Voyage De Krabi – The Synopsis Part #1

Assalamualaikum dan Alhamdulillah kami telah selamat kembali dari percutian ke Krabi pada hari Rabu (14 Mar 2012) dan sekali lagi syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Untuk percutian kali ini, pada mulanya kami cuma merancang untuk ke Hatyai sahaja sepertimana posting kami tempoh hari tetapi perancangan berubah 2 hari sebelum kami bertolak atas perlawaan rakan-rakan kami untuk ke Krabi dan tanpa fikir panjang kami set aja sebab kami belum pernah bercuti di Krabi, sebelum ini kami hanya singgah sebentar sahaja di Krabi semasa percutian kami ke Phuket 2 tahun lepas.

Alhamdulillah, walaupun masa agak suntuk untuk kami tetapi kami masih lagi bernasib baik kerana dapat secure dan booking hotel di Krabi bersama-sama dengan rakan yang lain.

Ok malas nak citer panjang… ni sinopsis percutian kami ke Krabi tempoh hari:

  • Jumlah Kenderaan : 6 buah = 1 x Naza Citra, 1 x Toyota Hilux, 3 x Toyota Wish, 1 x Honda City
  • Pit Stop : Kuala Lumpur – Changlun – Hatyai – Krabi – Hatyai – Changlun – Penang – Kuala Sepetang – Tanjung Malim – Kuala Lumpur
  • Jarak Keseluruhan : +- 1845km
  • Jangkamasa Perjalanan : 6 Hari
    • Jumaat (9 March 2012) – Kuala Lumpur – Changlun
    • Sabtu (10 March 2012) – Changlun – Hatyai
    • Ahad (11 March 2012) – Hatyai – Krabi
    • Isnin (12 March 2012) – Krabi
    • Selasa (13 March 2012) – Krabi – Hatyai – Penang
    • Rabu (14 March 2012) – Penang – Kuala Sepetang – Tg Malim – Kuala Lumpur
  • Perbelanjaan : +-RM2500

Jumaat – 9 Mar 2012 10:00pm – Perjalanan Bermula

Tepat jam 10 malam, kami bertolak menuju ke RNR Rawang untuk bertemu rakan kami Che Din pada Jam 11 malam. Jalan pada hari itu agak sesak kerana orang ramai mengambil peluang cuti sekolah. Dan tepat kam 11 malam, kami dan Che Din bertolak menuju ke Changlun. Perjalanan ke Changlun pada malam itu hanya kami berdua sahaja sebab rakan-rakan yang lain telah bertolak lebih awal lagi. Menurut Che Din, diorang semua bertolak dalam jam 3 petang lagi dan bermalam di homestay kat Changlun.

Kami berhenti sejenak di RNR Sungai Perak untuk minum sebentar untuk melepaskan mengantuk dan sejurus lepas itu menyambung perjalanan kami semula. Perjalanan agak perlahan dimana hujan yang agak lebat sepanjang perjalanan kami dan jumlah kenderaan yang agak sesak juga.

Sabtu – 10 Mar 2012 5:30am – Tiba di Changlun

Tepat jam 5:30 pagi, kami tiba di Changlun dan terus ke Masjid Changlun untuk menunaikan solat Subuh. Alhamdulillah, sesudah selesai solat Subuh, saya sekeluarga dan Che Din pun terus parking kenderaan kami untuk seketika di Kedai NZ yang bersebelahan Masjid Changlun sementara menunggu untuk kedai NZ itu buka. Apa lagi kalau dah parking tu, sempat lah tidur dulu sejenak untuk melepaskan mengantuk sementara menunggu rakan-rakan yang lain.

Dalam jam 8:30 pagi, kesemua 7 keluarga bersama kenderaan masing-masing berkumpul di Kedai NZ untuk proses membeli insuran Siam dan mengisi white card. Saya awal-awal lagi dah beli dan kali ini Insuran Siam berharga RM22 dan white card RM1 so in total RM27. Oh ya, kepada sesiapa yang nak tahu proses kemasukkan kenderaan Malaysia Ke Thailand, boleh rujuk posing saya disini ya!.

Saya telah diberi kepercayaan orang semua untuk menjadi unofficial leader sebab saya pernah memasuki Thailand dengan kenderaan dan hampir kessemua yang join kali ini adalah pertama kali membawa kenderaan ke Siam. Selesai proses membeli insurans dan white card, kami semua singgah untuk mengisi petrol di Petronas Changlun dan menyerang gerai Selera Changlun untuk sarapan pagi.

Paling best kat situ adalah nasi lemak bungkus tujuh posen dia… memang best, sampai licin kitaorang rembat. Pada mulanya just nak beli kueh aja… last-last semua start duduk dan order air… alasan just nak alas perut jer.. hehehehheheh

Jam sudah menunjukkan jam 9:30am, selesai sarapan dan mengisi petrol penuh-penuh, kami semua menuju ke sempadan. Perjalanan memang sesak sekali sebab ramai orang Malaysia menuju ke Siam dan bersesak-sesak sama-sama dengan bas persiaran. Jadinya kami terpaksa beratur panjang di sempadan Siam.

Maaf ye, tak dapat nak amik gambar semasa kat sempadan sebab kalau ambik gambor kamera kena rampas.. so takde gambar yer semasa kat kastam tu… Hari tu punyalah ramai manusia, hampir 2 jam beratur untuk chop passport dan ambil declaration form untuk kenderaan kami. Alhamdulillah, semuanya selesai tanpa sebarang masalah yang rumit.

Jam dah menunjukkan pukul 11:30 pagi dan perut telah berkeroncong balik, kata mejoriti untuk mencari makan, so saya pun menyusur ke pekan Danok dan singgah di Restoran Pakku Seafood. Sekali lagi macam orang kelaparan kami menyerang restoran Pakku ni.

Masakan kat resrotan Pakku ni memang sedap-sedap belaka terutamanya daging gulai kawah dengan rebung, masakan panas dan goreng-goreng. Saya syorkan untuk cuba kuehtiaw Hong Kong dia… memang terbaik…. Pada malam hari pula ada buffet RM 10.90 aja.. so melantaklah apa saja sampai pengsan pon boleh.. cukup murah….

So sesapa yang nak pergi Restoran Pakku di Pekan Dannok nih senang aja… Selepas kita cop passport kat imegresen Siam, susur aja jalan pekan Dannok tu menuju jalan ke Hatyai dalam 2.5km. Restorannya just before the checkpoint / gate kastam Siam.  GPS Restoran Pakku N6 32.574 E100 24.929

Sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk lead konvoi ke Bandar Hatyai. Pejalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Setibanya kami di Hatyai, kami sekeluarga berpecah dimana kami terus ke Hotel Regency Hatyai manakala rakan-rakan yang main menetap di hotel yang lain tetapi masih lagi berdekatan.

Sampai jer di hotel, check-in dan mandi dan rehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti kami di Bandar Hatyai seperti yang dipersetujui majoriti. Mengukut perancangan dan persetujuan ramai, kami semua akan pergi melawat Pasar Terapung (Floating Market ) dekat  Klonghae dan selepas itu aktiviti bebas bershopping disekitar bandar Hatyai.

Sabtu – 10 Mar 2012 – Floating Market  Klonghae Hatyai (Click Sini)

Kalau singgah di Bandar Hatyai, memang tak sah  kalau tak pergi ke Floating Market  Klonghae ni. Macam-macam ada jual disana, suasana yang tak ada kat Malaysia ni, memang meriah sekali. Pendekata, memang heaven untuk makanan disana. Sila click sini kalau nak tahu apa yang ada kat Floating Market Hatyai tu.

Sabtu – 10 Mar 2012 – Street Food Hatyai (Click Sini)

Sebelah malamnya pula, kami bershopping pula di pekan Hatyai kat area Lee Garden tu dan tak lupa untuk membeli pulut mangga dan pulut ayam untuk makan malam. Hatyai ni memang terkenal dengan street food yang best best so kalau singgah ke sana jangan lupa untuk mencubanya. Kalau nak tahu lagi tentang Street Food Hatyai ni.. Click Sini ya….

 Ahad – 11 Mar 2012 8:00am – Morning Market Hatyai

Sebelum ke Krabi, pepagi lagi kami dah pi jalan-jalan kat pasar pagi Hatyai. Adalah beli barang sikit-skit macam kacang-kacang buat bekal semasa perjalanan nanti. Kacang gajus memang murah, satu paket besar tu cuma RM10 jer, selain drp tu jangan lupa untuk beli ikan bilis goreng pedas tu ye.. sedap untuk buat kunyah-kunyah… sedar tak sedar dekat RM100 gaks abis duit beli kacang ngan ikan bilis nih.. heheheheh

Sarapan pagi pada mulanya nak pergi ke Restoran Hamid aja sebab dekat ngan hotel, tapi hari tu Restoran Hamid tutup plak dah.. so terpaksa jalan jauh skit ke Restoran Salma. Hari tu kami pekene American Breakfast…. sedap gaks.. boleh lah untuk mengalas perut sebelum mengharung perjalanan jauh ke Krabi jap lagi…

Ahad – 11 Mar 2012 11:00am – Konvoi Ke Krabi

Macam dah diduga, saya sekali lagi menjadi lead untuk konvoi 6 buah kenderaan menuju ke Krabi. Kami berkumpul di hotel sebelum memulakan perjalanan dan saya bagi sedikit briefing tentang perjalanan dan perhentian yang akan dituju.

Perjalanan hari Hatyai ke Krabi sejauh lebih kurang 320km dan mengambil masa lebih kurang 5 jam termasuk berhenti. Kepada sesapa yang nak buat perjalanan dari Hatyai ke Krabi, korang boleh ikut panduan ini untuk merancang perjalanan.

  1. Checkpoint #1 – RNR Thanon Phat Kasem Hatyai – GPS N07 00.432 E100 24.823
  2. Checkpoint #2 – RNR Thanon Phat Kasem Na Yong – GPS N07 33.627 E099 42.921
  3. Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao – GPS N07 52.242 E099 09.819

Checkpoint #1 – RNR Thanon Phat Kasem Hatyai

Memang menjadi lumrah sebelum masuk Highway Thanom Phet Kasem, kami akan singgah dulu di “RNR” so called kat Hatyai untuk stocked up snacks dsb. Yang paling saya suka pasal RNR kat Siam ni adalah toilet dia adalah SUPER BERSIH. Satu tips yea, untuk kurangkan mengantuk mesti ada Lays Tomyam Shock nih… memang sesuai untuk hilangkan mengantuk…. mesti cuba HEHEHEHE

Checkpoint #2 – RNR Thanon Phat Kasem Na Yong (kiri), Surau (kanan)

Setelah driving lebih kurang 2 jam, checkpoint kami yang kedua adalah RNR Na Yong (GPS N07 33.627 E099 42.921), sebelum sampai Bandar Trang. RNR ini merupakan MUST STOP RNR sebab ianya besar dan segala kemudahan ada disini seperti Surau, Restoran Halal, kedai serbanika, gerai-gerai jualan dan tidak lupa tandas yang double super bersih. And 1 more thing, ada free WiFi lagi tu .sempatlah nak update facebook.

Kedai Serbanika (kiri) dan Restoran Halal (kanan)

Kalau singgah ke sini jangan lupa makan mee celop dia.. memang sedap sekali… saya makan kueh tiaw sup.. memang super sedap. Lagi satu, kat sini tak risau pasal cakap melayu.. diorang memang fasih cakap melayu.

Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao

Lebih kurang sejam setengah driving, tanpa dirancang untuk berhenti dari rancangan asal, kami berhenti juga oleh sebab ada nature’s call. Checkpoint #3 – Fuel Station Thanon Phat Kasem Huai Nam Khao – GPS N07 52.242 E099 09.819 adalah fuel station kecil aja tetapi beroperasi 24 jam dengan kemudahan kedai serbanika, bengkel dan juga tandas yang bersih.

 Serang gerai nenas kat – N07 52.832 E099 09.551

Selepas tunai hajat kat Checkpoint #3 tu, tak sampai dalam 1 km… berhenti lagi sebab majoriti kata berhenti kalau jumpa gerai nenas. So apa lagi…. kenduri nenas la kejap.. Lepas tu sambung balik perjalanan ke Krabi…

Penat terus hilang bila nampak signboard “WELCOME TO KRABI” tu.. dah hampir 5 jam driving macam rasa takde penat bila nampak permandangan tepi laut yang cukop indah. Kami agak terpukau dengan permandangan tepi pantai Aonang Krabi sebelum tiba ke Srisuksant Resort dimana kami menginap.

SriSuksant Resort betul-betul terletak dihadapan pantai mengadap Laut Andaman. Kira reasonable price untuk 2 malam dengan harga RM560. Hotel dia cantik dengan kemudahan yang lengkap dan paling saya suka ada playroom for kids, gym, sauna, bla bla bla….. you name it….

Bilik dia agak luas juga dan setiap bilik ada verandah sendiri yang mengadap ke swimming pool or laut… memang cantik sekali. Bila dah check-in tu.. and bebudak nampak swimming pool, apa lagi… terus berendam ler

Ahad – 11 Mar 2012 8:00pm – Keluar Cari Makan Krabi (Click Sini)

Tepat jam 8 malam, kami sekeluarga terus tahan tut-tut untuk cari makan. Kami bagi kepercayaan sepenuhnya kepada driver tut-tut untuk membawa kami ke tempat makan halal di Pantai Aonang, Krabi tu dan akhirnya dia bawa kami ke Sareefah Seafood.

Kalau nak tahu cerita pengalaman kami mencari Halal Food @Krabi ni, click sini ya….

Oklah dah panjang sangat ni… TUNGGU SAMBUNGAN Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2 dan apa yang menarik pada Part #2 ni secara ringkasnya:

  • Island Hopping Krabi
  • Perjalanan pulang dari Krabi ke Penang
  • Jalan-Jalan Cari Makan Penang
  • Mee Udang Kuala Sepetang
  • Yik Mun Tanjung Malim

Click SINI untuk Sambungan Voyage De Krabi – The Synopsis Part #2

 

9 thoughts on “Voyage De Krabi – The Synopsis Part #1

      1. Zizi

        Bila nak update lagi nie>>>tak sabar nak baca_best sgt, terlalu detail n senang nak faham. Ingat nak pegi June nie….on road trip gak…..nak tanya hotel kat krabi book dgn ape?Boleh ke stay 2 adults n 2 kids kat dlm satu bilik? Pas tu, nape tak tinggal kat Hotel Lee kat Hat Nyai?

      2. Kheirul Mohamed

        hotel sya booking direct dengan hotel website n confirm dengan call them pasal last minutes booking…
        saya pon stay 2 adults with 3 kids dlm satu bilik deluxe aja….

        hotel lee garden kat hatyai hari tu penuh

  1. MEKAR

    Salam.

    Nasib baik tak duduk hotel lee tu. Kalu tak mesti teringat2 ya dak..Apa2 pun seronok percutian mcm ni. sya cadang nak pi krabi ni, itu yg tgk review kat blog kawan2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.