ke apa?  Kesian tengok budak sekolah yang datang nak beli air tapi mahal. Rata-rata datang dari luar KL sempena lepas UPSR. Nak makan kena tunggu bekal sampai.  Kalau tak kenalah bekerja dalam kedai makan ala KidZania

 image

Rayyan bekerja dalam Marrybrown. Merajuk dia sbb dia taknak buat burger. dia nak burger je… So Ashraff kena buat 2 burger..

 

image

Dah siap bungkus burger yang dibungkus oleh orang lain, terus dia amik burger pastu berdiri kat kaunter  suruh amik gambar… lepas tu keluar duduk kat depan kedai makan kat meja…. hish budak ni

image

Tengah get ready nak masuk kerja kilang vitamin

image

Ni kerja kilang vitamin. Dapat vitamin sebotol sorang ..lepas tu kerja kilang vitagen plak.. Masa kiterang pergi hari tu, ramai budak sekolah lain datang, tu yang kena banyak beratur. Takpe nanti lain kali boleh pergi lagi sebab duit Kidzos ada banyak lagi nak kena perabih. Mungkin lagi 2-3 tahun tunggu Rayyan besar sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.