Yearly Archives: 2012

Siakap Kukus sempoi…

Tadi dok sembang ngan Rayyan dalam kereta, dia dok kira orang dalam rumah kot kat belakang..then i nyampuk

Mama: Mama, Papa, Abang, Kakak, Rayyan

Rayyan : no no no….. Mama, Papa, Abang, Kakak, Baby (baby sebut slow je, dia malu)

heheheh budak ni perasan betul , ingat dia baby lagi

Oklah….meh sini I nak share ikan siakap kukus. Ni versi paling sempoii tapi sedap.

INGREDIENT

  • 1/2 ekor ikan siakap -cuci bersih dan lumur sedikit garam
  • seketul halia muda  (sebesar ibu jari) -hiris nipis
  • 1 tsp sos tiram
  • 1 tbs kicap cair
  • 1 tsp gula
  • 2 biji bawang putih -hiris nipis
  • 1 biji bawang besar -hiris nipis
  • 1 pokok daun bawang – potong  ikut saiz kesukaan anda
  • 1 pokok daun sup –  potong  ikut saiz kesukaan anda

METHOD

  • Panaskan kukusan dan bila mendidih,kukus ikan  bersama halia
  • campurkan sos tiram , kicap dan gula, kacau sebati
  • Bila ikan separuh masak, tuang sos ( tiram+kicap+gula)
  • Kukus selama 5 minit,
  • sementara ikan dalam kukusan, goreng bawang merah dan putih dengan api sederhana hingga garing
  • Selepas ikan dah masak tabur, daun sup dan bawang, lepas tuang minyak panas bersama bawang-putih ke atas ikan
  • tutup kukusan untuk 1 minit.
  • tadaa siap

Cara masak ni senang and tekstur ikan sedikit firm. Sedap.

Nak meniaga nasi lemak

Terharu dengan sokongan kengkawan dan adik beradik bila I cakap nak meniaga nasi lemak. Ye lah tulis kat status nak meniaga nasi lemak semua sokong. Thank you guys. Love you guys….

TU la kat area rumah I takde pun gerai jual nasi lemak pepagi, kalau nak cari nasi lemak kena drive keluar sampai tepi jalan tak pun dekat sekolah agama bebudak ni. Dah 2 bulan lebih kot tak makan nasi lemak. Semalam  I dok surf cari kerja kot kot ada kerja kosong untuk Senior post. Jenguk nye jenguk rasa macam tak berapa menarik lah…yelah terpikir, kang kalau kerja nanti sapa nak jaga Rayyan??Dia mana biasa dengan orang lain. Dah lah perangai pelik, tak reti minum susu pakai botol, boleh caya ke dgn orang lain? Pastu to my myself, boleh ke I terima instruction orang lain? Dulu selalu kasi instruction kat orang, since I miss my 3 working years, so pepaham je lah kan.

So keluarlah idea nak meniaga. Memang dah ada plan dengan my my sis nak meniaga cuma kiterang takde modal je. Nak bukak cafe meniaga nasi lemak ada jual roti …

Told Kheirul my plan, meniaga kecik-kecik dulu cari modal , dia tak kasi. Dia cakap nanti penat. Mak aiih, semua kerja penat. Dia cakap lagi nanti nak uruskan budak, nak meniaga kang penat pot pet plak.

So persoalannye suami, Takut bini awak penat ke? takkut dia pot pet nanti????

Insya’ Allah nak jugak merealisasikan cita-cita ni, tunggu Rayyan besar dulu. Well friends, Kalau saya start meniaga UNDILAH SOKONGLAH SAYA.

Sekian Terima

 

Plan and Ideas for school holiday

Next week dah nak cuti, so kenalah plan aktiviti kat rumah ni plak. Kena cari gak benda untuk di buat. Kang kalau takde aktiviti, mau dorang dok ngadap komputer or TV or Ipad. Kang puas mengadap, dorang gaduh. Pening tau jadi ref. Kang kalau bias , ada yang kata mama tak sayang dorang.

So tadi pagi citer ngan husband, apa nak buat ek nanti…

I kasi cadangan nak buat craft kat rumah. Mungkin ajar dorang melukis, ajar dorang colouring . Lepas  tu guna bahan lain macam glittters, water color, buat Collage. Saja nak expose dorang pada benda baru. Ajar cop buat ala ala batik syok gak kan. 2 jam sehari ok lah.

Selain dari tu ajak dorang main masak-masak. Ingat nak buat pizza, benda palig senang or maybe cupcake. Kalu pizza ada je bahan kat rumah. Cupcake tu kena pikir dulu. Bukan apa kalau sepah rumah pening nak kemas.

Tapi cadangan Kheirul lagi best….Dia suruh anak-anak dia cat rumah. what?????? Oh yang ni tak boleh lah papa. nanti dorang cat tah apa-apa.

This cuti, takde nak travel memana just balik kampung. Kat tempat QIraati Ashraff and Afriena ada buat camp, Yummy trail. Camp ni bebudak kena masak , tapi dorang tak amik pun sebab clash nak balik kampung. Maybe next time je,. Selain pada tu bawak dorang pi swimming je lah

So you all apa plan or or ideas masa cuti?