Mencari Ar-Raudhah

Salah satu kawasan dalam Masjid Nabawi iaitu di ruang yang terdapat di antara ruang kediaman Siti Aisyah (sekarang kawasan yang berkurung) dengan mimbar Rasulullah s.a.w

Kalau dah sampai ke Madinah, inilah peluang yang ingin direbuti. Tapi ingat, kena jaga adab. Hari Sabtu tu dah suarakan kat Kheirul, nak ke makam Rasul, nak ke Raudhah. Jadi  sabtu tu kiterang jalan- jalan keliling masjid. pergi  makam Rasul. perempuan kat luar je lah . kat kubah hijau tu. Takpe kat luar pun dah rasa special. Perasaan yang sungguh berlainan. Sampai di situ, buat apa yang patut, sampaikan salam dari yang meminta untuk disampaikan. Hanya Allah yang tahu perasaan masa tu, ada perasaan yang macam tak percaya, perasaan sebak, perasaan gembira…entahlah clueless

nampak kubah hijau tu.

Oleh kerana kami ni new comer….no no first timer, Allah permudahkan urusan kami dalam mencari jalan ke Raudhah. misi malam tu cuma untuk mencari cara untuk masuk ke sana. actually boleh je nak tanya MIL tapi biarlah dia dgn Cik We Ye. hehehe bila ingat Cikgu We Ye (Cikgu Wan Yam) mesti nak senyum. Cepat menggelabah, tapi dia baik hati. Walaupun dia macam dah tak larat, tapi rezeki masing masing kan. Kuat jugak dia berjalan dengan bertongkat, kadang – kadang sampai lupa tongkat dia. pastu I suka sakat dia…

Cik Ye… Tongkat ni dah taknak pakai ke? Sampai I guna tongkat dia buat jalan jalan… Tergelak orang tua tu tgk perangai menantu kawan dia kot. suka-suka je guna tongkat dia jalan terhencot-hencot.

dia pun jawab… Nak…ya Allah cik Ye lupa tongkat plak.

I miss this place so much

ok lah berbalik citer Raudhah, sedang kami mencari pintu masuk, tiba- tiba seorang lelaki datang bertanya Kheirul. kheirul pun cakap lah, kami cari pintu yang senang untuk masuk ke Raudah bagi kaum hawa. Yang laki dah tau. Pintu masuk orang laki pun sama…punyalah ramai. Hamba Allah tu cakap, takpe pak biar saya bawakan. Maka kami berjalan dari pintu masuk kaum adam, kira keliling masjlis jugak untuk ke pintu 25. Baik jugak mamat ni. Orang yang kami temui ini bukan calang- calang orang rupanya. Dah lama dia di sini, asalnya dari Indonesia tapi dah 22 tahun di Madinah. Kerja dia ialah tukang bentang sejadah imam masjid. Selain dari tu dia masih lagi belajar kalau tak silap. Punya lah jauh nak berjalan, tapi baiknya hati dia tunjukkan kami jalan.  Syukran ya Allah. Bila sampai… Dia suruh masuk tengok dulu. Saya memang masuk dengan Afriena Memang ramai orang.

Raudhah entry is only open every after fardu prayer. So masuk sekejap tengok macam mana aturan nya. Memang akan di bahagikan. Kepada kumpulan tertentu. Nusantara (bahasa melayu) satu group, india/pakistan satu group, arab satu group dan byk lagi la….

baru dapat masuk dalam tu, kena tunggu lagi. tapi I fikir, mungkin baik kalau dalam esok lepas subuh kot. Kesian Afriena ni dia ngantuk, so I keluar lah dulu…. Cakap kat Kheirul, kita balik dulu. raudhah.. i akan pergi sorang tanpa Afriena sebab I nak join group arab je.

kita sambung esok.

2 thoughts on “Mencari Ar-Raudhah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.