Demam Oh Demam

Agaknya musim demam kot. Afriena dah start demam hari Jumaat masa amik dia balik sekolah. Dia cakap

Mama..I rasa I demam lah (Afriena memang cakap I you dgn mama dia, Dia cakap melayu dah kira bagus dah)

Oh ye ke, takpe balik nanti makan ubat ubat. Ok dah settle bab dia, tapi on Sunday , dia cirit birit plak. I know ubat punya effect. Dari kecik lagi kalau lepas demam and dia makan ubat klinik mesti cirit birit. So to be safe , hari Isnin Ashraff n Afriena tak pergi sekolah for the first time sbb on Sunday Ashraff plak demam. Actually boleh je nak pi sekolah sbb sekolah dorang dalam building and ada tempat rehat, tapi takpelah taknak susahkan cikgu-cikgu. So dua-dua kena rest kat rumah.

rayyandemam2

waktu pagi, badan masih panas tapi tetap ceria. Mama dia yang ngantuk

Rayyan plak since last week dah demam tapi dah sembuh tetiba petang semalam badan panas bila dia bangun dari afternoon nap. Dah makan nasi yang tak berapa nak lalu dan makan ubat, dia tido awal. tido sendiri … tapi I kat sebelah la. Badan pun dah tak panas masa tu tapi tup tup pukul 5 pagi, I rasa badan dia panas sangat. check temp, 39.2 gitu. Panas ni tak leh jadi. kejutkan dia makan ubat, nasib baik senang makan ubat, then dia mintak nak mandi. Lepas mandi apa lagi segar bugar lah dia, siap mintak makan hotdog. Anak punya pasal..hotdog pun hotdog la. 5 lebih dok rebus hotdog. Pastu dia mintak air sirap plak… mak aih mana nak cari sirap Rayyan, dah lama kat rumah ni ak minum sirap. tak bagus untuk kesihatan gitu. meraunglah pagi hari…pujuk tak makan, I biar je papa dia pujuk sebab I nak mandi dulu kasi segar badan sbb tido sebelah orang demam, kita boleh rasa heat dia.

Bila dah mandi…terus dia ok..dia cakap mama nak air kosong..air sirap tak sedap hahahah pandai dia pujuk hati sendiri. Sampai sekarang badan dah kurang panas, kejap-kejap dia mintak mandi. Makan ubat pun senang. I pegang tangan dia suruh sentuh dahi…cakap kat dia panas kena makan ubat. Kat rumah ada dua option, tak nak makan ubat I kasi madu.

rayyandemam1

Kena beriba, sambil siapkan kerja-kerja blogging. 

Tapi biasalah budak demam, makannya tak berapa lalu asyik mintak KFC je sbb tengok iklan mamat yang macam nak nangis tengok KFC hahah tah apa apa iklan tu. Sampaikan Ashraff tanya ” mama kenapa, lelaki tu nampak macam bodoh sangat??” (anak saya sangat terbuka memberi pendapat, perkataan bodoh jarang dia guna, tak tahulah maksud bodoh tu apa, mungkin dia direct translate dari perkataan english atau chinese) Kan iklan tu macam melampau je… budak kecik pun macam hairan kenapa macam tu sekali. FYI, walau dah masuk setahun tak sekolah cina, tapi Ashraff masih lagi dibelenggu bahasa cina. Kadang dengar dia mengira bahasa cina dan kalau dalam kelas ada special treatment. Cikgu kena explain math dalam bahasa cina kat dia baru paham. Nasib baik cikgu pandai bahasa cina you… Takpe slowly, ingat nanti dah besar n dorang dah rajin sikit, hantar belajar bahasa cina balik.

4 thoughts on “Demam Oh Demam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.