Monthly Archives: August 2012

SMS misteri

You all pernah dapat SMS misteri??? Yang misteri giler tahap gaban?

Tadi pagi dalam subuh time la…sambil-sambil tido kambing…tetiba je SMS bunyi, selalu kalau SMS pukul pepagi ni mesti ada urgent ke apa ke…MISTERI ni

So amik phone check…kosong takde text..MISTERI ni

Hish ..pastu check sapa yang sms I…danggg lagi MISTERI... sebab orang yang SMS tu ada tido kat sebelah…. arghhh…sisuami tertekan and terhantar SMS kosong yang sangat MISTERI.…hahahah

jangan marah ye..ANM Selamat Hari Raya semua and berhati-hati di jalan raya.

 

Islamic Relief Malaysia Charity Shoppe

Dua minggu lepas … kiterang pergi ke Charithy Shoppe kat Bangi.Charity Shoppe ni tak macam kedai secondhand biasa,Kat sini kita derma barang kita then kedai akan jual. Hasil jualan plak dorang guna untuk program serta aktiviti amal dan kebajikan organisasi Islamic Relief Malaysia (IRM). Menarik tak?

Jom tengok kat dalam, ni ada macam-macam buku ilmiah or novel. Harga pun serendah RM2. Ada children’s corner. Boleh ;a sapa bawak anak kan.

Ada jual baju, barang perhiasana, kasut, accessories for kids and woman, pinggan mangkuk, gelas pun ada.

Baju memang banyaklah… incase you all nak derma pun boleh but lagi digalakkan if you guy make variety. contoh derma pinggan mangkuk, stroller, high chairs, car seat at least those yang nak beli murah pun dapat cari dengan  good quality. So sesiapa yang nak menderma barang or nak beli barang sambil menderma oleh lah datang ke sini. Alamat seperti yang tertera di bawah:

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Charity Shoppe di talian: 03-8912 6334

Alamat:
Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu beroperasi:
Selasa – Sabtu: 11:00am – 7:00pm
Ahad – Isnin & Cuti Umum: TUTUP

Staf kat sini pun amat membantu and sangat friendly. For more info check this out www.islamic-relief.org.my and also their facebook.

Juadah Hari Raya

Last weekend, my mom dah sebok dah tanya raya nak masak apa..so ask amik undian…maka wed decided utk masak nasi beriyani , nasi impit and laksa penang.

For those yang tak tau nak masak apa masa raya… meh I kasi idea

Mee Kari Ketam, nak resepi click kat link ok

Makaroni Bakar? yelah cer try masak lain dari yang lain sebab bila pi rumah orang, mesti makanan sama kan.

Mihun Goreng Singapura , yang ni I suka

Laksa Kelantan .. untuk suatu kelainan

Sebab selalu time raya, kuih raya tak berapa laku…sebab makan banyak muak. last last cari makanan berat. betul tak?

Tapi sesuatu yang takleh nak tinggal time raya adalah

Ketupat palas sambal daging, yang ni tak taulah ada ke tak tapi kalau beraya rumah Wan (MIL) mesti ada.

Ketupat dakap pulut hitam. Yang ni fav Afriena.Cicah nnise sedap. Nnise cair = gula melaka cair.

So you bila baik kampung? Balik drive elok-elok ye, jangan laju sbb banyak sangat speed trap. Ni balik mesti GPS dok bunyi.. perangkap laju..perangkap laju, perangkap laju..