Monthly Archives: May 2014

Sarapan Kampung

Ahad lepas takde kelas taekwondo sebab most of the student kat my centre masuk tournament kat Festival Belia.So takde kelas and inilah masanya untuk buat breakfast, makan sampai kenyang tak payah masak lunch. I masak nasi goreng dan rebus keledek Jepun, air kopi Aik Cheong.

Dah lama tak makan breakfast duduk kat meja makan lama-lama. Selalu Ahad je, mesti makan cereal, roti dan paling berat roti canai. Oh ya… sejak masuk kelas Taekwondo ni, Berat saya dah turun 3 kg. heheheh Alhamdulillah. Takde pengurangan makanan yang dilakukan. Cuma dalam seminggu 3 jam training and kat rumah buat pattern sikit, pilates sikit. Jadi sekarang nak turunkan lagi 2kg. Trying … I tak boleh sekat makan ada gastrik kang susah.

image

Nasi goreng letak crab , brokoli and carrot. Nasi lebihan semalam

image

JApanese Potato. Kalau kat Jusco yang bakar tu sekilo RM23, tapi kiterang beli yang belum masak kat Jusco jugak cuma RM7.90 perkg. Nampak untung dia amik?

Ada lagi lebih ubi tu . I buat cek mek lah nanti. Selain tu bebudak ni layan Choco Oat for breakfast. Laju je dorang makan.

Child Labour

Assalamualakum… dah nak masuk minggu cuti sekolah dah kan? Anw.. nak cakap tahniah kat Pasukan badminton Malaysia, walaupun tak menang semalam tapi semangat juang yang diberikan sangat tinggi. Bangga wei… terpekik -pekik jiran tetangga kat sini. Mesti dengar yeay… takde bunyi goll plak, setiap kali dapat point. Itulah semangat jiran-jiran saya.

NI nak share gambar bebudak yang dipaksa buat kerja rumah. Paksa rela sapa suruh sepah kan. Rayyan si budak spender lah yang sepah. Hari Sabtu dia sepah dia vacuum sendiri semalam dia suruh abang dia kemas lah. Sebab dia kata penat. Dia kan banyak pusing, Bila suruh buat something ada je. Tak boleh penat nani mati, tak boleh nanti tangan cabut, tak boleh nanti darah tengok ni dah darah. Sampai auntie tokey kedai bawah pun cop dia budak banyak pusing…

image

smart tak tukang vakum nih. Ni bukan pretend, mmg dia vacum sendiri

image

sambil di arah vakum sini vakum sana oleh papanya… orang lain duduk atas sofa kang tak pasal dia vakum kiterang plak

image

Ni Ashraff kena buat. Yang si Rayyan melompat ngtan spender. Dia malas nak pakai seluar..

Ashraff dah boleh di suruh dah. Suruh cuci toilet, suruh vakum, suruh tolong masak-masak kat dapur like kacau-kacau ke. Cuma kalau masak yang melibatkan minyak panas atau air panas, tak boleh lah.  Setakat masak guna non stick pan, atau tolong kacau nasi goreng ke, mee goreng ke boleh dah, while I buat benda lain.

Afriena? mmmm suruh masukkan baju dalam washing machine pun susah. Dok bebel lah geli lah busuk lah… Baik Rayyan, datang tolong buatkan.

Recipe: Barbecue chicken

Hari -hari kalau makan nasi mesti rasa boring gak kan. KIterang lah especially. Bebudak kat rumah ni kena masak something yang dorang suka. Anything but rice. Bila time bukan masak nasi, I lah paling suka. Kurang memcuni periuk belangu, kuali, sudip dan sebagainya. Tak payah lap dapur minyak bagai. Semalam macam bias, sebelum semua keluar ke destinasi masing-masing, Dah tanya dah nak makan apa, semua jawab tak nak nasi.So fikir punya fikir, I decide masak Barbecue Chicken. Sos dia buat sendiri.

Dulu I pernah share resepi BBQ chicken dalam blog ni. Resepi tu I amik kat dalam buku masakan kanak-kanak, Sedap jugak resepi tu. Nak cuba? boleh CLICK resepi kat sini

Kali ni, I buat banyak sikit. Resepinya, olahan idea dari Chef Michael yang dalam Chef at Home dan juga pioneer woman. The only thing yang I takde was molasses. Sejenis sirap gula pekat. Tapi I ganti dengan gula melaka.

image

I buat 2 whole leg dengan 6 ketul chicken wing.

Resepi Ayam Barbeku / Chicken barbecue

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 keping gula melaka
  • 3 sudu madu
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu cuka kurma – cuka biasa pun boleh tapi kat rumah guna cuka ni
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 suudu kecil garam
  • 1 sudu kecil paprika – yang ni tak letak sbb habis
  • 3 sudu kicap

 

Cara-cara

  • Perap ayam dengan semua bahan ni selama  2-3 jam
  • Panaskan oven lebih kurang 15 minit
  • Bakar ayam selama 40 minit pada suhu 180 C
  • Siap untuk dihidangkan dengan sidekicks

Utk ayam ni, rasa dia ada manis sikit, masam tomato, pedas sikit. Lain kali nak try letak cumin sikit. Ayam ni sesuai dengan Potato Gratin dan Stim vegie

image

This was my dinner last night. Yummy…. Potato tu nak cepat I potong gitu je. Selalu I guna mandoline, tapi sebab malas nak lsepahkan barang kat dappur, potong macam ni pun boleh. Habis licin Alhamdulillah