Yearly Archives: 2012

Biar Betul !!! Dutch Lady Chocolate Drink Baru

Ini adalah posting berbayar.

 

Siapa suka minum minuman bercoklat? Mesti semua orang suka. Tak kira muda atau tua. Macam keluarga kami, dalam satu hari mesti nak minum minuman bercoklat. Jadi sebagai ibu kenalah saya rajin membancuh. Selalunya kalau nak buat minuman bercoklat, saya mesti ikut beberapa langkah. Panaskan susu, sedikit gula dan serbuk coklat, haih leceh juga kadang-kadang lebih-lebih lagi kalau baru bangun tidur. Saya kan ibu yang busy. Lagi leceh bila susu habis. Maka takdelah minuman coklat untuk hari tersebut.Tapi sekarang tidak lagi, sebab sekarang dah ada Dutch Lady Chocolate Drink. Yeay!!!  Tengok jangan tak tengok,  kalau tak percaya, gosok mata dulu.

Saya belek-belek.. emm sesuatu yang baru . Lengkap lah. Tasty, Nutritious and EzyMix.

Tasty  – Mestilah sedap, lemak berkrim sebab ni minuman coklat yang berkhasiat kan.

Nutritious –  Saya tengok kat belakang pek, (perkara biasa bila beli barang) , wow sangat bernutrisi lengkap dengan Omega 3 dan 6 dan lebih lapan jenis Vitamin B (Vitamin B Complex).  Inilah dia minuman coklat yang berkhasiat dengan rasa susu .

EzyMixYang paling saya suka, sangatlah sesuai untuk ibu-ibu yang sibuk. Ezymix!!!. Senang je nak buat. Tambah 200ml air panas ke dalam 4 sudu susu untuk minuman yang panas dan kalau nak sejuk tambah ice cube. Senang kan?

Dutch Lady Chocolate Drink sangat sesuai untuk semua orang. Maksudnya, bukan budak je, ibu, bapa, anak-anak, nenek dan datuk. Senang kan. Tak payah dah nak buat minuman bercoklat asing asing.

Kalau you all nak tahu,trak berwarna biru Biar Betul tak berjenama memberi minuman coklat secara percuma di beberapa kawasan Lembah Klang selama dua minggu sebelum pelancaran  Dutch Lady Chocolate Drink, yang memberi peluang untuk you all semua memenangi Kemeja –T Edisi Terhad dan Ipod Nano. So sila layari ke www.biarbetul.my.  Pelancaran  fully-branded Biar Betul adalah pada 19 September . Sesiapa yang tak sempat, boleh lah cari trak berwarna biru Biar Betul dalam beberap bulan akan datang.

Oh ya,ada peraduan tau!!!! jangan lupa masuk.  Log on to Dutch Lady Malaysia’s Facebook page  dan main permainan EZYMIX Party untuk menang  RM50 shopping vouchers setiap minggu atau  discount vouchers untuk beli  Dutch Lady Chocolate Drink bila dapat hits a high score

Saya rasa Dutch Lady Chocolate Drink akan menjadi satu kemestian dalam senarai barangan runcit saya. You all pun jangan lupa tau cari Dutch Lady Chocolate Drink sebab ia adalah pilihan terbaik. Tastiness of Chocolate with the Goodness of Milk

Biar Betul. Cuba Rasa .. ye cuba rasa. Oklah saya nak pergi buat Chocolate drink untuk anak-anak dulu… dan untuk saya juga. Mesti lazat kan rasa minuman coklat ni

Rupa budak nakal

Inilah rupa budak nakal….dah pukul 10 tak bangun lagi..e la semalam tido alambat. Orang lain dah tido dia dok kacau orang.Kena marah baru nak cari bantal.

Banyak cakap sikit dari Abang n Kakak dia. Bunyi azan je,

mama , ajan siyam (mama…azan, sembahyang)

Pastu kalau main game pastu takleh buat…ninot (cannot)

kalau jumpa kucing…areal..u dat (Azreal are u dead?)

Bukak mata je sebut nak makan…heheheh

Resepi Ikan Tongsan Masak Sos Tiram

Pernah dengar ikan tongsan? pernah makan? Ikan tongsan kira keluarga ikan kapla. Ikan air tawar. Dah lama tak makan, Dulu kalau ke pasar PJ tengok orang jual ramai cina beli. Tapi kiterang tak beli sbb I cakap ikan tu berdarah-darah. hehehhe. Sabtu lepas pergi Jusco, macam biasalah stock up sambil dating-dating. Namapak fillet ikan tongsan. Apa lagi kita beli la. Nak masak apa tak tau lagi. Search dalam internet kot kot ada resepi takde plak. Ke orang cina panggil nama lain? So I masak sos Tiram je sebab dulu pernah makan ikan masak macam ni masa kerja-kerja dulu.

INGREDIENT

  • 3 keping ikan tongsan fillet – diperap dgn serbuk lada putih dan sedikit garam
  • 3 sudu tepung gandum
  • 3 hiris halia -mayang halus
  • 3 sudu sos tiram
  • 3 batang cili kering
  • 1 biji bawang besar – potong 4
  • 3 biji bawang putih – potong 2
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 mangkuk kecil air / air stok ayam
  • sedikit minyak

METHOD

  • Bedakkan fillet ikan dengan tepung gandum dan goreng hinggan masak/ garing
  • dah habis goreng ikan, panaskan 1 sudu minyak
  • tumiskan bawang putih , halia dan cili kering hingga naik bau
  • masukkan kan sos tiram ,stok ayam dan bawang
  • kacau hingga mendidih ikan dan daun bawang
  • kacau rata sedia untuk dihidangkan

Note: Kalau nak dapat ikan goreng yang rangup diluar tapi moist di dalam, pastikan minyak betul-betul panas. Bila minyak dah panas, masukkan ikan mandikan dia, dan pelahan kan api kejap. Kena betul betul jaga jangan pi tengok tv plak.

Cara buat Air stok ayam

Air stok ayam boleh buat sendiri. Rebus tulang ayam dgn 3-4 ulas bawang putih yang diketuk dgn sedikit hirisan halia dan satu simpul daun pandan. Rasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Air stok ayam ni boleh diguna untuk masak nasi ayam , bahan tambahan untuk sup (sup sayur, sup ayam) atau bubur nasi.