Ini Adalah Posting Berbayar
TalentCorp telah bekerjasama menganjurkan Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan (SFCF) dengan Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 12 – 13 November yang lalu. Usahasama kedua pihak ini telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada graduan UiTM. Pameran Kerjaya Sektor Tumpuan atai lebih dikenali sebagai Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah diadakan di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Sector-Focused Career Fair (SFCF) ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak lebih 30 syarikat menyertai pameran SFCF UiTM , antaranya AIG, DHL, Electrolux, Frost & Sullivan, GlaxoSmithKline, HP, IBM, LaFarge, Sime Darby dan PwC.
SFCF adalah salah satu inisiatif TalentCorp yang dapat memberi peluang kepada graduan untuk berinteraksi dengan CEO’S dan wakil-wakil HR dari majikan-majikan yang menyertai pameran . Dengan cara ini, ia dapat memberi lebih maklumat kepada graduan tentang laluan kerjaya dan kriteria permintaan majikan terlibat.
Pameran dua hari turut menyelitkan seminar Kerjaya / Career Talks yang menjadi medan generasi muda berinteraksi dengan industri utama. Manakala ,Couch Corner Slot pula disediakan khas untuk pengunjung yang terdiri daripada pelajar untuk berinteraksi dengan wakil syarikat secara santai.
Maklumat lanjut mengenai TalentCorp dan SFCF sila layari laman