Monthly Archives: July 2013

Pasar Borong Seri Kembangan

Jumaat malam lepas, malam lepas terawih tu, kiterang satu family pergi pasar.  Sebab musabab kena pergi satu family adalah sbb I nak ikut pi pasar sbb nak beli sayur sendiri. Nak cari sayur pelik yang nama dia murangai sbb nak campur dalam kari ikan. Dah lama tak pi pasar. Bebudak pun sama, sampai lupa bau pasar. Sampai je..ayoyo sangat busuk nya. Mungkin dah lupa bau pasar kot. Kitarang, pi beli ikan dulu. Ikan pun dah mahal harganya. Bukan ikan jelah…ayam pun sama. Ni apa kena semua mahal harga ni????

IMG_0038

Sangat suka pergi ke gerai sayur. Tapi I lagi prefer kat Pasar Malam Taman Tun kalau beli sayur. Segar dan takde bau

IMG_0039

Sayur-sayur kampung pun banyak. Cuma yang pelik kenapa ramai warga asing yang meniaga? LEsen alibaba ke semua. Sampaikan dah habis membeli, pi pat kereta, I boleh cakap kat Kheirul..welcome back to Malaysia. So not homely kat pasar tadi. Patutlah pasar borong nampak lagi kotor abb it was handled by foreigner. Senang jer, bila foreigner yang handle, dorang akan set the standard macam tempat dorang. Tak suka tau suasana macam tu

IMG_0044

Ni kawasan ikan. Terubuk ni baru naik kot..RM18 ke RM20 sekilo. Mahal gila babas. Rayyan kat pasar hari mulut terlopong je sebut fish, fish,fish sbb banyak fish

IMG_0049

Gerai Ayam. RM7.50 ke RM7.80 sekilo tak ingat sbb Kheirul yang bayar. Ayam pasar besar sikit dari ayam supermarket.

IMG_0048

Udang ada macam jenis udang. Besar-besar dan duit pun kena besar. Tapi kat rumah udang tak berapa laku kecuali buat rencah masak mee atau sayur.

IMG_0046

Ni plak gerai kambing pastu gerai lembu. Tak beli pun kurang makan daging dorang ni. Kambing tu nampak sedap plak.

Mamat Sweater

sweater1

Alkisahnya bermula bila kiterang keluar sahur. Pi McD kat rumah je pun. Sbb bulan ni takde makan luar lagi. So bebudak nak makan McD. So keluar pepagi pukul 3.30 sangat la sejuk. Semua pakai jaket konon. So Rayyan tak ketinggalan. Dia pun nak pakai jaket. Itu takpe lagi. Balik rumah tidobangun tido… nak pakai jugak jaket.

sweater2

Imagine, tengah hari buta dok pakai jaket, sampaikan nak keluar rumah yang panas berdenting pun pakai jaket. Bukan takat tu, pi masjid, dah pakai pyjama pun still sarung jaket. Bila cakap tak payah lah pakai jaket panas… Dia cakap noooo… bb juk (read: baby sejuk) dengan nada yang sangat lemah sbb sejuk sangatkan. Ye sampai dalam masjid, kena aircond terus tido. Balik rumah dah baring atas katil, kasi betul tido nyenyak baru boleh bukak jaket tu. Berpeluh la jugak pakai jaket tu. Tapi itulah Rayyan , kalau dah suka satu benda

Resepi Roti Canai (step by step)

roti canai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu susu tepung
  • secubit garam
  • semangkuk air sejuk (air peti sejuk)
  • Minyak sapi secukupnya

Cara – cara

  • campurkan susu ,telur dan air sejuk bersama garam
  • Masukkan gandum kedalam bekas adunan
  • Masukkan air dan mulakan proses menguli.

uli

 

  • Bila adunan dah tak melekat pada tangan, rehatkan adunan selama 1/2 jam
  • Selepas 1/2 jam, buat 10 biji doh kecil.
  • sapukan doh dengan minyak sapi
  • Rehatkan lagi selama 1/2 jam

canai1

  • Selepas setengah jam bolehlah mula mencanaikan doh dengan menggunakan sedikit minyak sapi atau minyak masak – tebar sama dia

canai2

  • Lepas tebar, buat bualat macam ni sebab bila nak masak kita leperkan dia dan roti canai tu akan berlapis-lapis
  • Selepas siap boleh mula mengoreng dengan sedikit minyak.
  • Bila masak kepuk-kepukkan roti tersebut
  • Siap untuk dihidang bersama kari ayam/ikan atau sambal tumis ikan bilis/sambal sardin