The Unusual Sunday – Taekwon-do Class

Dah sebulan saya masuk kelas Taekwondo. Setelah 14 tahun berhenti , tiba-tiba hati terbuka nak masuk latihan balik.Oleh sebab setiap hari Ahad selalu ikut suami hantar anak pergi latihan, terfikir plak daripada buang masa pergi hantar balik, ada baiknya saya ikut sama berlatih kan. BUkan senang nak mula langkah baru. 14 tahun tinggal, banyak skill dah lupa. Maka 2 minggu sebelum mula latihan, saya mula selongkar almari cari dobok (uniform) taekwondo. Tak plak saya jumpa. Balik kampung, rupanya da kat sana. Alhamdulillah ibu saya masih simpan. Selamat duit nak beli baju baru. Tapi nanti nak kena beli juga , sebab baju yang saya pakai dah uzur dan dah lama. Bila dah jumpa baju, saya mula berlatih pattern.Ok, banyak pattern yang dah saya lupa. Memang kena buat balik. Nasib baik ada youtube, jadi rujuk kat situ je.

tkd1

Junior belt. Tengoklah…semua comel je kan (gambar :Synergy Taekwon-do Class FB)

Tiba hari nya, wah rasa berdebar-debar plak. Masuk kelas Taekwondo bersama anak-anak.  Saya dan anak-anak satu kelas bersama pelajar cilik yang lain. Mujur ada seorang lagi ibu yang juga berlatih bersama anak. Semasa latihan, memang rasa susah. Dulu kaki boleh buat split 180 darjah, sekarang  pepaham jelah. Kena buat pelahan-lahan. Memang balik rumah jalan terkangkang-kangkang lah.Saya kira, saya adalah pelajar paling tua kat situ. Anak-anak kecil yang lain dah jadi senior saya, tapi kami sebenar dah jadi kawan. Tak kira umur berapa, tapi bila tima masa rest ssemua boleh duduk sama. Mereka bahasakan saya kakak walaupun Instructor suruh panggil saya makcik. Ok, that’s over do huh. Bila dah masuk kelas Taekwondo,secara tak langsung, masa dengan anak pun banyak terluang bersama. Dalam kelas kami seperti kawan tapi di rumah, saya tetap seorang ibu.
tkd2

Kicking … tapi belum sempat angkat kaki (gambar :Synergy Taekwon-do Class FB)

Jurulatih pun memahami keadaan saya , pelajar baru. Semua skill dah takde, kicking technique pun takde, pattern apa lagi. Jadi kena berlatih dengan tekun. Sekarang pun rasa badan dah ringan. Nak buat jumping kick pun dah boleh. Pattern dan ingat. Terima kasih buat suami kerana menyokong and membina minat untuk saya. Kami menyokong antara satu sama lain. Kheirul dengan kelas malamnya untuk tali pinggang hitam, dan saya di kelas pagi Ahad. Dah macam The Warrior pula. Dan Rayyan?, Kadang-kadang saya bawa dia bersama bila Kheirul takde kat rumah. Dia duduk je kat situ. Duduk tengok dan serapkan dalam minda. Balik rumah dia pun buat kicking. Insya’ Allah tunggu dia 4 atau 5 tahun baru boleh masuk kelas. Dah makin seronok plak dengan kelas Taekwondo. Seronok sebab berat badan turun, muscle dah terbentuk, kurang stress dan yang pasti banyak kawan baru yang masih kecil disamping dapat meluangkan masa dengan anak . Buat macam kawan je.

rayyan

Tengok good boy je. Duduk diam. Dan pandai berkawan

Sebut pasal lost weight, nampaknya kena beli seluar baru lah ni. Sebab walaupun turun cuma 2 kg, tapi banyak seluar dah longgar. Nak kena beli seluar baru. Leceh tau bila berjalan kena tarik naik seluar.Saya mana lah ada masa nak keluar pergi Shopping Mall dengan anak-anak  mencari seluar. Jadi saya buat keputusan untuk beli secara online je. Alah macam tak biasakan, Yatie dan online shoppingnya. Dah jadi best therapy. Yes ..I love online shopping. Jadi untuk kali ni, seluar saya akan beli kat Butik Zalora Online Malaysia . Senang dan cepat. Selain seluar, saya tengok skirt dia pun lawa-lawa. Geram je.

Yang saya berkenan

zalora

 Lawa jugak seluar macam. Lagipun takde lagi seluar macam ni.

zalora2dan satu lagi.. lawa dan unik 

 

8 thoughts on “The Unusual Sunday – Taekwon-do Class

  1. mummydearie

    Salute kat you. Kiranya masih boleh angkat kaki tu dah oklah. Wah, syok aje ada kengkawan cilik buat berborak lepas praktis. Kalau I lah, hari ni pergi latihan mahu seminggu jalan mengengkang :D

    Reply
  2. nisrin

    Akak, saya nak tanya kalau dah 7 tahun tinggal taekwondo sekarang nak sambung balik. Kena mula dari white belt balik (kena grading balik) atau boleh teruskan je dengan belt kita dulu ( tapi kena refresh skill ) ? Tq.

    Reply
  3. Rio

    Saya juga pernah belajar taekwondo, tapi hanya sampai belt biru. Sampay skrg sudah 10 tahun lebih tak belajar. Dah susah nak sambung balik lah, tulang keras.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.