susahnya nak update blog guna komputer sekarang. Sebabnya, Rayyan guna komputer. Semua benda dia type. Ok …since guna ipad, macam leceh sikit, but I nak citer lah sikit sekarang Rayyan suka makan sayur. Kalau masak nasi kena ada sayu. Dalam burger, mee goreng, sandwich, atau nasi goreng, mesti letak sayur. Senang lah kerja I. Tak payah nak paksa dia makan sayur. First sayur yang buat dia jatuh cinta ialah sayur bayam masak air. Lepas tu, semua sayur dia suka. Ashraff and Afriena takde masalah, semua sayur dorang makan sekarang as long as tak pedas. Tapi sayur kegemaran semua orang dalam keluarga sekarang ialah, sayur kangkung. Sayur kangkung goreng belacan.
Sapa tak suka kangkung goreng belacan? Kalau masak kangkung belacan, mesti penuh kuali kena goreng. Lepas tu, habis licin. I goreng simple je, tumbuk bawang putih, belacan dengan ikan bilis, lepas tu tumis dengan bawang besar yang dihiris, letak cili padi potong . Lepas tu,masak lah macam biasa, rasakan garam. Lepas tu tabur ikan bilis goreng . Siap. Senang kan?
syoknya anak² makan sayur…
anak kita ni susah betul nak suruh makan sayur…
padahal kita ni dah jadi rabbit makan sayur depan dia..
huhuhuhuhu!!
hehehhe…. alhamdulillah dorang suka sayur. takpe slowly selalu budak bila dah besar…dorang suka mencuba