Hujung Minggu lepas sempatlah ke Lumut ada program Family Day Kelab. Kiterang stay kat Marina COve. Malas nak citer pasal hotel sbb hotel yak best, kurang bersih. Cuma yang mungkin best untuk bebudak sebab ada waterpark je. Tapi makan kat Lumut sedap lah. Lunch kat kedai makan Silatulrahim fengan ulam pelbagai, siput sedut yang sedap sangat, pastu next day lunch kat kedai makan Warisan. Kali kedua Lunch kat Warisan. ANW, Dinner kat Teluk Muroh tu masa malam last lah. Ada buat game sesikit, lepas kasi hadiah. Oklah kena plak dengan kepala gila-gila masing-masing.
Meh nak citer pasal makan plak… Menu ni bukan I yang order tapi dah di pre arranged kan by commitee. Masa masuk restoran duduk nak makan… tergamam kejap. Banyak nya lauk!!! Boleh habis ke ni. Inilah dia kalau orang laki yang order kan…. Tapi takpe kita cuba habiskan. Senarai lauk yang diorder
Ni, baru sampai separuh. Ada kailan ikan masin whish is I tak sempat nak “cover”… tapi Kheirul kata sedap. Banyak sangat. I keliru, mana satu nak makan sbb kiterang jenis makan paling banyak lauk kat rumah adalah 3 je. Satu berkuah, satu sayur, satu lauk sampingan. Cuku dah. Kalau tambahan pun, mesti satu lagi sayur.
Sup Sayur – I yang makan almost tinggal sikit. Afriena makan semangkuk, Rayyan makan sikit sebab now, Rayyan suka makan sayur. Sup Sayur biasa-biasa je, tapi asalkan sup… Kami bertiga jalan je. Bak kata my mom.. dah macam anak cina, suka sangat sup. heheh itu masa I kecik dulu. Sambal-sambal ni tak nak makan, nak mak makan sup je.
Udang Butter- Ni agaknya versi restoran ni kot. Walaupun nampak takde telur yanggaring tu, tapi rasa dia tetap sedap. Nak nak udang tu sangatllah fresh. Telur telur hancur tu bebudak yang makan, so udang tu I cicah dengan kuah ketam. Memang meratah jelah malam tu. Nasi makan segenggam jer. BUkan diet ke apa, sebab kalau makan nasi banyak kang nanti lauk tu tak habis plak
Kerang rebus dia kasi dua mangkuk. mmmm memang tambah darahlah. I like kerang rebus. KErang rebus kalau di rebus dengan air sikit, kalau MIL dia ajar rebus letak air sikit je supaya tak hilang manis kerang. Macam ni lah orang kedai ni buat kot, pastu cicah ngan sambal kicap. KErang dia sedang molek dimasak. Tak overcook or undercook.
Ikan masak masam manis, atau nama omputeh dia, ikan sweet sour. Rasa dia? sedap. Macam yang I masak kat rumah. ngeh ngeh nak puji diri sendiri masak plak. Ikan dia garing elok, kuah dia pun cukup masam cukup manis. Sekor ni 4 + 1 orang tibai makan habis. Tinggal tulang.
rupa sayur kailan ikan masin. Kheirul kata sedap. I tak makan sebab kena fokus kat sup sayur. I rasa lah an mesti sedap. Mesti ikan masin dia tak kedekut sebab lumutkan banyak kedai ikan masin. Pastu murah plak tuh,
Ni ketam masak rencah kari. Memula ingat ketam masak kam heong. No it wasn’t. Ni ketam masak curry paste. Rasa dia??? sedap…… selalu yang I masak or makan cuma ketam sweet sour/ singapore chili crab atau black pepper crab. Memang masulah rasa kari dalam isi ketam. Cuma yang tak bestnya ketam dia kecik. Jadi isi dia kuran glah sikit. Mungkin boleh cuba masak kat rumah nanti. Tengok gambar ni pun meleh air liur.
Selain dari makanan di atas, ada lagi yang terhidang. I malas nak amik gambar sebab tangan dah kotor. Ada ayam masak kunyit, telur dadar habis licin sbb semua suka kan, ada sotong celup tepung. Sotong celup tepung dia je yang tak berapa sedap. I rasa sedap yang I makan kat Jeram atau yang dimasak sendiri. Lagi sekali puji diri sendiri. Bukan apa, kat rumah sotong celup tepung dia, selalunya I guna tepung kentucky cap Puas. Potong sotong, celup dalam telur, pastu bedakkan dia dengan tepung puas pastu goreng. Macam tu je. Senang je, Bukan chef, bujang, anak dara mesti boleh buat sebab senang. Tapi yang kat Teluk Muruh ni, macam terlalu berminyak lepas tu too much baking powder rsanyanye. Sebab makan sikit terus muak. Ashraff makan sikit maknanya tak menepati citarasa dia.
Jap nak pikir, lauk apa lagi yang diorder….. rasanya dah habis semua makanan laut kot yang naik atas meja tu. Selain tu ada jugak buah-buahan. Dia serve tembikai, honeydew, betik dan mangga yang manis letting. Habis buah potong dorang makan yang tinggal betik je. Memang kat rumah ni jarang makan betik dan kurang disukai ramai. I lagilah.. tak berapa ngan betik ni. Air plak, dapat jus oren satu jug. Satu jug air tak cukup untuk kiterang tau, kena pi mintak meja sebelah untuk air kosong. kah kah kah
overall… sedap makan kat sini.. Harga untuk semua hidangan ialah RM150. OK lah kot. Sebab banyak sangat. Murah lah….Lokasi MEdan Ikan Bakar Telok Muroh ni adalah belakang Hotel Marina Cove. Haaa sapa nak pi, cari je hotel tu . Kat belakang je. Kiterang jalan kaki ramai-ramai pergi makan. MAsa pergi semua semangat, masa balik semua merungut kenapa jauh sangat hotel, ngantuk nak tido bla bla. 5 minit berjalan. Kalau berlari 3 minit kot.