Yearly Archives: 2012

Mari menjahit : Simple long dress

Alhamdulillah..berjaya jahit dress utuk diri sendiri. Buat sleeveless dress sebagai permulaan. Ukuran I tiru dress yang selalu dok pakai kat rumah. Rupanya senang je buat dress ni.

Yang simple boleh lah.Bolehlah buat pakai kat rumah. Nak cari kain lawa-lawa lagi untuk jahit dress. Insya’ Allah nak try jubah plak.Sila abaikan dinding yang kena conteng. Bias tape tak cukup tu yang buat kat leher je. Oklah kan…. beginner

Kesian Rayyan

Kesian Rayyan, kena buli dengan Afriena. Agaknya inilah nasib bila dia takde adik perempuan kan. Dipaksanya Rayyan join tea party dia. siap pakai gelang lagi.

Pepandai lah korang. Pastu Rayyan paksa semua orang minum teh. adehhh. Patutlah Afriena suruh mama “buat” baby girl.

Tengoklah muka pun masam je

 

Mango Smoothies

Dek kerana dapat toy baru…. mula ah rajin. Semalam buat Mango smoothies. Banyak smoothies idea nih. Takpe selagi ada permintaan selagi tu boleh buat. Lagipun healthy kan. Memang bagus untuk menjanakuasakan sistem perhadaman lah.

Semalam buat guna mangga 2 biji. Hari ni nak buat orange plak kot. Tengok apa buah yang ada kat kedai.Tak pun apple ke, pisang ke. errk pisang sedap ke ek? Kena pi supermarket ni cari buah banyak-banyak. Buat smoothies ni bagus untuk orang yang tak suka makan buah. Orang itu adalah seperti Afriena and Ashraff yang hanya makan buah tertentu saja. Kalau ada strawberi best gak boleh buat double layered smoothies. Mungkin 3 layered? Kiwi, Stawberry and mango. Memang esok tu ramai lah beratur pi “bank”

Oklah ni resepi smoothies

INGREDIENNT

  • 2 biji mangga manis yang besar – kupas and( I letak dalam freezer 10 minit je. Nak letak 5-6 jam lagi bagus)
  • 1 cawan yogurt tanpa perisa
  • 2 sudu gula (just to balance the acid)
  • 1 cawan air sejuk  (tambah sikit air sebab mangga ni pekat sesangat)
  • 2-3 ketul ais

METHOD

  • Kisar mangga sampai sebati
  • masukkan yogurt dan gula dan ais
  • kisar sampai ais hancur
  • sedia untuk dihidangkan