Monthly Archives: January 2013

Makan Burger King

Dah lama tak makan burger King…ada kat 3-4 tahun kot…ye ke..memang lama giler. Dulu masa kerja kat Singapore  tahun 1996, selalu gak makan. Maklumlah kat Malaysia takde lagi masa tu…so harusla. Kalau ke Burger King takde lain yang diorder, mesti Mushroom Swiss. Sebab ada mushroom dan sangat sedap.

190120131229

Fries makan panas-panas sedap la

So semalam lepas stock up nappy untuk Rayyan, terus kiterang ke Burger King.Lama giler tak makan. Sorang order satu set. Semua tamak kan? Swiss mushroon dia dah kecik, Ingat boleh share dengan Rayyan si budak demam ni rupanya dia makan 3/4 of the burger. banyak tu . So terpakasa papa dia pi beli untuk mama lagi. But kali ni I try Grill Chicken. OK  sedap gak . Ashraff and Afriena macam biasa cheese burger, tapi si Afriena makan sikit then dia kata nak bungkus makan kat rumah. So dia melayan makan fries panas-panas, Kheirul macam biasa dari dulu sampai sekarang Whooper je yang dia order.

190120131227

Afriena ..rambut dah panjang. Nak potong tak kasi. Dia kata nak simpan panjang

190120131228

Budak baru baik demam. Dapat MC lagi hari jumaat tapi still pi sekolah . Takpe bukan berpanas pun kat sekolah. Dok dalam building je.

190120131231

Favourite Kheirul – Whooper

190120131230

This is mine. Teringat masa pregnantkan Ashraff, nak makan Swiss Mushroom BK, pergilah Kheirul ke BK Bangsar tengah-tengah hujan dgn superbike dia. Balik kuyup . Tapi dia tak bebel sbb bini dia yang mengandung nak makan pun dah cukup baik.Masa tu asal masuk makanan je muntah. Yang paling kelakar tengok ayam dalam TV pun muntah. mengandung sulung you

Oklah makan Burger King sekali sekala…. kalau selalu tak best gak kan.

Pink Room

pink

Ni bukan bilik Rayyan ni bilik Afriena. Malam nak tido kena ON lampu pink…. sabar je la. Rayyan tu sebok je lebih nak tido ngan kakak. Tapi tak sampai setengah jam carik mama. Rayyan share bilik dengan Abang dia. mostly weekend tido bilik sendiri.Bilik Afriena ni, kalau boleh semua nak pink tapi kiterang buat sikit je pink. Pink wall, Langsir bunga pink, langsir purple , lampu pink dan katil cadar biru.

Rutin Baru

Dah seminggu Ashraff dan Afriena sekolah. Seminggu jugaklah dorang bercerita tentang keseronokan di sekolah. Dulu sekolah lama jarang dorang bercerita best buat itu buat ini. Sekarang masuk kereta je… Mama I dah solat. Just now, my friend bla bla bla..sambil gelak gelak. Semalam Ashraff bercerita yang kawan dia main kejar-kejar dengan ustaz… Emmm  I rasa sangat odd sebab pada fikiran saya, ustaz selalunya sangat serious tak boleh itu tak bleh ini. But this one, main kejar-kejar dengan anak murid. Mungkin ini cara pendekatan yang berbeza kot.Tergelak-gelak dia cerita.

Tanya dia.. Are you happy with your new school? yes  I am

why? because I can solat, I can go to masjid

tu kata Ashraff, kata Afriena… I like new school because I can sleep at school.. hahah ini memang pelik rupanya kat sekolah, before solat Zuhur, Dorang kena nap for 10 mins, then solat then makan. Lepas makan, gilir-gilir cuci dulang sebab dorang makan berdulang. I suka situasi macam tu, Selain bebudak tu belajar, dorang juga dididik untuk bertanggung jawab. Kat sekolah tu takde pun pekerja cuci pinggan mangkuk, semua budak yang buat ..I guess tapi takpe, Konsep dorang semua sama..tak kira anak orang kaya ke, anak orang sederhana ke atau anak yatim ke, semua sama. Makan nasi lauk yang sama, kalau dapat makan ayam..makanlah ayam, kalau dapat makan lauk sardin, makan la sardin. Makanan yang dihidang adalah sama dengan apa yang dihidang kepada anak-anak yatim. Takpe  .. biar dorang belajar tak semua mudah kan..so far budak berdua takde complain pasal makan. Dorang makan je walaupun dorang tu cerewet. First few days bawak bekal, now tak nak dah sebab makan cukup. Dorang happy..homework pun tak banyak.

I plak rutin baru, pagi 5.30 dah bangun… kena kejut husband dulu sebab dia paling lama spend masa dalam bilik air, pastu kejut Ashraff dan Afriena mandi,solat , breakfast then 6.45 dah start kereta dah. Tapi kengkadang pukul 7 baru jalan. Mula-mula rasa ngantuk gak but now macam dah biasa, cuma sekarang dah takde movie night. Pukul 10.30 dah ngantuk dah.Sementara bebudak di sekolah, me n Rayyan spend time kat rumah. Hari-hari dia suruh vacuum rumah, mop lantai… hahaha. Tapi tulah, anak takde kat rumah tapi kerja tetap sama banyak. Baju kena cuci, kain kena lipat..heheh tak macam dulu himpun seminggu lipat, now angkat terus lipat.

Rayyan dia busy dengan citer Agent Oso, pastu kena pantau mana dia pergi. Kalau masuk bilik dia, kena ikut takut dia panjat katil Ashraff. Memang I dah nampak dia panjat…

Ok..lah btw you all aware tak pasal fenomena LISTEN! LISTEN! LISTEN! :)