Monthly Archives: October 2012

Birthday Month

Sekejap je dah nak akhir tahun. Bebudak tengah exam sekarang ni. Moga boleh lah jawab. Sukatan pelajaran macam makin mencabar la. Darjah dua dah ada perpuluhan dan bahasa Melayu dah ada ayat majmuk. Hehehhe terpaksalah mama refer kat internet. Agak-agak malas nak revision bukak je Score A. Score A pun bagus dah sekarang sebab dia ada syllabus  untuk Budak sekolah Cina.Well well well… ini bulan Kheirul dok membilang birthday… Ada 3 orang sambut birthday bulan Oktober. Ashraff and Afriena dari bulan lapan lagi dah dok kira bila birthday. Tanya dorang what’s so special about your birthday, takde plak special answer, yang dorang tahu, I want birthday cake. Sorang nak cheese cake, sorang nak blueberry cake. Dorang nye birthday cuma gap 3 hari, so kita sambut serentak je lah. Cadang this time sambut kat kelas Qiraati dorang…ada lah ramai sikit member dorang.So kena mencari kek la. So kita cari blueberry cheese cake…combination .

Kedai kek mana yang jual Blueberry cheesecake yang sedap eh???

My birthday plak, lagi 12 hari. heheheh 20hb 10, 2 hari sebelum is my abah birthday. Takde apa yang saya nak ,cuma  nak doa dari kawan-kawan agar dipanjangkan umur, murah rezeki, kesihatan yang baik dan segalanya yang baik la.

The birthday kids and a panjang akal boy. Rayyan banyak cakap lately which is good but sometimes annoying.

Ayat contoh yang tak bleh tahan…

situasi 1

Kheirul: Rayyan jom makan nasi

Rayyan : No papa atan (makan) bb dok ni (baby dok sini) – sambil main ipad

situasi 2

tetiba ada bau busuk

Mama: Rayyan berak eh?

Rayyan : no entut (kentut)

kalau dia kentut lagi best… dia buat muka terterperanjat sambil terlopong then dia cakap..baby entut.. (baby kentut) hahahah..

 

 

Sedapnya Dutch Lady Chocolate Drink

Ini adalah posting berbayar.

 

Hello you all….. apa khabar??? Amacam ? dah cuba dah Dutch Lady Chocolate Drink? Hari tu saya ada cakap kan yang Dutch Lady Chocolate Drink ni sangat berkhasiat. Mari kita tengok apa yang berkhasiat nya

Kalsium Untuk tulang dan gigi yang kuat

Omega 3 & 6 Untuk menyokong system  pembelajaran dan kewaspadaan “ Alertness”

Vitamin B-Complex  mengandungi 8 jenis vitamin B – B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12 yang berfungsi dalam penghasilan tenaga daripada makanan yang diambil bagi memastikan kita sentiasa bertenaga.

Antara fungsi vitamin B yang lebih spesifik adalah :

Vitamin B1 – diperlukan untuk penghasilan tenaga dari karbohidrat

Vitamin B2 – diperlukan untuk penghasilan tenaga dari protein, lemak dan karbohidrat

Vitamin B12 – diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

Tengok baguskan khasiat Dutch Lady Chocolate Drink? Sangatlah sesuai untuk semua ahli keluarga.Minuman coklat , siapa yang mampu menolaknya sebab rasa dia yang sangat Lazat (Tasty) , penuh nutrisi (Nutritious ) dan yang penting EzyMix cuma tambah 200ml air panas ke dalam 4 sudu susu untuk minuman yang panas dan kalau nak sejuk tambah ais.

Harga pun amat berpatutan. Cuma RM8.00 (350g) dan RM17.90 (900g). Dutch Lady Chocolate Drink ada dijual kedai-kedai runcit berdekatan, pasaraya –pasaraya terpilih, kedai ubat cina, 7-11 dan 99 Speedmart. Saya pun beli kat 99 Speedmart kat rumah je.

Saya dan family pun dah mula minum Dutch Lady Chocolate Drink. Budak-budak suka la sebab rasa dia sangat berkrim . Afriena boleh minum sampai 2 gelas.

Saya pulak, saya suka Dutch Lady Chocolate Drink yang dicampur ais. Rasa dia menyegarkan dan bertenaga. Jadinya tak payah lah banyak kerja untuk satu gelas coklat yang menenangkan, cuma 4 sudu susu dengan 200ml air , tadaaaa siap , kejap je kan?

Dan yang paling menarik, ada peraduan tau!!!! jangan lupa untuk mencuba tau.  Caranya amat mudah sekali. Log on to Dutch Lady Malaysia’s Facebook page dan main permainan EZYMIX Party untuk menang  RM50 shopping vouchers setiap minggu atau discount vouchers untuk beli  Dutch Lady Chocolate Drink bila dapat hits a high score..

Tengok kat atas tu… saya dah dapat RM2 selepas bermain permainan itu untuk beberapa minit aja… Apa tunggu lagi… mana tahu anda pun boleh menang juga…..