Yearly Archives: 2012

Plan Cuti Sekolah

Lagi seminggu cuti sekolah. yeay… bestnye.Bebudak yang yang mak budak sure penat sebab tiba-tiba anak jadi ramai kat rumah. Kena layan makan-minum, asyik masak jela nanti. Kiterang takde plan pun lagi. Takde plan nak pergi cuti kemana-mana kecuali nak balik kampung. Tapi before balik kampung kena lah habiskan cat rumah dulu. Pening kepala tengok rumah tunggang langgang . Semua barang tak duduk kat tempat yang betul.

Bila rumah tunggang langgang, nak kemas nak buat kerja lain pun malas.Dengan langsir yang belum berjahit. Semalam patut dah jahit dah, tapi tak jugak buat sebab Rayyan ni, suap makan dia je satu jam, pastu nak tidokan dia pun makan setengah jam. Bila dia dah tido, time nilah nak masak dengan tenang. Dah settle masak tengok jam 4.30, dah malas nak jahit sebab bila dah menjahit cepat je masa berlalu terus kena pi amik budak kat sekolah.

Begitulah rutin harian. You all dah ada plan cuti sekolah tak?

Hari Raya Haji Kami

Dah habis dah Hari Tasyriq, baru nak update. heheheh semalam budak sekolah petang je, jadinye komputer  tu jadi rebutan la kan. Pastu Rayyan bangun awal. Hmmmm raya haji kami, kiterang raya kat sini je, macam biasalah. Kalau tak dapat cuti, memang raya kat sini. bebudak dapatlah cuti tapi Kheirul tak dapat.Nak balik tu boleh tapi taknaklah bersesak dalam jam dengan bebudak pastu kejap je lepak kat kampung. Maklumlah kiterang ada dua rumah kena balik. so to be fair, tak balik terus.Paling kurang balik kampung kena seminggu baru fair untuk ke rumah mak saya n mak suami.

So dipagi raya yang hening, Kheirul pergi masjid tak  bawak Ashraff. Ashraff tak puas hati nape tak ajak dia. hahahah, sengaja tak bawak sebab papanye nak tolong melapah daging. Kang kalau bawak ada je komplen panas, lambat komplen. Pastu tak pasal pasal komplen and kasi alasan untuk taknak sembahyang jumaat plak kang. Sementara Rayyan tengah tido, I pun masak le sikit. Buat pulut kuning, ayam bakar and goreng mihun. Pulut kuning tu I tanak je, Mak mertua ajar.

Selalu kalau makan kat kedai pulut yang tanak tu lembik, memang tak suka, buat dia ajar tak lembik pun. Senang je, kalau pulut 3 cawan, air/santan mesti 2 cawan. Malas nak angkat pengukus semua tu. Raya kedua plak, kiterang sibuk car rumah rumah. belum siap lagi, maybe 2 weekend baru siap.