Yearly Archives: 2012

Rahsia Seorang Yang Bergelar “Ibu“

Parenting… adalah sesuatu yang bukan baru pada kita kan? Parenting , pada pendapat I, ia sesuatu yang sentiasa perlu belajar. Belajar dari buku, artikel, majalah dan pengalaman. Kebiasaannya, orang-orang sekeliling kita suka beri bermacam-macam pendapat. Mak  mertua cakap macam tu, kawan-kawan cakap macam ni, sedara mara plak suruh macam ni kan.. kan…. Kalau kita main ikut jer, kadang-kadang buat kita serba salah kan? Sungguh mencabar!  Dan kita perlu ingat supaya tidak tersalah pilih pendapat dan pandangan mereka itu. Teringat I masa mula-mula dapat Ashraff dulu. Masa tu muda lagi . Boleh dikatakan semua benda I tak tahu. So sikit-sikit call mak, sikit-sikit tanya kakak ipar, tak pun tanya maid.Peristiwa paling kelakar , masa Ashraff kena gigit nyamuk. Tak tahu lah nak kata kelakar ke tak? Sebab kita orang bawak dia jumpa doctor. Mana tak menggelabah..kena gigit nyamuk pun bengkak macam kena sengat lebah. Part kelakarnye sbb bila doctor tanya, kenapa…

“err kena gigit nyamuk la doktor”

Hehehe doktor gelak je tapi dia tetap kasi ubat sbb rupanya Ashraff ni alergik dengan gigitan serangga.

Sian dia…. Nampak tu dahi merah dan bengkak kena gigit nyamuk?

Tapi kadang-kadang, campur tangan ni.. tak selalu betul. Apa-apa pun, jangan risau , jangan rasa bersalah jika kita mempunyai pendangan dan pendapat yang berbeza daripada pendapat mereka itu. Baru-baru ni ada soal selidik Mum’s Secret Survey survey  di MSN Parenting Malaysia tentang rahsia ibu. Daripada soal selidik tersebut, 32% ibu-ibu, secara rahsianya gembira bila ibu mertua mereka buat silap. It’s normal kan? tapi jangan gaduh plak dengan mak mertua. Cuma berbeza pendapat je kan.Pada pendapat I la kan…. Berbeza pendapat ni bagus sebab, kita boleh tingkatkan lagi parenting skill kita betul tak?

I baca  yang hasil selidik kat MSN parenting (ye I memang suka membaca bab parenting ni, siap ada reader email suruh banyakkan berkongsi pasal parenting) 70% secara rahsianya, merasakan mereka tidak buat yang terbaik untuk anak mereka berjaya bila dewasa nanti. I rasa, I pun macam tu kot. Ye lah bila tengok anak –anak orang lain boleh buat itu ini, anak I tak boleh buat terus rasa macam down je. Tapi bila fikirkan balik, tak patut I rasa macam tu. Sepatutnya kena positif.

Selalu je terfikir, cukup ke apa yang kami berikan?

Ibu-ibu yang kat luar sana , yang rasa orang lain lagi hebat dari kita tu dalam hal parenting…jangan lah rasa down macam tu,. Lupakan je semua tu…ok.

Ok ..ok  ok… nak sambung skit pasal hasil dari soal selidik yang I baca kat MSN Parenting……

Pernah tak terfikir, kalau anak-anak adik-beradik kita (anak sedara kita laa) lebih pintar dari anak kita? I tak pernah terfikir pun benda macam tu, tapi hakikatnya ,76% ibu-ibu secara rahsianya mahu anak-anak mereka pintar dari anak-anak adik beradik mereka dan 74% pula berharap anak mereka lebih bijak.Yang lagi syok 46% ibu-ibu rasa,kepintaran anak-anak mereka diwarisi dari mereka!

I adalah baca artikel pasal tips kecerdasan anak-anak ni, baru I tau yang

  1. Pemakanan yang betul adalah kunci kepada intelektual anak. Betul tu, we are what we eat ! right?
  2. Berikan mereka permulaan yang baik, maksudnya makan yang bagus di awal usia
  3. Faham dengan fungsi tenaga untuk otak adalah satu bonus dalam membantu kita untuk menjadikan konsep keibubapan sesuatu yang menarik dan berguna
  4. Walaubagaimanapun, kurang tumpuan adalah berkaitan rapat dengan tenaga otak. Dalam fakta sebenar, glukosa adalah satu-satunya tenaga yang dapat  digunakan oleh otak secara terus-menerus kerana otak hanya boleh menyimpan tenaga untuk jangka masa 10 hingga 15 minit. Oleh sebab itu tenaga perlu sentiasa di bekalkan kepada otak.

Dalam fakta sebenar, glukosa adalah sumber tenaga utama untuk otak yang dapat  digunakan oleh otak secara terus-menerus.

Manakala, Isomaltulose ialah sejenis karbohidrat yang menyediakan bekalan tenaga yang lebih seimbang dan berpanjangan kepada otak supaya ia mampu berfungsi untuk tempoh yang lebih lama.

Menyediakan bekalan tenaga yang seimbang dan berpanjangan supaya otak mampu berfungsi dengan lebih lama . Contoh makanan karbohidrat kompleks ialah Isomaltulosa , kacang parang, broccoli, bran dan sayur-sayuran .Sayur? Budak-budak? Sesuatu yang susah difahami , Berapa ramai kanak-kanak suka makan sayur? Kadang –kadang bila hidang makanan, sayur semua tolak ke tepi, mama dia yang habiskan. Tapi I dah tahu dah macam mana nak kasi dorang makan sayur,  I masak makanan kegemaran dorang dengan cara saya. Vegetable soup macam ni. Dorang sukalah. Itu salah satu cara. Nak pikat anak macam-macam cara.

Patutlah I baca yang soal selidik kat MSN hari tu, hasil soal selidik, 52% ibu-ibu setuju yang kepintaran anak bergantung kepada cara pemakanan. Betul tu. Yang tu I percaya sebab dah  diuji secara klinikal yang pemakanan tertentu diperingkat awal usia  memainkan peranan penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Nutrisi yang baik adalah penting untuk semua aspek kesihatan lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak kerana perkembangan otak yang pesat berlaku dikala awal-awal usia mereka.

Walaupun tak dapat top 5 kat sekolah, still tetap bangga dengan pencapaian anak-anak. Yang penting dorang faham apa yang diajar bukan hafal .

Macam mana badan kita memerlukan nutrisi yang baik untuk berfungsi,macam tu juga lah otak kanak-kanak. Dengan pemakanan yang seimbang, ia mampu memberikan kelebihan kepada pembelajaran anak-anak. Apa apa pun..semoga anak-anak kita sentiasa sihat ceria dan berjaya Dan jangan lupa untuk memberikan sokongan emosi yang sempurna iaitu kasih sayang.

I love them so much 

Pemenang Give Away : Sapa Nak Novel Adam & Hawa ?????

Tak ramai yang join ialah cuma novel je kan. sebijik je pun. I hantar kat my sis macam ni je, untuk mengelakan daripada bias.

 

P1
Saya nak Novel Adam & Hawa kerana saya tidak berpeluang utk menonton siri adam dan hawa di astro, dan jika saya dapat novel nie sekurang2 saya tahu jugak jalan ceritanya, bagi saya blog sawanila.com niie sudah cukup menarik, dengan entry2 yang sedia ada, lebih2 lagi mengenai cuti, Entry memasak dan resepi2 yg diberikan.

 

P2

Saya nak Novel Adam & Hawa kerana Kak Yati dah abis baca pun kan..Otherwise..susah benar nak cari kat luar sekarang ni..Kena order online..Dan..penat suda tgk citer tu kat TV..jalan citer mcm 20 minit..lebih 10 minit tu untuk dengar lagu Ct ngan tgk iklan..Lagipun..mesti novel lain benar ngan drama tu kan.

Erm..nak tgk Kak Yati update tentang masak2 dan tempat makan best..TQ

 

P3
saya nonton online je…
marathon untuk seminggu punya…
kuasa nak hadap setengah jam tuh…

 

P4
Saya nak novel Adam & Hawa sebab saya xsempat nk tgk cerita ni kat astro.tv dikonker anak2.n saya mmg suka kalo dpt hadiah a.k. a barang free..hihi

suggestion utk blog sawanila : adakan ruangan tips utk mendidik anak2..petua2 dlm mengekalkan kebahagiaan rumah tangga..i loikeee

 

P5
saya nak menang novel adam & hawa sbb sekarang ni saya memang tgh in love dengan Adam Mukhriz. Tiap2 minggu saya rayu kat husband saya tolong downloadkan cerita ni dari internet sampai husband saya naik menyampah. untuk mengelakkan dia jadi lebih menyampah, tolonglah bagi novel tu kat saya. sekian.

 

P6
Hi I’m your silent reader…Jarang komen..maybe tak pernah kot. But just try my luck for this …he..he..
Saya nak Novel Adam & Hawa kerana teruja dengan jalan cerita yang diwarwarkan tapi tak berkesempatan menonton TV kerana kekangan masa sebagai ibu yang bekerja.

 

Dan pemenangnye adalah …… P2.  iaitu Lynda. Email dah dihantar untuk delivery details since Friday, but no reply yet. Ingatlan boleh hantar on Saturday. Lynda nanti email details kar contact tu ye. Pada yang lain terima kasih, Insya’ Allah, akan ada ada lagi give away (bergantung pada rezeki). And thank you for your suggestion.

Sendiri Kentut, Sendiri Terperanjat

Inilah budak yang setia menemani mama dia menunggu kepulangan papa dia semalam. Biasalah hujung tahun camni, lambat lah balik papa dia dari kerja. Terlebih setia Rayyan menunggu sebab mama dia dah tido, dia tak tido-tido. Papa dia sampai pukul 2 pagi tengok dia dok main-main lagi. Geram betul ngan dia. Kita konyok-konyok dia. I dah tidur, telefon ada bunyi 2-3 kali takde pun dia kejut mama dia. Nasib baik I sedar, kalau tak, tido luar lah Encik Kheirul ye. Memang dia bawak kunci, tapi menjadi kebiasaan, pintu akan di selak dari dalam jugak. Nasib baik I ada mimpi bunyi telefon , mimpi citer kartun rupanya telepon betul bunyi.

Papa dia sampai je, papa dia amik ipad, cakap kat dia tido. I rasa masa nak tido iPad tu dah nyawa-nyawa ikan bateri, rupanya dia pi charge iPad tu. Lepas kena rampas iPad, nangis sambil peluk-peluk mama dia, terus tido. Ni gambar ni masa dia dok main-main atas katil, sekali dia terkentut, pastu dia terperanjat …Sendiri kentut sendiri terperanjat. Macam tu la Rayyan