Monthly Archives: July 2013

Resepi Badak Berendam

bb

 

Bahan-bahan

  • Untuk tepungnya, guna 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air daun pandan dgn sedikit kapur (secubit je)
  • setengah cawan air
  • inti kacang hijau – rebus kacang hijau sampai empuk dan rasakan dgn gula, bentukkan bebola kecil
  • 1/2 kotak santan KARA
  • 1 sk garam
  • 10 biji halba
  • 1 helai daun pandan

Cara-Cara

  • Uli tepung pulut dengan air sampai tepung tak lekat kat tangan
  • masukkan initi kacang dalam tepung macam buat kuih bom, kuih koci
  • Rebus  “badak” dalam air sampai timbul
  • Sementara tu, masak santan dgn 1.5 cawan air, daun pandan ,halba dan garam hingga mendidih
  • Bila mendidih masukkan semua badak dalam santan dan tutup api
  • sedia untuk dimakan tapi sila tunggu lepas bunyi azan

Badak Berendam, Koay Teow Kerang

Semalam masak simple je. Badak Berendam pastu goreng Koay Teaw dengan kerang. Macam tu jelah kiterang bukak puasa. Simple.

photo

Koay Teow goreng sempoi. Goreng dengan udang kecik dan kerang. Senang je goreng, I tumis, bawang putih dgn cili pastu tumis udang, masukkan kerang then telur dan koay teaw. Pastu rasakan dgn kicap dan tambah sayur. I goreng pukul 7.15 sbb nak hidang panas-panas. Goreng sepeket je, Nasib baik cukup .Selalu kalau goreng mee atau koay teow, memang tak letak garam pun sbb kicap tu dah cukup rasa. Kena elajar masak kurangkan garam dan gula. Tapi kalau Chef Shers rasa, mesti dia cakap tak cukup garam.

 

bb

Ini badak berendam. Yang si Ashraff ingat badak meatball hahahha. Manaah boleh makan badak nak oi. Buat 8 bijik je sbb ngam ngam tepung pulut banyak tu je ada. Hari ni kena pikir nak masak kuih apa plak. Badak berendam ni inti kacang hijau. Kat rumah ni, kalau buat inti kelapa takde sapa nak makan. Disebabkan badak berendam ni terkuraang manis, maka kena standby air gula melaka. Biasalah I ni tak berapa manis masakan nya. Resepi sat lagi ye

Kerabu Sare

Sapa pernah makan Kerabu Sare?? Dah lama I tak makan kerabu sare. Semalam pergi Kelate Corner, nampak ada jual. Terus amik sebungkus , try sedap ke tak. Sedap jugak walaupun tak leh lawan my mom punya kat kampung. Sare tu sebenarnya rumpai laut. Adalah caranya nak cuci, pastu kena masak kuah tumis dan sambal nyo.Pastu gaul sama rata then perah asam limau.

sare3

Sebungkus RM3

sare2

Dia dah siapkan kuah tumis dgn sambal nyo dan asam limau

sare

Inilah rupa dia. Walau rupanya tak menawan, tapi rasa dia sedap. Kalau kat kelantan, kerabu sare ni benda wajib ada dijual kat mana-mana.

Kalau nak tau mana Kelate Corner, click kat sini. Selain dari kerabu, ada jugak jual Akok, puteri mandi, colek malah, onde-onde pastu lauk-pauk. I tak cek pun lauk apa. hehehehe