Nak meniaga nasi lemak

Terharu dengan sokongan kengkawan dan adik beradik bila I cakap nak meniaga nasi lemak. Ye lah tulis kat status nak meniaga nasi lemak semua sokong. Thank you guys. Love you guys….

TU la kat area rumah I takde pun gerai jual nasi lemak pepagi, kalau nak cari nasi lemak kena drive keluar sampai tepi jalan tak pun dekat sekolah agama bebudak ni. Dah 2 bulan lebih kot tak makan nasi lemak. Semalam  I dok surf cari kerja kot kot ada kerja kosong untuk Senior post. Jenguk nye jenguk rasa macam tak berapa menarik lah…yelah terpikir, kang kalau kerja nanti sapa nak jaga Rayyan??Dia mana biasa dengan orang lain. Dah lah perangai pelik, tak reti minum susu pakai botol, boleh caya ke dgn orang lain? Pastu to my myself, boleh ke I terima instruction orang lain? Dulu selalu kasi instruction kat orang, since I miss my 3 working years, so pepaham je lah kan.

So keluarlah idea nak meniaga. Memang dah ada plan dengan my my sis nak meniaga cuma kiterang takde modal je. Nak bukak cafe meniaga nasi lemak ada jual roti …

Told Kheirul my plan, meniaga kecik-kecik dulu cari modal , dia tak kasi. Dia cakap nanti penat. Mak aiih, semua kerja penat. Dia cakap lagi nanti nak uruskan budak, nak meniaga kang penat pot pet plak.

So persoalannye suami, Takut bini awak penat ke? takkut dia pot pet nanti????

Insya’ Allah nak jugak merealisasikan cita-cita ni, tunggu Rayyan besar dulu. Well friends, Kalau saya start meniaga UNDILAH SOKONGLAH SAYA.

Sekian Terima

 

4 thoughts on “Nak meniaga nasi lemak

  1. kak ina kl

    bagus ada niat berniaga ni. akak dulu pernah berniaga kueh mueh..penat memang penat..rumah berkecah..lelama berhenti sebab tak larat.
    tapi kalau nak cuba boleh gak..tak cuba tak tau kan

    Reply
    1. Yatie Post author

      itulah kak ina…saya pernah pergi rumah orang meniaga nasi lemak…rumah dia bersepah…. tu yang saya suka kalau nak meniaga kena meniaga kat cafe baru rumah tak sepah.r rumah sepah sakit mata

      Reply
  2. Lynda

    Kak Yatie,

    sy support kak Yatie meniaga..even..sy bekerja sy pun meniaga kecil-kecilan jual nasi campur kat opis..Tak byk lah..tp..ntah..hubby sokong sbb dia kata Sy memang ada talent bab meniaga makanan ni..hehe..tp ada gak dia bebel becoz sy bz masak hari-hari..tp lama-lama dia ok..dan duit meniaga tu kami buat belanja cuti-cuti Malaysia..hehe..best kan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.