Majlis Perlancaran BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu

Ini adalah posting berbayar.

 

Dah lama rasanya I tak pergi event –event yang formal and glamour nih. And finally semalam jemputan untuk ke satu event.  Majlis Perlancaran BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu  yang diadakan di Hotel Millenium, KL.

CIMG0940

Lawakan kad jemputan dia. And the mask too

Berdebar jugak kan sebab takde kawan. Sampai je terus ke toilet touch up dulu. Masa keluar toilet sempat plak terserempak dengan sorang pelakun ni. Ala yang yang berlakon dalam Vanilla Coklat tu. Sapa lagi kalau bukan Izara Aishah tu. Cun giler dia siap senyum lagi kat I lagi. Nampak berseri je dia. Apa lah rahsia dia kan. Dahlah badan tu langsing gila. Masuk je event, macam biasa kena daftar pastu I pun mingle around la. Sorang pun I tak kenal sampailah berkenalan dengan Sabrina. Blogger jugak.  Everything and everyone  looks glamour dan tema semalam adalah mengenai rama-rama, lambang keanggunan wanita. Memang ramai lah model – model yang lawa dan kacak. Heheheheh cuci mata. Siap amik gambar lagi.

 CIMG0853

Haih slim je dorang ni kan

 camu

Suka dengan topeng ni. Banyak lagi topeng-topeng yang menarik.

Akhirnya masa yang ditunggu, I dah dapat tempat duduk depan sekali dekat dengan stage jugaklah. Bestnya tak payah bangun amik gambar hahahah. Macam biasa,  emcee akan perkenalkan diri , cerita serba sedikit pasal event..tapi yang menariknya, I  dapat tengok tayangan iklan terbaru Izara bersama BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu . Hahahah you all tak dapat tengok lagi I dah dapat tengok tau. Siap dengan “the making of” tu.

Lepas tu ada product launching.

Alamak!!! Ada Altimet dan Adeep lah. Minat lagu dorang . Masa Altimet dan Adeep nyanyi lagu cantik tiba-tiba keboomm.. Izara keluar.wow semua bersorak…

 CIMG0873

Dia keluar tiba-tiba je…

Cantikkan dia… Rupanya rahsia kecantikan dia ni hasil dari dia minum ni BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu! Patutlah kulit Izara jelas kelihatan kian cantik menawan baru-baru ni. Rahsia kejelitaan Izara Aishah akhirnya terbongkar!

 CIMG0882

 

Masa ni Izara tengah berkongsi cerita mengenai  BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu.Semua blogger kat sebelah dok cakap, haih lawa nye Izara ni.

 CIMG0891

Izara dan cinta misterinya..

Dia cakap dia suka sangat rasa BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. I rasa semua orang terpukau dengan kejelitaan Izara.

Izara Aishah at the Launch of InnerShine Prune Essence plus Camu Camu

Kalau you all nak tahu, Izara ni dah jadi Duta Innershine tau

 CIMG0919

 Memang pun rasa dia sangat sedap. Semalam masa event tu, Setiap orang dapat rasa satu botol untuk diminum. Rasa dia manis, dengan rasa buah prune dan tekstur dia sangat licin. Lagi sedap dari Prun Plus! Itu pendapat I la kan. BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu ini adalah formulasi baru dari BRAND’S®  InnerShine. Tiga ramuan utamanya adalah Camu-camu, Maltodekstrin Resistan dan pati prun California, mengandungi vitamin C semula jadi yang optimumuntuk menyihatkanbadan dan menyerikan kulit dengan meningkatkankelancaran penghadaman damn proses detoksifikasi, Ini menjadikan ia minuman kecantikan yang terbaik.

So lepas dah habis ambil gambar Izara yang comel -loteh itu, kami semua dihidangkan dengan hidangan yang lazat.

 Untitled

Yummy

 

CIMG0903

Sambil-sambil tu ada persembahan tarian Latin. I rasa meja I lah yang paling bising layan tarian latin tu. Lepas  Altimet buat persembahan lagi sekali.

Best sangat event semalam, siap dapat door gift lagi.

 CIMG0943

Setiap cenderahati mengandungi 3 botol BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu dan rantai rama-rama ekslusif yang cantik menawan. Memang padan dengan tema malam ni (rama-rama).

 CIMG0951

Rantai tu Afriena dah berkenan  jadi dia terus pakai J  dan 3 botol BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu tu , I dah simpan dalam peti sejuk sebab, minum masa sejuk adalah sangat sedap. Nanti nak beli lagi lagi lah. Harga pun berpatutan RM30.50 untuk 6 botol (42ml) dan RM57.90 untuk 12 botol. Nak lah jugak kulit nampak berseri macam Izara.

Untuk maklumat lanjut mengenai  BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu, boleh lah layari laman web di www.innershine.com.my.

Akhir sekali, terima kasih diatas jemputan ke majlis pelancarancan BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu yang sangat glamour dan kelas tu. Sekarang saya dah jatuh cinta dengan BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu. Malam ni nak mimpi diri secantik Izara jugak lah.

4 thoughts on “Majlis Perlancaran BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.